Search This Blog

Loading...

Wednesday, November 30, 2011

My sweetheart


ni pic amni masa dia cukup 3 bulan.. sekarang dia dah debab dah. dlu masa br beranak, alahai...sekeping jek. skang dah seketoi... hahah
masa branak, berat dia cuma 1.8kg. lepas 11 hari duk nicu, berat dia 1.85kg.. masa 39 hari, naik ke 2.5 kg.. masa g cucuk 2 bulan, dlm 67 hari camtu kut, berat dia 3.5kg.. fuhhh.. peningkatan yg bagus!  kira bnyk la utk budak prem mcm dia..berkat susu ibu + susu formula :) ..
ni, next week nak g cucuk 3 bulan, xtau la brapa dah berat. tangan aku sakit okeh skang ni. dua2.. skang ni duk riba dia lama2, lenguh abih... xpa2...membesar dengan sihat wahai anak..

skang ni dah mcm2 peel dia.. syok sgt bila kita duk agah dia, dah pandai senyum n tenung kita balik.. walaupun xtau dia dah nampak btul ke tak.. hehe..sapa xsyok oi ada anak.. paling xmenahan, apaknya lah.. kan lama dah dia duk tgg nak main ngan anak dia.. skang ni dah duk skali, anak pun dah besar, ha syok la dia. mlm2 dia yg dodoi anak dia. si kecik ni pun bila ngan apaknya, baik plak. xdak nak ek ek pun. duk diam je.. pandai ko yek..nak menetek, dtg kat mak jugak..

paling syok tgk bila dia berak.. ms dlm pantang, dia penah warded sebab xberak. 10 hari ko xberak. xke susah hati walaupun kondisi dia elok je. pegi check doc advise suh warded sebab nak check, manalah tau ada apa2 kan sebab dia prem. dah xray bagai, seb baik xdak apa. as long as dia xmeragam, xkembong, kencing elok, kentut, menyusu elok, doc kata xpa. time tu dia susu bf je. maybe jenis dia mcm tu doc kata. pas kluar wad, dia berak seminggu sekali je. bila dia berak, haaa smua duk tunggu tgk. sebab dia jrg berak kan.. klakar sungguh time tu. siap duk belek2 taik dia. hahahaha.. skang ni dah ok, paling kurang 2 hari sekali.
bila dia berak, lagi lawok. dlu menangis klau berak. mcm org sakit perut. merah2 muka duk teran. pas setel, eh bleh plak tdoq.. letih teran gamaknya. tapi klau lambat basuh, nangis pulak.. geli!

budak ni kuat menyusu sungguh. dlu ms dlm pantang, susu xbnyk sgt. asyik ngamok je sebab xkenyang. kadang2 dekat sejam duk nyusu dia. lenguh tu toksah cakap la. tahan jelah, nak buat cemana. mlm2, 3-4 kali jaga. cik b aku tu pedih toksah cakap la. dah xdak pilihan, elok je dia nak masuk 2 bulan kasik susu formula la. dah kena sebotol , ha tidoq senyap.. tapi bf still lebih. fm cuma on demand jek. klau dia xkenyang, oi duk melalak la situ la. sumbat jek masuk mulut, diam trus. kasik puting haram dia xmau. cerdik jugak ko ek.. kena gaya, 2 jam sekali nak susu. klau x, sejam sekali.. tapi xleh kasik bnyk sebab dia mudah jeluak susu. nak2 klau fm. ada la 2,3 kali kluar kut hidung. gila cemas. gelabah toksah cakap la. aku ingat dia tersedak susu ke apa, rupanya terlebih minum, kluar blk la. fuhhh...pastu kasik sket, tapi kerap. klau dia bf, ok la sket. jeluak jugak, cuma xbnyk..
alhamdulillah, skang ni dia masih mau bf. risau gak kut dia xnak sbb dah minum fm lagi bnyk sebab aku keja kan.. mlm yg paling lega. xdak nak susah bgn bancuh susu.. selak je.. sambil pejam mata pun boleh..hehe..
cuba jugak perah nak buat stok.. tapi harammmm...sakit lagi ada, susu xkuar pun, meleleh2 jek.

dlu masa dia br kluar, smua org kata mcm bapaknya.  yaaa.. aku pun xtau la, tang mana yg sama. tapi perangai tu baaaanyak yg sama.
tdoq kuar, sama cam bapaknya -- bby mmg suka tdo kan..hehe
suka kentut, sama cam bapaknya -- bby mmg kentut kan masa kecik ?
takut air sejuk, sama cam bapaknya -- klau kena air sejuk, melalak nangis. mandi air suam, punya layan sampai blh tertdo dlm besen
jari tgn montok2, sama cam bapaknya -- kuku tgn bulat2 je
tdoq buas, sama cam bapaknya -- tgk2 dah jatuh bantal.. 

tapi dah besar sket ni, muka dah lain sket dah.. dah pendek, bulat dah muka tu.. mcm omaknya pulak.. hehe.. eh, aku yg penat bawak ok.. hehe

jaga Amni adalah xsusah.. siang dia tdo je. mlm br berjaga. kdg2 pkul 1 pagi br tdoq. tapi xdak la dia nak nangis ke hapa ke. cuma ko kena layan dia la. klau biar dia duk sorang, kejap blh la. dah lama, dia rasa mcm sunyi, ha, ek ek la jugak. letak atas riba, ok, xdak hal.. tapi tu takat dah besar ni la. dah nak main kut, tu yg xleh sunyi tu. nangis klau lapar je. elok dia ek ek, ngap masuk mulut, diam.. dah kenyang duk la dia main sorang. kadang2 bunyik jugak la suara tu. tu uk ak uk ak sorang2 dia. dah lama, lapar balik, nangis plak.. kasik susu, kenyang, diam la.. alhamdulillah.. xdak la dia nak menangis, meragam tu.. mujur la kan.. berkat selalu duk baca al-quran ms duk peknen dia kut.. heheh

dari aku bersalin, sampai 80 hari lebih aku duk kg, duk umah mak bapak aku. dah lepas 50 hari camtu, seminggu sekali aku balik umah pak mentua aku 2-3 mlm. laki aku duk situ ms aku lam pantang. sebab xblk duk ngan laki aku terus? umah xda.. hehe.. xla, umah sewa dah kena kluar sebab org lain nak masuk. umah baru xsiap, brg duk sepah2. nak duk umah pak mentua aku lak cam susah sket. aku la segan. bgtau hubby, nak duk umah abah dlu. kasik diorg main ngan cucu dlu.. hehe.. bila umah dah siap, duk ulang alik meh kemas smua, tinggal Amni kat mak aku. nak tinggal kat mak mentua aku kesian dia plak. dia dah tua dah, xberapa sihat sgt, xsampai hati nak susahkan dia plak. dah setel umah smua, dlm 5 hari lg aku nak masuk keja, br aku blk duk..
bl dah balik duk sini, cam kesian plak kat mak abah aku. yelah dekat 3 bulan aku duk sana ngan Amni, bila dah xdak ni diorg sunyi la. paling xmenahan tokwan la.. rajin plak abah aku duk kol tanya cucu dia. mcm2 pesan suh jaga cucu dia elok2.. hehe.. seminggu sekali la br leh blk sana pulak, mcm dlu2 la. ikutkan abah aku, dia suh aku hantar Amni blk sana bl aku p keja. mmg la itu paling bagus, tapi aku la xlarat nak ulang alik. klau sejalan xpa.. nak blk hantar je dah dekat setengah jam, pastu nak pusing balik meh keja. ptg g ambik plak.. letih oii..skang ni adik aku meh duk sini ngan aku tolong jaga Amni sat. sampai bila xtau la. nak hantar nursery, xgamak kut. nak carik org ngasuh, xdak plak.. org xkenal xharap kut...

skang ni g keja duk bilang jam jelah bila nak balik.. balik je, gomoi anak la..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...