Sunday, June 12, 2011

Aura Ipad



Apple sebelum ini mendakwa tablet iPad mempunyai daya tarikan seperti ‘magik’. Ya memang benar malah seorang remaja di China sanggup menjual buah pinggangnya demi sebuah iPad 2. Kedengaran gila dan tidak masuk akal? Namun bukan hanya itu saja cerita tentang aura iPad yang berlaku sehingga saat ini.
Berikut adalah beberapa kejadian unik yang berlaku gara-gara iPad:

1. iPad digemari di dunia akhirat
Replika iPad yang dibuat dari kertas cukup banyak diminati oleh keluarga berkebudayaan Cina. Mereka membeli replika iPad tersebut bersama replika barang mewah lain untuk dibakar dengan tujuan agar di dunia akhirat dapat digunakan mengikut kepercayaan mereka.

2. iPad menyebabkan rusuhan
Salah satu kedai Apple di Beijing menjadi mangsa keganasan para penggila iPad 2 yang tidak sabar. Kekacauan yang berlaku menyebabkan 5 orang tercedera. Kerugian harta benda atas kerosakan yang berlaku di kedai Apple juga menyebabkan kedai tersebut terpaksa ditutup sementara.

3. Membayar untuk beratur di barisan pertama
Harga ipad 2 paling murah hanyalah lebih kurang $500, namun Hazem Sayed (dikenali juga dengan iPad 2 hunter) sanggup membayar sejumlah wang untuk menjadi orang yang paling depan di kedai Apple Fifth Avenue. Dia menghabiskan sehingga $900 untuk membayar seorang mahasiswa yang sudah beratur berhari-hari untuk menjadi orang yang pertama memiliki iPad 2.
Namun hasilnya sungguh bermakna kerana namanya menjadi terkenal dan mendapatkan perhatian orang ramai atas projek pengembangan iOS yang dilakukannya. Setidaknya $900 untuk kos promosi masih tergolong cukup murah.

4. Kehilangan jari kerana iPad
Tragis, seorang pemuda dari Colorado yang sedang seronok kerana ingin membeli iPad untuk rakannya di salah satu pusat beli belah berubah menjadi tragedi. Dia terpaksa kehilangan sebagian jarinya akibat mencuba menjaga iPad nya dari diragut. Setelah berlaku peristiwa tarik-menarik dengan peragut, pemuda ini tidak hanya kehilangan iPad, tetapi salah satu jarinya hampir terputus.

5. Menjual buah pinggang demi iPad 2
Remaja berusia 17 tahun di China rela menjual buah pinggangnya berharga $3100 supaya boleh membeli iPad 2. Remaja ini terjebak dengan sindiket perdagangan organ tubuh pasaran gelap disana. sebiji buah pinggangnya hanya ditukar dengan ipad 2, iPhone 4, dan wang yang tidak seberapa.
Bagaimana menurut korang? adakah iPad memang memiliki aura atau hanyalah produk gagal seperti yang banyak diucapkan oleh para anti Apple diluar sana.


** xpercaya? xmustahil ada yg fanatik sampai begitu..mek cadang nak beli jugak, tapi xtau bila..lagipun xnampak penting sangat pun skang ni..nanti2lah pikir..banyak lagi yg penting dr tu yg nak kena beli...tapi mmg tidur malam termimpi2 jugak la iPad ni..hehe

sumber :  www.isuhangat.net

2 comments:

  1. dahsyat nyer.. mcm tu sekali.. tak pernah terfikir...

    salam perkenalan... drop by baca entry ni dan klik2 tabung nffng.... moga berjaya menabung dgn nffng.....

    kunjungan anda amat dialukan.. klik2 dan sama2 menabung......

    daaa~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...