Friday, July 08, 2011

Perkembangan fetus - hamil 27 minggu


uterusmulutmata

Bayi anda sekarang berat 2 paun / 875 gram dan berukuran 14.5 inci / 36.6 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari.

Mimpi-mimpi manis, si kecil tersayang! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak.

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah sedu-sedan bayi anda, dan ia kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu beg kertas tidak akan menghilangkan sedunya, namun, sesuatu episod tersedu itu hanya berlanjutan untuk sekejap masa sahaja. Sensasi itu agak aneh bagi anda, tetapi bukanlah merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan.

Oleh sebab uterus anda sekarang sudah naik dan berdekatan dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin merasakan susah bernafas atau anda sudah merasakan kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin dilanda kejang betis, hemoroid, vena varikos dan gatal-gatal abdomen. Adakah ketidakselesaan kehamilan membuatkan anda kurang gembira? Cubalah beberapa cara pemulihan natural untuk menceriakan anda.

Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, anda mungkin diuji untuk antibodi Rh pada minggu ini atau minggu hadapan dan menerima suntikan anti-D untuk melawan ketakserasian yang ada. Anda mungkin ditawarkan suntikan ulangan pada 36 minggu kehamilan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan.

dah masuk 27 minggu..sket lagi nak ke 28...takot oiii...harap2 smuanya selamat sampai 28 dan seterusnya.



eh, baby pun leh mimpi ek? nnt bby kuar bgtau mommy ek, mimpi apa?
ermm, kejang kaki ? aku masa peken 3 bulan dah start dahhhh...sakit oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...seb baik ada laki yg prihatin tlg urut mlm2...kadang2 leh menangis wooo bila kejang ni...
now, sengkak tu dah makin terasa..bby xbesar mana pun lagi, tapi maknye dah membesar dengan hebat..ngeri tgk badan sendri..perut besar xpa, ni lain pun membesar bersama2..
pastu perut mengeras..katanya, baby bergerak, sbb tu perut kita mengeras..cekang2 perut ok...nak2 plak kalu pas muntah ngan senak perut...jenuh la nak gosok2 kasik dia elok balik...dah la perut aku cam senget ke kanan..bby suka duk belah kanan ekk? bagus2...yg dlu senget ke kiri, yg ni senget ke kanan..bagus anak2, balance perut mommy korang!

dah masuk 27 minggu ni, baby sangat aktif okeyy..dari mula lagi..klau g scan, mst doc susah nak capture pict dia sebab duk menari hiphop dlm perut mommy...dlu ms kecik, xterasa la..now dah menghampiri  trimister ke 3 ni, adeh deh....kicking and punching dengan hebat yeee...gedebuk gedebak rasa dlm perut nih...bila dia sedu pun kita akan rasa kan..nurse kata, klau bby sedu, kdg2 kita akan rasa sakit perut sket...alhamdulillah, xla sakit pun, tp leh rasa la..
xpalah xpalah...ko tendang lah, tumbuk lah wahai anak..thats mean u r health inside there...nnt ko dah kuar, time mommy plak nak balas dendam...nak gomol2, nak geget2....weeeeeeeeeeeeeeeeee...

lama eh xjumpa papa? oh oh...skang ni dia malas nak sapu losyen dah kat perut nih...sebab mama slalu tdo awal n tdo mati katanya...so dia malas nak kacau, nak gerak utk sapu losyen...alasan kannnnnnn.....xpa2, pasni mama remind tugasan dia yg terhenti tu...ngehngehngeh

baby, duk elok2 ek kat dlm...xlama dah nak tgk dunia...xsampai 100 hari dah...harap2, kuar ikut jangkaan, bln 10 nnt ye..sorry la klau kadang2 mama suka2 hati mkn makanan yg xberapa nak berzat tu..baby demand sangat, nak mkn bukan2, selera mama masih xberapa betul..muntah2 pun still lagi...pasni mama try mkn btul2...i want u to be safe n health!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...