Wednesday, April 28, 2010

Nasihat Penting Untuk Ibu-Ibu


Susu ibu
* khasiat penting kepada bayi
* melindungi bayi daripada penyakit
* memberi segala keperluan untuk bayi dari tempoh lahir sehingga 6 bulan
* ramai ibu masih menyusukan anak selepas usia bayi 6 bulan disamping memberi makanan lain * cara paling baik untuk mengekalkan bekalan susu yang baik ialah dengan:
- menyusukan bayi dengan kerap
- mengambil makanan yang seimbang sewaktu kehamilan dan selepas melahirkan

Nasihat khusus untuk ibu bekerja
* bayi anda masih boleh menerima khasiat susu ibu walaupun anda keluar bekerja
* memberikan sebahagian daripada susu ibu adalah lebih baik daripada memberikan susu botol sepenuhnya
* jadi berilah susu ibu walaupun anda dinasihatkan untuk memberikan makanan lain
* sekiranya anda tidur dengan bayi anda, bayi anda dapat meyusu tanpa menggangu anda tidur
* susuilah bayi anda dahulu sebelum anda keluar bekerja di waktu pagi dan apabila pulang
* jika anda memberikan bayi anda kedua-dua susu botol dan susu ibu, mulai dengan memberi susu ibu terlebih dahulu

Dapatkan nasihat doktor mengenai pemakanan tambahan anak
* memberi makanan yang tidak sesuai kepada bayi boleh memudaratkan bayi
* memperkenalkan susu botol, makanan dan minuman lain boleh memberikan kesan negatif kepada susu ibu
* selalulah minta nasihat pakar kesihatan sebelum memperkenalkan makanan lain selain daripada susu ibu


Pemberian susu tambahan
* jika doktor mencadangkan makanan lain sebagai tambahan atau menggantikan susu ibu, apabila bayi berusia 4 bulan atau 6 bulan adalah lebih baik memberikannya susu rumusan yang memenuhi standard mutu yang diiktiraf
* jika ia digunakan dengan betul, ia dapat memberkan khasiat yang diperlukan oleh bayi dalam bentuk yang mudah dihadamkan
* anda memerlukan lebih satu tin (500g) seminggu jika bayi anda menyusu dengan susu botol sahaja
* sebaik sahaja bayi anda meningkat usianya, berikan ia susu rumusan dengan menggunakan cawan dan susu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...