Monday, August 17, 2009

Pergi tak kembali

dalam semua org bercerita pasal pemergian para selebriti dunia hiburan..aku juga kehilangan seseorg..sedih memang la sedih.siapa yg xsedih bila kehilangan seseorg apatah lagi ahli keluarga sendiri...
jumaat, 14 ogos 2009 bersamaan 23 syaaban,chaq@tokwan pergi buat selamanya..al fatihah..
sedih,menyesal..ralat..semua ada dalam hati aku.mlm tu, pkul 12 umi kol.paknjang pun kol.bgtau chaq nampak lain.nafas mcm tersekat2.nampak penat.aku br balik dr jaga pesta konvo.sakit kepala ngan penat xhabis lagi.mula2 nak kena blk umah amek abah ngan umi dlu sbb diorg nak pegi umah chaq.aku dah kol shah ajak balik skali ngan aku sbb aku xlarat nak drive dah,kena plak dah tengah malam.lepas solat isyak,abah kol,xpayah blk amik dia sbb paksu pegi amik.so aku rehatkan badan kejap.mandi pun tak..dlm keletihan,aku terlelap.aku tunggu abah atau paknjang kol bgtau keadaan chaq,xpun aku yg nak kol.mungkin bl aku ok sket,aku nk g umah chaq mlm tu gak.tu plan aku.tapi aku terlelap...itu yg buat aku ralat sgt!
pkul 2.30 pagi..aku terjaga.tgk hp ada miskol.abah!aku kol abah balik..macam nak jatuh bl abah kata 'aziah,chaq dah xda'...kelu.
aku xmampu nak cakap waktu tu,abah duk jerit panggil nama aku..aku gerak abang ngan maklang.nak cakap pun xboleh waktu tu.rasa lembut lutut aku...abang suruh siap nak pegi umah chaq.masa aku mandi,rasa macam air mata aku lagi banyak menitis dari air mandian aku..sedih sangat,tapi perasaan menyesal lagik banyak dlm hati aku.hanya aku yg tahu.
sampai umah chaq dah pkul 3.30 pagi..sepanjang perjalanan ke sana,air mata aku langsung xberenti.sampai umah chaq,aku xblh bercakap dah.umi marah,suruh aku mengucap banyak2....
kalau aku xterlelap,mungkin aku berada di samping chaq disaat2 akhir dia...umi kata,chaq mati sorang2..abah ngan paknjang kat luar bilik.maklang ngan paksu tertido hujung kaki chaq.umi duk ngaji quran hujung kepala chaq.bl umi habis mengaji umi tgk chaq dah xda...klau aku ada...
sekurang2nya kami sempat berkhidmat pada chaq sebelum dia tinggalkan kami.3 bulan chaq sakit,xblh bangun,rumah chaq sentiasa penuh ngan anak cucu.kawan2,sedara mara pun ramai.klau aku bli apa2,mesti teringat dekat chaq.kalau aku bwk apa2 bg dia makan..dia xcakap banyak,makan je.klau dia teringin nak makan apa2,dia bgtau..apa2 je org bg, dia makan.cuma,klau dia xsuka dia makan sikit,klau dia suka,dia makan banyak.chaq bukan seorang yg cerewet..paling aku ingat..nescafe tarik chaq..klau anak cucu datang umah,dia akan buat bagi kami minum.aku penah buat nescafe bagi chaq minum masa dia kat umah aku,tapi dia minum sket je..mungkin xsesedap yg dia buat..
teringat masa aku jaga dia kat hospital dlu..masa mula2 tiub dia dibuka dan dia boleh makan.dia xmau makan,tunggu aku sampai..utk bg dia makan....tunggu makanan yg aku bawak utk dia,tolong dia makan...
masa dia kat umah aku selama 10hari..aku,umi ngan abah akan bagi apa saja dia nak makan.masa tu dia kuat lagi..boleh bangun berjalan lagi.petang bila balik kerja,mesti aku belikan apa2 utk bg dia makan..bl aku tanya chaq rasa nak makan apa?dia akan cakap tepung talam..dan dia makan banyak bl aku bwk balik kuih tu.
klau dia sakit,dia xpernah mengeluh.xpernah merintih kesakitan..dia diam je.bl aku tanya,dia cakap xda apa.bl aku nak sapu minyak angin kat dada dia,dia kata ok.baru tau dia sakit dada...nak dengar dia bgtau dia sakit,xda..
dlu aku pernah membenci chaq..masa dia marah abah ngan umi.sampi kami smua pindah.konflik keluarga pada masa tu sgt meninggalkan kesan pada aku.sampai sekarang aku ingat.abah ngan umi apatah lagi.keturunan chaq aku ni,baik chaq,abah,paknjang,maklang..smua la,smua jenis panas baran.bila tengah marah,smua boleh keluar..dah 15thn dah perkara tu berlaku..dah lama.tapi mungkin ada hikmahnya.abah pun dah lupakan smua tu,jadi aku pun kena belajar melupakan smua tu..dan sekarang smua dah elok...smua manusia melakukan kesilapan.
chaq sebenarnya sayang smua anak2 dia,cucu2 dan cicit dia..alhamdulillah..semua sempat berbakti pada chaq sebelum dia pergi utk selamanya..
3 bulan chaq sakit,paknjang langsung xtinggal...kerja2 smua dia xpeduli.tidur pun kat umah chaq.abah pun sama.langsung xpeduli padi di sawah..maklang pun sama..sebab sblm ni chaq xpernah sakit.bl dia mula sakit,trus teruk..
aku rasa smua anak2 chaq rasa puas hati sebab dapat berbakti pada chaq hingga akhir hayat dia...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh chaq dan semoga chaq ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Al-Fatihah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...