Search This Blog

Tuesday, December 13, 2011

1st time...

apa yg 1st time.. 1st time yg buat aku bengong sekejap.
1st time Amni demam!
gila gelabah ok..

kan dia dah duk batuk2 n selsema. seminggu dah. tapi batuk tu dah kurang, xteruk cam dlu. selsema pun sama. hingus pun xdak dah. skali tetiba, demam panas plak.
hari sabtu lepas aku blk umah mak aku. tdor sana mlm tu sebab esoknya nak hantar family aku kat padang besar. diorang nak blk thai. nak mudah, aku tdor sana trus, xdak la kalut sgt hr ahad tu.

mlm tu elok je dia duk main. tersengih2 bila org duk agah dia. dah bwk masuk bilik, tdor, ok jek. skali pkul 1.30 camtu dia jaga. nangis lapar. kasik susu la (bf). lama gak dia nyusu, pastu tetiba nangis. mulut duk hisap, tapi duk nangis. mata xbuka pun. makin lama, makin kuat. aku angkat tepuk2 smua, xjln. 15 mnt camtu kut, aku cam heran gak la. memula heran sebab dia jaga awal. skang ni dia duk tdo lewat, so dia akan jaga utk menyusu dlm pkul 4 pagi camtu. ni blm pkul2 dah bgn. time tu mak aku xtdor lagi, dia duk packing baju la. dia cam heran dgr amni nangis lama. dia meh ketuk bilik aku la. bwk turun bawah pun duk nangis lagi. punya la kuat, siap duk lonjak2 badan lagi. aku dah cemas dah. mak kata dia kembong. buka habis smua tinggal baju jek. sapu minyak yu yee tu la. xjalan gak. amek iron, panaskan, mak aku tuam perut dia. bagi susu badan, lamgsung xmo. bg susu botol, eh nak pulak. so, senyap la kejap sebab duk isi minyak. dah kenyang, eh sambung nangis pulak dah. ingatkan nak benti dah. habis kitab la mak ngan abah aku duk berzikir kat dia. senyap kejap dlm 10 minit, pastu nangis lagi. mak aku kata rasa mcm meremang bulu roma sket masa tu baca2 kat dia. maybe sebab mak aku duk kluar masuk ngan adik kut mlm tu, duk g tgk gerhana bulan. tapi xtau la kan.. lama gak la mak aku duk baca2, hembus2 kat dia..

dr pkul 2 pagi tu, sampai ke pkul 5, melalak jelah. masa minum susu tu senyap, pastu sambung balik nangis. serius aku xtau nak buat pa. seb baik jugak jadik masa kat umah abah. klau duk umah aku, mau kami  laki bini nangis sama. masuk pkul 5 tu nangis pun mcm slow jek. dah habis suara ngan daya la kut. dah letih, tertidor camtu jek. tapi xnyenyak btoi. duk terjaga n merengek jugak. aku tdor sambil peluk dia. rasa kejap kut, dia cam selesa sket. duk check temperature bdn dia sebab panas semacam. skali dah 37++. patutla duk nangis. xsedap bdn rupanya. kol laki aku la. cakap bnyk pun xleh dah sebab duk nangis. risau ok! dah la dia kecik lagi. mlm tu, eh pagi dah la kan. smua pakat tdor kat ruang tamu. memula letak dlm buai, tp dia duk ek ek jugak. tu yg aku ambik peluk dia tu. pening kepala toksah cakap la. menyengguk gak la sket. mak ngan abah aku pun sama xsenang duduknya. yelah, amni baru 3 bulan kan. lagipun dia xpenah nangis sampai gitu. slalu nangis sebab lapaq je. kasik susu, senyap. ni, dah minum pun duk nangis jugak.

dah subuh tu, tgk dia mcm lena sket tdor tu. baru la mcm lega sket. abah pun kansel nak blk siam. klau balik hati xsenang pun xguna jugak katanya. dia suh bwk g spital cepat2.

next entry, bawak amni g check-up

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...