Search This Blog

Thursday, December 08, 2011

meah punya cerita

lama dah entry ni duk berkepuk dlm ni. skali terlupa nak publish. duk edit, pastu save, pastu edit lagi, save lagi..pastu lupa publish.. ai kan bz skang ni -- sebenarnya dah lama xtgk pun listing post tu, tu yg xperasan! kesian kan. makanya bl nak publish ni, kena edit sket la entry sebab cerita ni dah lama.. seblm raya haji nun..

kisahnya, meah balik umah tokwan. yay! diorg blk naik ketapi. ciklan kata duk sebut2 nak balik kg sini sebab dah lama xblk. tambah pulak duk bising nak balik tgk baby makngah.

mama dia kata, asal nampak mainan ke, brg baby ke, smua  nak bli kat baby makngah. sweet kan.. hehe
eh, dia behave ok ngan baby. kejap2 dtg tgk baby, pegi main, pastu meh tgk plak. time tu bby aku kan kecik g, br 2bln lebih. keja tdor jelah. dia cam eh eh, xleh nak usik2 baby. hehe
pegang baby  pun slow2 jek. siap riba lagi, tapi xsempat nak snap pulak. pastu duk sayang amni.. bagus la dia suka sebab pasni dia pun nak dapat adik! awww.. bertambah anak menakan mek.. soka soka!!

ayat meah : kiter nak adik lelaki. adik kita nnt nama adilah!
ko apehal la meah oiiiiii

' makngah, kiter pinjam kejap ek angry bird makngah. nnt pas main kiter pulang balik. '
gedik giler sebab bila cakap bahasakan diri dia 'kiter'. sket2 kiter, kiter

aku bwk dia g jitra masa nak g ambik pizah. saja bwk dia jenjln kat supermarket. uiii.. syok sungguh dia paw makngah dia.. sabaq jelah. g bahagian baby, smua nak bli, mai capai jek apa yg dia rasa best masuk dlm bakul.  stokin la, botol la, mainan la.. ' kiter beli utk baby amni ek makngah?'.. banyak cantik muka ko. ko capai jek smua, makngah kena bayau.. letak balikkkkkkkkkkkkkkkkkk... .
tapi sweet sebab dia ingat nak bli utk amni. aku nak bli btol susu, ambik yg triple tu. plannya, yg kecik utk amni, pastu lg 2 tu, 1 utk dia, 1 utk mamat (kazen dia). tapi pas sudah dia xkasik bli kat mamat sebab mamat tu ganas! xsedar dia pun sama ganasnya. meah meah... last bli 2 jelah..
paling xmenahan, nak bli baju bola! gila menggedik nak bli baju tu, xmo dah yg lain. nak kaler biru jugak2.. sampaikan amoi salegirl tu pun kena sedas ngan dia. dah bli, duk kenen aku nak g tukar, nak pakai jam2 tu jugak baju tu. aku kata xkan nak salin kat sini, malu ar org nampak. ' ala, kiter g tukar baju  kat bilik air la, org xnampak '.. panggg sedas! sebab bli sliper angry bird, blh pakai jam tu jugak, bli baju pun nak pakai la jugak. masuk keta, eh, nak tukar jugak.. klakar ok budak nih!
dah blk umah, mandi, trus pakai baju baru.. xpadan ngan pompuan, bli baju bola tuuuu.. sabau jelah





ni pesen apa ntah, amek gambar buat tgn cenggini.. dia ni klau mood dia elok, syok la melayan. otw ke jitra tu siap nyanyi lagi. skali ngan makcik ngan makngah nyanyi sama. lagu apa tau? lagu shahir ok! kebahgiaan dlm perpisahan. pastu sound pe, ' klau kiter nyanyi bergabung. lagi best'. sudahnya melalak la dr umah sampai ke jitra. habis lagu tadika dia smua kluar. tanya sama pokok, twinkle2, mcm2 ah... best!


ni masa hantar diorg balik. kesian sebab ketapi lambat dekat 2 jam! gila bosan tunggu. seb baik dia xbuat perangai. aku pas hantar, blk umah la, xtunggu lama.
meah kata ketapi bunyik camni. ' keceh keceh pon pon'.. kakakakakakka... lawok gila bl ingat dia sebut tu. budak ni apa yg dia cakap tu mcm org tua, pastu lawok.. selamba dia jek nak cakap pe pun. nak2 klau dia buat salah, nak marah pun xjadik sebab klakar.. tu xtgk dia main masak2 lagik. bukak kedai makan.. mmg lawok giler.

harap2 pasni dia behave lebih sebab nak jadik kakak dah.. walau dah ada anak sendri, meah tetap kesayangan makngah sampai bila2!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...