Search This Blog

Wednesday, April 18, 2012

Carta Perkembangan Bayi & Kanak²

Peringkat perkembangan ( copy dari sini )

1 bulan
* Mengangkat kepala sambil perut menyentuh lantai
* Menggerakkan kepala ke kiri dan kanan
* Bertindakbalas terhadap bunyi yang kuat

2 bulan
* Menggerakkan mata mengikut pergerakan objek
* Mengulangi bunyi vokal seperti "oh" dan "ah"

 3 bulan
* Mengangkat kepala sehingga 45°
* Mengangkat kepala sambil perut dan dada menyentuh lantai
* Mengukir senyuman sosial

4 bulan
* Mengangkat kepala sehingga 90°
* Duduk dengan sokongan
* Berguling (dari kedudukan meniarap ke kedudukan menelentang)
* Mengimbang badan menggunakan kedua-dua kaki

5 bulan
* Mula tumbuh gigi

6 bulan
* Menghasilkan bunyi dengan 2 suku kata
* Menggapai dan menggenggem objek
* Duduk sendiri dengan sokongan yang minima
* Berguling (dari kedudukan menelentang ke meniarap ke kedudukan menelentang semula)

7 bulan
* Mengajuk bunyi-bunyian
* Menyuap sendiri makanan
* Duduk tanpa sokongan

8 bulan
* Menghisap objek
* Memanggil 'ibu" atau "ayah"
* Mula merangkak
* Bertindakbalas terhadap nama sendiri

9 bulan
* Mengangkat perut untuk duduk
* Berdiri sambil berpegang kepada sesuatu
* Memahami keadaan kekal objek

10 bulan
* Mengambil objek menggunakan 2 jari
* Merangkak dengan sempurna (perut tidak menyentuh lantai
* Menolak badan untuk berdiri dari kedudukan duduk

11 bulan
* Menepuk tangan
* Melambai
* Berdiri dengan sendiri selama beberapa saat
* Memanggil dan mengenali ibu bapa sendiri
* Memahami maksud "tidak"

12 bulan
* Menggeleng
* Memahami arahan mudah
* Berjalan dengan bantuan

13 bulan
* Mengucapkan 2 perkataan (conton: hai dan bye)
* Berdiri dengan sempurna

14 bulan
* Makan menggunakan jari
* Melangkah beberapa langkah tanpa bantuan luar

15 bulan
* Gemar melihat dan menyelak buku
* Berjalan dengan sempurna
* Memanjat tangga

16 bulan
* Bersedih apabila tidak mendapat sesuatu yang diingini

17 bulan
* Bertindakbalas terhadap arahan mudah

18 bulan
* Mengucapkan sehingga 15-20 perkataan
* Minum menggunakan cawan
* Makan menggunakan sudu

19 bulan
* Boleh menggunakan sudu dan garfu
* Berlari dengan sempurna

20 bulan
* Membuka pakaian sendiri tanpa bantuan sesiapa

21 bulan
* Berjalan menaiki tangga dengan bantuan
* Mula mempelajari sehingga 5 perkataan sehari

22 bulan
* Mula mempelajari sehingga 10 perkataan sehari
* Memahami 2 arahan yang berturut (contoh: Ambil anak patung kamu dan bawa ke sini)
* Boleh mengawal pundi kencing

23 bulan
* Menggunakan 50-70 patah perkataan
* Menamakan gambar-gambar mudah di dalam buku
* Menuruni tangga dengan bantuan

24 bulan
* Memakai dan menanggalkan pakaian dengan sendiri
* Sesetengah ucapannya boleh difahami
* Membuat ayat menggunakan 3-4 patah perkataan







budak pp kembong ni skang dah angkat bontot dah. gaya nak merangkak tu dah ada, tapi duk kat situ ja.. xgerak2 pun. duk goyang2 bontot bulat tu ja.. tau2 dah ke belakang. xpun tersembam trus kat lantai.. haishhh.. masa bule meniarap dlu, xmenyulur pun. ada tu ada, tapi menyulur  ke belakang. mak aku kata tu biasa.. budak2 gitulah.. oooo.. now, dah pandai respon klau org panggil nama dia. cuma aku rasa dia konpius, nama dia yg mana sbb dua2 nama org panggil. tok kangar panggil amni, tok sanglang panggil maisarra. kami laki bini sukasuka hati panggil. nayang la, amni la.. laki aku lagi gedik, panggil baby.. muahahaha.. baby aponya lah, dah besau dah, 7 bulan dah anak awak nih.. eh, amni dah tumbuh gg. 22 gg bawah. gigit sakit oii..bl mkn, dah pandai kunyah. tu yg pandai ggt tuh.. makan pun baaaaanyak skang ni. bagusss.. baru membesar bagai johan!
dah pandai main air masa mandi! paling suka klau kita buka paip air, laju jek tgn nak capai air yg duk kluar tu. pastu gedik2 syok. tapi klau air sejuk, masih takut2 lagi.. adoiii, anak bapak! tgk cermin, nampak muka sendri, menjerit sronok.. lawok plak aku tgk.

sehari 2 ni, aku noticed bila dia nangis, cari aku, ada bunyi maaaa maaaa.. aku pun beriya jerit, ye mama mai dah ni.. wahaha.. xsabar tunggu dia panggil mama! aummm..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...