Search This Blog

Tuesday, December 06, 2011

Amni oh Amni

bila dah ada anak, entry pasal anak je.. heheh.. lantak ah.. belog aku kennnn

Amni xlega lagi batuk. sian dia. rasa mcm sakit sgt tgk dia batuk. sampai merah2 muka, terangkat habis kaki tgn bila batuk tu. berbunyik2 kahak tu. ngan bersin, hingus lagik. adoiii
memula amik ubat dah. time tu xdak kahak lagi. pas 2 hari g klinik lain plak. doc kata dah berkahak. so dia kasik ubat kahak, ubat batuk ngan ubat selsema. thank god sbb dia xdemam. klau demam, lagi la haru..

dah amik  ubat, nak kasik ubat 1 hal la kan.ok, bab ubat. napalah org yg buat ubat utk baby or budak2 ni xberapa cerdik sgt. pastu makpak smua susah hati sbb anak xnak mkn ubat. mana nak ditelannya klau ubat tu rasa cam cuka getah jek. aku yg tua ni bila rasa, oiii... apa ke jenis ubat ni. ko buatlah ubat yg sedap sket rasa tu, baru senang nak kasik budak mkn. Amni punya la melalak xmo mkn mkn. jenuh aku paksa. nak habiskan 3 jenis ubat tau mau dekat sejam kut. tunggu dia reda nangis, ha, crett masuk. memula mcm telan, tetiba, bluwekk kluar blk.. cerdik ko ekk.. tgk dia nangis cam xsampai hati, tapi kena hati kering, paksa jugak. klau x, bila nak lega kan. n sampai hari ni xlega lagi sbb kurang mkn ubat. aku jek yg duk kasik. adik aku xbrani sgt, talut dia tersedak. ada hari tu, pas kasik ubat. dia batuk2 sampai muntah. kluar kahak tu.. lega la kejap. sengih2, tertido trus..drama btoi budak ni

semlm lg drama. adik aku msj bgtau dia xmo minum susu. memula ja hisap. pastu xmo. kena jek puting, dijuih2 kluar. pastu melalak2 la nangis sbb lapar. dah habis 1 umah dah adik aku berdendang. last tertdo cam tu jek. bgn, nangis lagi sbb lapar. kasik susu, xmo jugak. bajet sebab adik aku campur ubat dlm susu dia. rasa lain kut, tu yg dia xmo hisap. kasik air masak pun sama jugak. adoii...susah hati la kan..

rehat pkul 1, aku pecut balik. kasik susu badan, laju jek dia hisap. dah kenyang, sengih2 la.. pastu aku kasik dia hisap botol, mau plak.. saja nak ngada2 nak mak dia adik aku kata. pas aku g keja, dia tdor. jaga ptg tu nk mandi, adik aku kata sama gak, xmo susu. sampai aku blk keja baru minum sbb bf. adoiiii... apehal plak dah. suara tu sampai serak sbb duk menangis. slalu dia bukan jenis yg menangis. aku bajet dia sakit tekak. mlm tu aku edjas jugak kasik dia minum guna botol, last mau jugak. tapi kena buat mcm dia bf. peluk kejap2 n ejas botol susu. drama sungguh! memula dia xnak. ikutkan nak je selak baju tu kasik. tapi bl aku g keja esok, buatnya dia xmau hisap botol, haaa caner? .. susah la kan...

dah kenyang, mata kuyu jek. letih nangis kan. aku kasik ubat pun, cam redho jek telan. xdak daya nak nangis dah. nangis pun kejap jek.. pas tu tertdo trus. skang ni mlm kan sejuk. dia duk batuk kerap plak mlm2. sian ok tgk dia.. sapu vicks kat dada, angkat tepuk2 blakang, dodoi dia.. nmpk reda sket la.. xsampai hati oi tgk dia camtu.. nangis pun slow jek bunyik sbb suara dah serak..

aku pun xlega2 lagi batuk ngan selsema ni. seminggu dah. cuma dah kurang sket la dr mgg lepas. tdo pun cam xtentu hala skang ni. mlm2 duk bgn tgk dia bl dia batuk. laki aku pun cam senang plak sejak ada anak ni. anak nangis jek otomatik jaga. siap ambik dodoi, tepuk2 anak dia. dlu kemain susah  nak gerak bgn, nak2 klau gerak bgn smayang subuh. mcm nak je aku simbah air. dah ada anak ni, ehh... senang plak.. alhamdulillah...
manjakan sangat la anak dia tu.. kejap2 kiss, kejap2 peluk.. eiii, dengki mak.. seb baik sblm tdor, pas dia kiss anak dia, dia kiss jugak  bini dia yg xsemenggah ni.. klau x, mau ada amukan puaka.. mueheheheh

2 comments:

  1. calit kunyit idup wehh kat batang idung dia. bg cepat kering inguih. kat mat qaleep pun aku buat cam tu.

    ReplyDelete
  2. ya ka? satg balik nak p carik segera!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...