Search This Blog

Loading...

Tuesday, July 17, 2012

walker kuekkuek amni



amni masuk 9bln++ baru aku beli walker. tulang belakang dia dah kuat. ada yg bby br 4-5 bln dah letak dlm walker.. ntah, ikut pendapat masing2 la kan. mak aku pun xkasik letak awal2.  time letak dlm walker ni, dia dah merangkak n belajar memanjat. duduk sendri jek xpandai lagi.

ni walker kuek2 aku panggil. tgk ar kepala itik tu. pastu kat depan dia ada button, eh tekan2. ada bunyi2. smua bunyi itik, tapi mcm2 peel. sesekali menyampah plak aku dgr. kuek kuek kuek kuekkkkkkk.. bising! hahahha.. tp blh bantu pay attention dia la. so sabar jelah klau tgk karoot komedia tp dengar suara kuek kuek kuekkkkkk..



ni walker pertama. actually ni kak ipar aku punya. hana punya. dia kasik masa aku peknen 1st dulu. tp duk simpan jelah. bl duk bgtau kat laki aku kata nak beli walker, dia pun godek pasang yg ni. masih dlm good condition. memula letak dia dlm ni, dia mcm pelik sket. xtau nak handle. undur je, tp nak kedepan xpandai. duk la meraung kat situ.. hahahahah. pas 2 hari, uishhh, dah terer. laju kemain.

walker ni now duk umah pengasuh dia. kesian gak diorg nak handle budak tgh melasak ni. bl bgtau kata nak kasik walker amni, dan2 tu kata boleh. senang keja sket katanya.. hahahha


tapi mmg senang banyakkkkkkkk! wondering jugak, napalah aku xbeli awal2.. hahah. nak buat keja, letak jek kenit ni dlm ni. pegi lah kau round 1 umah. nak bg dia diam sket, bg makanan. mmg senyap disitulah dia. now aku bg dia roti gardenia sbg jajan. suka sgt dia. yelah, bangsa smua nak masuk mulut kan..

nak tinggal kejap2 pun xdalah risau sgt. nak g berak ke, nak mandi pun bule. tapi kena laju2 sbb dia pandai tark pintu toilet dah skang ni. pintu toilet aku jenis gelongsor tu. klau aku mandi, aku tarik walker dia masuk blk. dia duk tunggu jelah aku dpn pintu toilet tu. tutup xrapat, tetiba jek dia tarik. nampak la kang mak dia tgh mandi bogel.


peraduan cari barang tersembunyi... kakakakakkaka

peberet spot dia la ni. selain dr depan pintu, nilah dia. cun2 plak dgn dia. seb baik xterhantuk. aku dah kosongkan ruang mkn, meja mkn aku taruk kat dapur. seram kut tetiba tgk duk bergayut kat tiang meja tu. dah luas, ada walker, syok sgt dia meluncur.. hehe.. pastu lama dah la kut kami xmkn hidang. self-service jek laki bini skang ni. sian laki aku, sentap sbb xleh mkn sama2 dgn bini dia.. hehehe..

siapa kata dah naik walker xleh punggah besen??? cakap cakap!!!  lagi syiok peee.. tarik tarik dan campakkkk.. xpa, sabar jelah. biar dia belajar. xlama dah.. sebab dah panggil org ukur utk buat pintu kabinet. padan muka amni pasni xleh punggah besen mama!! wahahaha


buat muka innocent pas campak besen mama... syiok oooooo
mama xmarah kann??
mama leh senaman kan bila kemas dapur??
kan mama tg diet, so kena kluar peluh lbh sket kannnnnnnn????

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...