Search This Blog

Wednesday, March 07, 2012

amni dah 6 bulan

amni dah 6 bulan!! yayyyyy
since dia dah 6 bulan, maka dia sudah bule makan makanan pejal. selain susu..
actually, amni 5 bulan setengah, aku dah kasik makan  nestum. yg original rice tu. tapi cair jek. sebab aku da jumpa masa duk google tu, katanya baby yg bf, 6 bulan br start makan. baby yg fm, 5 bulan dah bule makan. amni kan fm & bf, so 5 bulan setengah, kita kasik amni makan... nyum2
memula cam pelik jek muka dia. xpandai nak kunyap, duk hisap sudu tu. now, nampak sudu jek, dah nganga2 mulut tu.. clever2!

ni bekal amni tiap2 hari.. aku beli bekas ni utk bawak g umah pengasuh dia.skang ni aku masak sendri dlu bubur dia, dah besar karang, tgk la cemana..

mula2 ajar dia kenal makanan pejal, aku kasik nestum. now, dia dah mkn bubur nasik. kadang2 tu selang seli ngan nestum jugak. merata la aku google pasal makanan pertama bayi nih..
1st week, amni makan bubur kosong jek.aku masak nasik lembik, blend n tapis. mmg super halus lah.. xdak rasa apa2, sebab dia baru nak kenal makanan n xtau rasa lagi. susu pun tawar kan.. cousin aku kata xsedap, tawar.. memanglah kena gitu ye.. jgn letak apa2 penambah perisa lagik time ni.
2nd week, aku tambah  kentang. so far, smua dia blasah. siap tdor lena lagik pas makan. kejap perut tok dia kata. still tawar, no salt n sugar added! tiap  kali try menu baru utk dia, kena try dlm 3 ke 4 hari camtu. utk tgk dia bule terima or not. kembong ke, sembelit ke.. alhamdulillah, so far, ok jek. bagus, mmg menurun mak pak yg pemakan!
3rd week nih, aku tambah ikan bilis yg dikisar halus n goreng tanpa minyak. adalah aku try rasa.. memang xsedap, but kena begitu. umi kata, kesian kat dia sbb xsedap, suh taruk garam sket.. hasil carian aku kat google, kata xleh taruk garam. sbb umo2 nih, ginjal dia blm mampu utk proses smua tu. ikutkan sajork....

mak2 sedara aku duk pesan, jgn kasik dia mkn awal sgt. 5bln lebih tu elok la. sbb perut dia blm matang utk proses makanan pejal. lagipun ada gak side effect lain yg skang ni kita xnampak. mmg sronok tgk bby makan, tapi klau awal sgt, sebenarnya xbagus utk dia. nmpk mcm dia lapar, tapi susu tu cukup utk dia. sronok bl tgk berat badan bby naik sbb makan awal, tapi bl dah besar, cepat plak susut badan tu. mcm2 crita la yg aku dgr, so, utk yg terbaik, ikut saranan dokter yeee..

pasni nak campur bubur dia ngan carrot plak. pastu epal, kurma, brokoli.. kena lak skang ni aku kasik dia air zam2, laju jek isap air tu.. sedap ye? mmg la sedap, mahal oiii.. tapi xpa, utk anak kan.. kasik yg berkhasiat utk dia membesar bagai johan!! yay...
sronok ok time duk buat bubur dia. suap dia mkn, lagi sronok sbb dia dah pandai makan skang ni.. lambat sket jek, mula nak ngamuk.. haishhh..




 ni bakul amni. tiap2 pagi usung bakul ni g umah pengasuh. baju pakai hari2 n makanan dia. diapers, toiletries, susu, smua dah tinggal umah pengasuh 1 set. xpyh nak angkut hari2 dah..






 budak tecik nak santap....its lunch time bebeh!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...