Friday, June 01, 2012

1 jun 2012.. al-fatihah

rentetan entry lepas..

kebetulan jatuh hari jumaat 1 jun tahun ni. thn lepas hari rabu..


kalau amni nak tau, amni ada abang. namanya Muhammad Aqil. masa lahir, muka abang xjauh beza dgn amni. kening dia lebat, mukanya bersih je.. iras sapa ek? ermmm, mama kut... hihi
dia lahir 30 may 2010. so, amni anak kedua mama n papa..

hmm.. kenapa abang xada ye?

1 jun 2010, selepas 2 hari abang berada di dunia ni, abang dah dijemput Tuhan. abang tinggal jauh sangat dari kita. kita xnampak dan xtahu bagaimana keadaan dia. tapi yg mama pasti, abang sekarang berada di syurga yg indah. dan abang tunggu kita disana. insyallah, 1 hari nnt kita blh jumpa abang.


ye, mestilah mama rindukan abang. sampai bila2 pun mama akan rindukan abang dan xkan lupakan abang. pandang wajah amni akan mengingatkan mama pada abang.

sekarang ni mama ada 2 anak. amni anak mama yg comel dan sentiasa ada dengan mama disini. abang anak mama yg xsempat mama belai juga sentiasa ada dengan mama, dekat di hati mama, tapi jauh dimata, berada di sana, di syurga..

sekarang ni amni doa banyak2 utk abang, semoga abang sejahtera di sana ye sayang... al-fatihah...


















** can't describe my feeling with words right now!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...