Search This Blog

Wednesday, June 20, 2012

Bila anak dara masuk dapur

lamanya sticky post ko kak yah kan.. hehe..
saja jew... sebab malas nak buat entry bawuuu..

mcm biasa, crita pasal budak pp kembong tu lah yg mendahului carta.. nasib lah klau ada yg jemu.. anak aku.. blog aku.. suka kalu, baca, xsuka, pangkahhhh..

skang ni amni dah makin laju. walaupun merangkak, idok le seperti kure kure yee.. br kejap letak depan tv, baru mak ko nak hegeh2 bgn, pusing tgk, eh, dah sampai pintu. amboihhh.
laju tu 1 hal, memanjat tu 1 hal la.. org dah bule akai kan..

tetiba jek, haa, merangkak dah sampai pintu. pastu, eh, dah bangun berdiri. mmg istigfar la aku dlm hati skang ni tgk dia. mule membebel2, pastu tetiba diam.. ha, adalah tu misi dia. sasaran dikenalpasti, seranggg... portpaling digemari, kabinet tv, meja mkn and almari sebelah meja mkn. sasaran baru, buaian. ko bayangkan, tinggal xsampai 5 minit, datang blk, tgk duk berdiri atas besi buaian tu? sket lagi nak pitam aku tgk! xpadan ngan anak dara la ko amni weh!


nilah rupa buaian tu.. aku letak tepi dinding. selamba jek panjant, then duk pegang tepi dinding sbb dekat ngan cermin tingkap. scary bila ingat okeh..


now, sudah sampai ke dapur dah. elok jek aku duk goreng ikan, tengok2 dah duk berdiri kat kaki aku ni ha. xaman dah nak tinggal2 g buat keja lain. nak g berak pun syusah!!
kabinet dapur aku xdak pintu lagi ** sedihh.. so, senang dia masuk and tarik segala besen, periuk belanga aku tu. pinggan jek belum. ko hepp kan dia, buat muka xbersalah, then tarikkkkkkkkk.. klau aku rajin aku kemas, klau x, tunggu bapak ko balik, tgk apa anak dara dia buat.

mula2, dia ingat apa hal dapur sepah2.. aku jawab la ' haa, anak dara awak dah masuk dapur dahhh.. tu lah kerjanya'...


weekend baru ni, kami laki bini kemas umah. meja mkn letak kat dapur. seb baik dapur luar. dapur yg kat meja mkn, simpan. kerusi smua simpan jugak. hari tu cari amni, tgk2 duk berdiri bwh meja mkn! sebelah tgn pegang tiang meja, sebelah tgn lagi duk dlm mulut. pastu sengih2 buat muka xbersalah!!
meja kopi kat ruang tamu, simpan. tinggal kabinet tv je. pasni laki aku nak lock sebab jenis sliding. selambe jek dia slide and masuk dlm tu.. pffff..
lemari kat ruang mkn xleh nak ubah sebab ada barang. berat. so, ikat smua pintu. kat ruang tamu tinggal kerusi antik apak mentua aku and kerusi tangan tuh. skang ni sasaran belum ke situ, tapi kadang2 ada la jugak. silap2 mmg aku lanting masuk bilik. simpan smua.. puasssss hati  mak nak! so, rumah jadi lapang and luas. pasni nak beli walker, haaaaa, kayuh la ko puas2..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...