Thursday, August 19, 2010

Mayat ditemui celah plastik

Mayat ditemui celah plastik

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my
2010/08/19
MELAKA: Polis menahan reman seorang pesakit wanita dan pasangannya bagi membantu siasatan berhubung kes pembuangan mayat seorang bayi lelaki berusia kira-kira lima bulan di kawasan Hospital Melaka (HM), awal pagi kelmarin.
KEJAM...mayat bayi ditemui dalam longgokan sampah di kawasan hospital.
KEJAM...mayat bayi ditemui dalam longgokan sampah di kawasan hospital.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata gadis berusia 20-an ditahan di wad hospital, manakala teman lelakinya juga berusia 20-an ditangkap di Batu Berendam, di sini.

Menurutnya, sebelum itu, seorang Pegawai Perubatan hospital berkenaan membuat laporan berhubung seorang pesakitnya yang juga pelajar institut pengajian tinggi (IPT) sedang dirawat di wad kecemasan didapati mempunyai tanda-tanda baru melahirkan anak.

Katanya, susulan laporan itu, pihaknya melakukan siasatan dari segenap aspek ke atas pesakit itu dan dia mengakui melahirkan bayi di dalam tandas di HM dan kemudian membuangnya di dalam tong sampah di wad kecemasan hospital itu.

“Siasatan juga menunjukkan bayi yang dipercayai dibuang itu sudah diambil tanpa disedari pihak bertanggungjawab menguruskan sampah. Kami percaya sampah itu kemudiannya dibuang ke dalam tong sampah besar juga di kawasan hospital.

“Berikutan itu, kami melakukan pemeriksaan rapi dengan bantuan anggota forensik beberapa jam di sebuah tong sampah besar berkenaan, namun sehingga petang semalam (kelmarin) belum menjumpai mayat bayi itu,” katanya.
Difahamkan, anggota forensik sekali lagi melakukan pemeriksaan menyeluruh di sebuah lagi tong sampah di situ sebelum berjaya menemui mayat bayi kira-kira jam 1.50 tengah hari dalam keadaan amat menyayatkan hati di celah puluhan plastik sampah.

Mayat bayi terbabit kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat HM untuk bedah siasat.

Sementara itu, Mohd Adnan berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat sebelum memberikan ulasan lanjut berhubung identiti mayat bayi terbabit termasuk sama ada meninggal dunia ketika dilahirkan atau sebaliknya.

Katanya, kedua-dua pasangan berkenaan kini direman sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
sakit hati sangat2 bila baca berita tentang kes2 pembuangan bayi nih!apa nak jadi dengan anak2 zaman sekarang..dunia mungkin sudah berada dia akhir zaman..nauzubillah!
teringin sekali aku utk tau apa perasaan perempuan2 yg tergamak buang zuriat sendiri..anak yg kiat kandung 9 bulan,yg kemana pun kita bawa kemana kita pergi..langsung xada kah rasa perikemanusiaan dlm jiwa perempuan2 tersebut?xkan la semudah tu nak buang setelah apa yg dialami selama 9 bulan tu..alahan,muntah2,dan lain2 sikap tu xkan la mudah utk dilupakan..
kenapa semasa membuat dosa tu langsung xterpikir apa yg akan berlaku kelak?kalau pun kerana rasa malu akibat mengandungkan anak tanpa bapa,xkan lah bayi yg suci murni tu jadi mangsa..hanya kerana marahkan si lelaki yg tak mahu bertanggungjawab,adakah perlu anak itu dibuang ke tangki najis?
Ya Allah!sungguh aku rasa sangat sakit hati.marah dan kecewa dgn smua ni..bukannya makin berkurangan,malah menjadi2...kemana pergi iman dlm diri?
kalau xmahukan anak tu sekalipun..jgn la dibunuh..itu zuriat kita sendiri..dia langsung xberdosa..kalau rasa malu utk mengakui itu anak sendiri,kenapa tidak fikir dari awal sebelum melakukan dosa zina tu?cuba fikir kalau dlu nasib kita sama seperti anak itu?dijumpai di celah2 sampah?bagaimana rasanya...
paling mudah,kalau xmahu anak itu,jgn la dibuang,dibunuh..ada tempatnya..
cuba fikir,ramai lagi pasangan yg dah bertahun kahwin tapi belum dikurniakan anak.bermacam cara diusaha,berhabisan duit demi utk mendapatkan zuriat.bagaimana pula pasangan yg mmg xmampu utk dapatkan anak?
perempuan2 tersebut yg mudah utk mengandung,yg mudah utk  melahirkan sehingga blh melahirkan anak sendirian..bagaimana mudahnya melupakan saat2 sakit utk bersalin dengan meninggalkan anak sendiri tanpa memikirkan kesannya..tidak terfikirkah sekiranya suatu masa nnt,mereka berkahwin dan tidak mampu utk mendapatkan anak lagi..bagaimana?
sungguh aku ingin tahu apa yg ada dlm fikiran perempuan2 tu..langsung xada rasa belas dlm diri terhadap anak sendiri..sedangkan binatang pun sayangkan anaknya.
aku setuju sangat dengan saranan yg mahu menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah2 yg berkaitan dlm kes pembuangan bayi nih..bukan kepada perempuan saja,tetapi  kepada lelaki yg terlibat..tidak wajar disalahkan sebelah pihak sahaja..biar ia menjadi pengajaran kepada org ramai diluar sana.

aku cuma mampu berdoa agak semua manusia diluar sana sedar akan hukum tuhan..dunia sudah hampir kepada penghujungnya..

** takziah buat k.lyn yg baru kehilangan bayinya...semoga rohnya dicucuri rahmat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...