Tuesday, November 09, 2010

takziah..

selasa pagi, 2hb Nov 2010..bangun smayang subuh, then dapat mesej...tersentak seketika..Al-fatihah dan takziah utk kinah sekeluarga atas kehilangan bayi perempuannya. difahamkan bayi meninggal di dlm kandungan

dan entry ni khas utk my dear friend forever, kinah@chaq


ni aku cedok dr fb hang..dah lama xtgk hang..last kita jumpa masa aku peknen 6 bulan dlu..klau xsilap awal bulan 5..waktu tu hang baru 2 bulan peknen klau xsilap..bila tgk kat fb hang minggu lepas...hang dah besar cam ni..

sabar dan redha..itu yg bule aku kata utk hang..aku faham apa yg hang rasa kerna satu ketika dulu aku jugak merasakannya..DIA tahu kita mampu utk hadapi semua ni, sebab itu kita yg dipilih..

aku tau hang mmg mengharap dan menanti anak itu..tapi, dia cuma dipinjamkan sementara di dlm rahim hang..bukan utk hidup didunia ni..ingatlah, setiap yg tuhan ciptakan tu, mesti ada hikmah yg kita xtau..insyallah..dan aku tau hang mampu utk smua ini kerna hang lebih kuat dari aku!

dia dah tentu tempat disana..dan dia jugak yg akan tunggu kita disana nnt..sekarang ni, amalan2 kita yg akan menentukan samada kita dapat berjumpa dengan dia nnt...insyallah..


Nufail Iman masih memerlukan hang..walau hang kehilangan satu anak, hang masih ada iman..dia pun tentu xmau ibu dia terus2 sedih..dan aku pasti, zul ada di samping hang utk terus menyokong hang..


apa yg bule aku buat sekarang utk hang hanyalah doa semoga hang tabah dan kuat..nak p tgk hang, jauh..semat dlm hati hang yg positif sahaja..fikirkan keadaan diri hang sebelum bertindak utk sesuatu..jgn diikut kata hati..saat2 macam ni syaitan akan seronok utk menggoda hang..banyakkan beristigfar..bila hang redha dengan semua tu, insyallah fikiran hang akan tenang..aku tau hang tetap akan teringatkan dia, bohong la klau xingat kan ? anak kita..kita yg kandung dia, bawak dia, menunggu2 kehadiran dia...tapi akhirnya tiada..aku yg dah 5 bulan ni pun masih blum dapat hapus ingatan tu dan sampai bila2 ingatan terhadap anak itu akan ada..apatah lagi hang yg baru kehilangan...cuma...jgn diikut kata hati..

sekarang ni apa yg penting hang kena jaga kesihatan hang..insyallah, klau hang terus sihat, siapa tau suatu hari nnt ada rezki utk hang..akan ada pengganti utk anak itu..walau doktor kata hang akan bermasalah bila pregnant lagi, tapi semua tu kerja DIA..

insyallah..semua yg ada di sekeliling hang akan terus menyokong dan membantu hang utk bangun, utk kuat semula.dan xterkecuali aku..aku terus ada di sini utk hang..walau kita jauh, aku xkan pernah melupakan hang..berdoa utk hang, sahabat aku utk selamanya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...