Monday, October 18, 2010

Wanita..




Salah satu kegemaran orang perempuan ialah salin resepi, fotostat resepi dan hafal resepi. Dan salah satu ketidakgemaran orang perempuan ialah masak ikut resepi!
-- aku pung kadang2 cenggitu jugak..ubah resipi yg disalin...copy mcm2 jenis resipi tapi skang ntah hilang mana...bule?
________________________________________
Menurut satu kajian; kebanyakan wanita kan berkata, tengok anak orang teringat anak kita. Dan menurut satu kajian lagi; kebanyakan lelaki akan berkata, tengok bini orang terlupa bini kita!
-- ini memang nak MAMPOS namanya!!
________________________________________
Selangkah lelaki sama dengan tiga langkah orang perempuan bila berjalan tapi tiga langkah orang lelaki akan menjadi satu langkah orang perempua bila dia orang nampak ada jualan besar-besaran!
-- well..perempaun biasalah..tapi bukan shopping utk dri sendri jek..beli gak utk mak, ayah, laki, anak2...kan kan?lelaki mana reti shopping, suar dlm pun bini yg belikan.
________________________________________
Wanita memang pemurah… sebab itu diaorang bermurah hati tabur duit kat shopping complex tiap-tiap minggu!
-- klau xdak pompuan yg suka shopping cam aku neh, silap2 bleh bankrup shopping complex tu..sogo pun bule bungkusss
________________________________________
Orang perempuan tidak akan menjadi perempuan yang baik sekiranya dia tak tahu… tarik muncung empat, lima depa time merajuk! Sekali pandang lipstik kat bibir perempuan tu sama sahaja warna merah, tapi dua kali pandang warna tu sebenarnya tak sama; ada merah ros, mera h sirap, merah hati, merah darah dan duit merah!
-- yelah..kena la pelbagaikan warna..sapa suh cipta warna lipstik macam2 kan?dah ada bnyk kaler...ate, beli jelah
________________________________________
Menurut satu kajian, 99.9 peratus punca pergaduhan suami isteri adalah berpunca daripada isteri. Dan satu lagi kajian, 99.9 peratus punca pendapatan suami isteri adalah berpunca daripada suami!
-- tipu2!!tadikan kata poompuan suka shopping, so pompuan2 ni banyak duitlah..btul kan?
________________________________________
Antara orang yang disayangi wanita dalam dunia ini ialah suaminya dan tauke shopping complexnya!
-- lagi sayang klau tokey shopping complex tu adalaha suamiku tersayang...oh oh..syorgaaa...bley shopping sampai pengsan
________________________________________
Binatang yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika berjalan ialah itik. Manusia yang suka berlenggang dan tak berhenti-henti bersembang ketika apa saja ialah per… per… !
-- per per apa? aku jalan xlenggang okey!
________________________________________
Wanita sanggup mengeluarkan berpuluh ringgit untuk beli alat make up dan mereka juga tergamak habiskan duit untuk membeli pencuci make up. Nampak sangat merekalah satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang suka sangat buang duit beli alat make up!
-- eleh,,xdak la mahal pun..okla dr lelaki yg suka buang duit beli rokok..bakar, hisap, abes..pastu sakit...pompuan beli make up ok pe..beli,pakai, cantekkkkkkkkkkkkkkkkkk
________________________________________
Orang perempuan akan membelek muka di cermin sekurang-kurangnya tiga kali sebelum ke tempat kerja, enam kali semasa kerja dan tiga kali pula selepas balik kerja dengan mengambil masa kira-kira setengah jam setiap kali. Ini bererti selama enam jam sehari orang perempuan buat kerja tak berfaedah-tengok muka sendiri!
-- xpe tengok muka sendri dari tgk muka org lain..mana la tau kut ada bulu idung terkeluar ke...
________________________________________
Menurut satu kajian, jumlah wanita memakai cermin mata adalah tiga kali ganda dibandingkan dengan lelaki. Ini adalah kerana mata wanita mudah rabun sebab mereka memang mudah rambang mata!
-- aku rabun silau yek..dan incik suami jugak rabun..
________________________________________
Tempat yang selalu menjadi tarikan kepada wanita ialah shopping complex, pasar malam, pasar sehari dan pasar tani. Ini sekali lagi menunjukkan wanita memang suka menghabiskan duit!
-- laki ada ke nak g pasar tani beli ikan, sayur, bawang...bla bla bla
________________________________________
Seorang lelaki yang beragama Islam dibenarkan untuk berkahwin empat. Jika semua lelaki yang ada di Malaysia ni, tak kira yang tua ataupun yang muda berkahwin empat, kaum wanita tetap tak boleh lari dari kes mengumpat.
-- lelaki pun mengumpat jugak pee!!
________________________________________
Menjelang bulan puasa, rata-rata orang perempuan akan mengurangkan kekerapan bercakap dan menambah kekerapan membeli-belah!
-- yelah beli baju raya suami, anak2, kuih raya, langsir raya. bekas kuih raya..
________________________________________
Orang perempuan memang mudah kecil hati. Dalam sehari sekurang- kurangnya lima enam kali mereka berkecil hati. Jika ini berterusan selama beberapa tahun tak mustahil lama-lama orang perempuan akan kehabisan hati!
-- ini sebab org lelaki yg xpandai ambil hati, hanya tau sakitkan hati!
________________________________________
Wanita telah diiktiraf sebagai kaum yang paling bijak terutama dalam hal berbelanja!
-- ye!! dan wanita jugak terbukti lebih pandai matematik dari lelaki sebab cekap je ngira diskaun bila nk shopping!
________________________________________
Kebanyakan perempuan akan cari kawan bila nak makan, tapi mereka jarang benar keluar belanja kawan makan!
-- eii...ingat aku kedekut sangat kerr
________________________________________
Menurut satu perangkaan, gigi orang perempuan tidak boleh bertahan lama. Paling lama cuma sampai umur 50 saja. Selepas itu orang perempuan cuma tinggal gusi. Ini adalah kesan kuat bercakap ketika muda.
-- bukan la... tu excersice mulut la...
________________________________________
Sejenis burung yang boleh terbang sepanjang hari tanpa megibaskan kedua-dua sayapnya dikenali sebagai albatross. Sejenis manusia yang boleh bercakap sepanjang hari tanpa henti-henti dikenali sebagai…
-- apa?
________________________________________
Salah satu kegemaran orang perempuan ialah menyimpan kuku panjang. Kalau dihimpun dan dicantumkan kuku-kuku orang perempuan seluruh Malaysia, ianya sama panjang dengan jambatan Pulau Pinang!
-- salah2..kat opis aku bangcik yg suka simpan kuku panjang dan dia adalah lelaki!
________________________________________
Hampir kesemua wanita memang suka memakai kasut bertumit tinggi. Kebiasaannya paling tinggi tumit kasut seorang wanita ialah 10 cm. Jika semua kaum wanita di Malaysia, ini termasuklah Sabah dan Sarawak memakai kasut yang tumitnya setinggi 10 cm, tumit-tumit kasut itu kalau dikumpulkan cukup untuk dibuat sup untuk seluruh rakyat Malaysia, tak kira lelaki ataupun perempuan!
-- ko nak makan sup tumit kasut ke ko nak kaki aku kat mulut ko?pilih pilih....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...