Search This Blog

Loading...

Monday, March 26, 2012

kawen2 di Thai

tajuk mcm gamps.. kang org ingat ko g nikah kat siam plak.. masuk paper muka depan plak nanti.. gossippp..

tapi mmg btul g kawen2 kat siam.. g knuri kawen kat siam. bulan 2 nun. aku jek xsempat nak buat entry. mak bizi uolls..ni knuri kat umah tok sedara aku. yg kawen tu sepupu mak aku. tapi muda belia lagik. umo 27 kut klau xsilap.
memula xnak pegi, tapi last2 mcm eh, nak g jugak ah. last aku pegi masa 2010. pas dpt amni. xpegi lagi. kirim gambar jek kat tok mek dia, gambar cicit. pas berdiskusi ngan laki aku, ngan mak pak aku, last decide nak pegi. gamble jelah, sebab laki aku xleh ikut.. xbule buat border pass, kena blacklist sebab hutang ptptn.. ptuiii.. mula2 pikir mcm susah la klau laki aku xg. nak kena harap org la buat itu ini. dah bwk budak tembam tu. tapi nasib baik, pak sedara aku 3,4 beranak nak join jugak. dia bwk kreta, so aku anak beranak naik keta dia. selesa la sebab keta dia besau. mak pak aku plak naik ngan pak sedara aku yg dtg eskot kami dr padang besar sampai umah tok aku. takott woo sebab nak bwk keta sendri masuk sana. takat g pdg besar, hatyai tu ok la. lepas daerah tu, scary sket. bukan apa, selatan thai tu kan xberapa nak stabil. in case klau jadik apa2. diorg skang ni kan tentera yg jaga negara, polis dah hilang kuasa. siam tu smua dah xtau cakap melayu, english jauh skali la. kang kena tahan, duk pungpangpunpang, maposs.. mak aku pun dah xberapa nak reti dah. ater, 30 thn lebih dah duk sini.. klau da apa2, pak sedara aku ada.. dia tok neban..hehe. tok penghulu la lbh kurang.. ada sepitol.. takottt

actually, ni knuri sedara mara yg ke 2 utk thn ni, n knuri kawen yg ke 4 yg aku attend. awal thn ni, berderet2 sepupu sepapat sepepet gedik nak kawen. susun jadual la nak g wedding. knuri 1st, kat sungai petani. xdak gambar sebab dah habis mkn, makan lagi, pengantin xsampai2. lambat sket napa ntah. lagipun xclose sgt. sebab knuri umah adik ipar pak sedara aku. tapi family know each other la.

pengantin ngan mak bapak. knuri kawen diorg kat sana sgt berbeza ngan kita kat sini. tok sedara aku pakai mcm duk ilex2 mcm goreng pisang kat umah jek. diorg xpentingkan sgt hal2 yg remeh2 like nak hias umah, tempah curtain berjurai2, cat umah kalerfull bagai, nak beli bunga teloq 7, 8 jenis, nak buat baju baru.. yg diorg pentingkan, panggil seramai mungkin, masak sedap2, kasik tetamu makan puas2...

bukti....









celah mana pak aku snap gambar kami duk makan ntah. menghayati makanan sungguh sampai xsedar ada paparazi duk snap gambar. anak pun xtau duk kat sapa dah. dah kenyang, baru teringat nak cari anak.. muahahaha.. mak nak santap puas2..lauk sedap der.. nasik tambah toksah cakap, pinggan tambah asik duk bertukar. sedara mara kasik layanan a+ sebab pak sedara aku anak beranak dtg skali. mak sedara aku tu dekat 10 thn dah kut xpegi sana. diorang masak beramai2, org kg masak. aku rasa org yg keja kat bahagian dapur tu, dekat 60, 70 org kut. mana xnya, tumbang 2 ekor lembu, ikan puluh2 kg, smua pakai serve, xdak buffet2 mcm kita ni ha. pastu klau ko duk mkn, slagi ko xblah dari meja tu, selagi tu lah diorg dtg tambah lauk. mmg ko bule mkn sampai muntah. xdak hall.. xdak sapa nak marah sebab diorg mmg kasik tetamu mkn kaw2 punya.. punya lama kami duk bertapa kat situ sampai mak sedara aku angkat tgn . pesan jgn tambah dah. slagi org duk tambah, slagi tulah duk makan.., lauk sedappppppppppppppppppp...

cuma ada 1 budaya diorg yg kita xamal kat sini. tetamu, pas mkn kenyang2, akan bg duit kat tuan umah. dah mcm kewajipan dah. busuk2, kasik 50baht yakni 5 hengget. klau xbusuk, 10 hengget la. dari sumber yg aku dengar, katanya tuan umah yakni tok sedara aku tu, hasil kutipan cecah saploh ribu hengget malaysia!!! gilakkk.. berbaloi la ngan 2 ekoq lembu yg tumbang tu.. tu xkira yg dtg mlm ngan keesokkan harinya lagik.. pengantin pun bule ribu2 jugak. kena lak sedara aku tu, kerja.. lagi haibat la kutipan.. kita sini jgn harap la.. tapi bukan itu yg kita nak kan.. org kasik, ambil, xkasik kalu, sokay jek.. sebab tujuan sebenar nak kasik org makan..klau kena bayar, g mamak la deyy..

me with pengantin. mencelah amik gambar, manusia meramai gilak.. sedara aku tu nama dia zaruni, laki dia, alahai, nama pa ntahh.. anak tok imam katanya.. dedua nih cekgu skolah, keja pun skali. kazen aku nih, anak  yg ke3, langkah 2 bendul dah ni..
time ni xsempat nak gebang2 apa, knurik kan.. dlu kecik2 close la jugak. dah besar, jumpa jarang2, pastu dah keja nih, time aku blk sana, dia keja, xdpt la  nak lepak mcm time2 remaja dulu..

budak2 mereng. yg tudung krim ngan biru tu kazen aku. ni 1st time diorg g sana. yg tudung hitam tu adik aku. kazen aku 2 org ni keja merepek meraban. ada saja bahan diorg. masing2 sronok tgk budaya org yg lain dr kita ni.. memasing enjoy jek pegi sana. tiqah yg tudung krim tu siap nak kawen ngan org sana sbb knuri dpt duit bnyk... coiiii.. aku suh edjas abg zaruni tu sbb blm kawen lagi.. doktor tuuuu.. dia sronok tgk sesi 'mengenal'  diorg. time tu pengantin lelaki akan kenalkan wife dia pada sedara mara dia n kawan2 dia yg join knuri tu. time tu, diorg akan akan kasik duit kat pengantin pompuan. ramai yg datang, ramai lah duit masuk.. wang besar wang besarr..

budak tecik tu? memula ok.. dah petang sket, buat perangai jugak la. dia ok jek org ramai2 tu. cuma dia rimas bila lama sgt duk atas riba. xleh nak golek2. dah ptg sket baru leh letak kasik dia golek2, sebab dlm umah pun ramai manusia. kena lak pagi tu hujan.. ramai la yg masuk mkn dlm umah. masa duk siap nak pegi tu hujan. pakaikan amni long sleeve.. dah g sana, ptg tu, tgk dia aku plak yg rimas. dah xujan, org ramai, peluh2 la.. last, tinggal sluar jek.. atas, bogel sudah.. hehe.. nak mandikan pun, mcm susah jek sbb ramai org. lgpun air sejukk.. kang meraung 1 kampung dengar..

dlm duk sebok2 org ramai, hujan gerimis bagai, ada gak kapel yg nak feeling pengantin baru..
but, i sokay jek.. sebab pengantin yg nih cute sgt...
nak tau sapa?
nak tengok?
jommmmmmmmmmmmmmmmm..






























taraaaaaaaaaaaa....








omeyyy kannnnnn...
walau bukan pengantin baru, tetap berseri2 sampai bila2.. tapi pengantin ni xdak sapa nak mai mengenal n bagi duit la.. silap2 kena halau dr pelamin lagi sebab take over org punya.. hahha
 lov u both abah n umi!!! muahhmuahh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...