Search This Blog

Loading...

Thursday, January 05, 2012

mari menternak lemak

lama dah xmemasak secara hebat seperti masterchef.. masak secara hebat disini bukanlah bermaksud masak mcm hotel 5 bintang yek. masak secara haibat, hiasa cun2 tapi conet jek portionnya.. xkenyang xkenyang... ni masak ala kadar utk makan laki bini jek.
laki aku tu kan susah nau nak ajak g mkn kat luar. dia lagi suka aku masak. even buat ayam goreng pun dia bule mkn nasi bertambah. dasar pemakan kan.. ni kan pulak klau aku up sket ayam goreng tu, lagi bertambah2 la.. cemana nak kurus ntah laki aku tu..

bila dah masuk umah baru, aku pun start keja n ada dah ada baby. memula tu jadual mcm ada sket kelam kabut la. sementara nak biasakan diri ngan life baru. balik keja tgk anak dlu. pastu ralit la duk mengulit budak kecik tu. pastu nak masak, nak kemas umah. rasanya pas duduk dlm 3 mgg umah baru tu, aku blm habis kemas lagi. mana datang ntah barang bnyk sgt. padahal umah dlu kecik, umah baru ni besar sket. tapi kemas barang xhabis2. skang ni pun ada lagi kotak yg aku xbuka sebab rasa mcm xperlu.. so, biar jelah bersemadi dlm tu.

balik kepada topik asal. bila aku dah mula masak, yg paling sronok xterhingga laki aku la kan. tapi tgk kepada hari jugak la. elok jek aku masuk keja pas cuti bersalin tu, kami kat opis duk buat operasi mengemas. kan nak pindah opis baru. klau aku blk umah xlarat tu, xmasak la. klau masak pun simple2 jek. klau hari cuti pun simple jugak. hehehehe... mujuq laki aku xcerewet. asal ada lauk ayam ke, daging ke, smuanya blasah licin. sayur jek xberapa nak makan. badan besar bagak, tapi takut sayur. xpaham aku..



ni menu mlm bila ntah. aku pun xberapa nak ingat. duk terperap jek entry nih. kami laki bini duk konpius dgn masakan yg 1 ni. udang masak lemak cili api or sayur masak lemak cili api. sebab sayur lagi banyak dr udang. kekekekek.. tgk dlm peti ais ada udang sket. pastu ada sayur yg dah menghampiri proses penuaan. mana yg masih muda belia, biar dlu, ambik yg dah hampir nak menopous tu. karang meninggal trus rugi jek. so, sayur lagi banyak dr udang tu. xtau nak buat pe, terpikir nak buat masak lemak cili api. tapi pakai santan kotak jek. xberapa nak lemak sgt mcm santan asli.. tapi laki aku kata sodapppp.. brani kata xsedap..



ni menu paling digemari ramai.. ( ramai? kami laki bini jek ).. ayam goreng berempah. mmg sodap! sapsapsoi jek nak buat. ayam, serai, halia, bawang putih, serbuk kari, garam kunyit n daun kari mak mentua... la ni senang sebab kat umah mak mentua aku ada pokok karipole... petik ajeee... umah kami skang sekangkang monyet jek ngan umah pak mentua aku.. gate pun kongsi... muehehe..
skang ni duk masak utk dinner.lunch xdak sebab wekend kami balik umah mak aku. laki aku mlm br balik umah. tgg dia kadang2 pkul 9 lebih br leh makan nasi. pastu pkul 10 dah masuk tdor.. dahtu caner nak kuruih. mlm buta baru nak mkn. lemak2 tepu kat badan ni makin hari makin bercambah dah ni. dlu pas beranak kemain azam nak kurus balik. punya pulun bertungku ngan berbengkung bagai. org kata klau bf baby, badan xnaik. xdak maknanya.. lagi ko dok bf baby, lagi ko menkedarah. ater, yg kluar banyak, nak kena isi balik la. lapaq oi....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...