Wednesday, September 15, 2010

sedih...

bila mengikuti perkembangan kes bunuh dato sosilawati dan 3 yg lain..buat hati rasa sedih..
xdapat nak dibayangkan bagaimana mereka menempuh saat akhir kematian mereka..bagaimana keadaan mereka saat menghembuskan nafas yg terakhir?
dan bagaimana pula dengan keluarga mereka? bagaimana untuk mereka redha dan terima berita tersebut bila org yg kita sayang meninggal dengan cara yg amat kejam...
apa agaknya yg ada dalam fikiran pembunuh tersebut..bagaimana dia tega utk menyembelih mangsa2 tersebut?tiada rasa belah langsung didalam hati sesama manusia kah?sungguhpun ada rasa tidak puas hati,dendam..perlukan nyawa jadi taruhan..subhanallah...
alhamdulillah..tuhan telah beri petunjuk..banyak bukti2 yg telah ditemui bila siasatan tetap terus dijalankan..syabas kepada ihak polis yg terus berusaha mengumpulkan bukti walaupun ia sesuatu yg sukar kerana pihak terlibat telah cuba utk menghapuskan bukti2....sepandai2 tupai melompat kan...
semoga kes ini dapat dirungkaikan dengan segera..hanya mereka saja yg tahu.dan pesalah akan menerima hukuman setimpalnya..
semoga keluarga mangsa redha dan terima takdir ini dengan hati yg tabah..kehilangan org tersayang adalah sesuatu yg memeritkan...apatah lagi kehilangan org tua tempat kita bergantung harap.

sesungguh setiap yg berlaku itu pasti ada sebabnya..moga roh mereka dicucuri rahmat...al-fatihah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...