Search This Blog

Wednesday, August 01, 2012

kursus INTAN

sambung cerita g kursus kat INTAN hari tu. alang2 dah ada gambar, buat entry jelah..
gambar syiok sendiri..

aku g kursus 4 hari. stay kat hostel. patutnya peserta kursus dlm 40 org. tp separuh jek yg hadir. balance tu xtau.. xupdate status pun. makanya, diorg kena blacklist ngan intan. nasib la. dah la nak minta kursus kat situ susah nak dapat. dah dpt korang xhadir without notice. sian la kat org lain yg mohon tp xdpt.. rugi space..

kursus kat sini best. tempat cantik. makan sodapppp.. tp mengah sket ko nak mendaki. dr 1 tempat ke 1 tempat, naik tangga turun tangga.. makan sedap, excercise sket ekkk..
bl mlm, sedikit horror ye.. pada aku la yg terlebih hormon takut nih.. mana taknya, bukit2, pastu mcm hutan.. ahahahah..
1st day sampai, hari ahad. org pun xramai. mlm mula tu mmg xleh tdor. dah la duk sorang kat bilik, sunyi jek. aku siap pasang quran tetiap mlm.. hahahhahah.. kol kaunter tanya ada roomate tak. dia kata klau ada yg checkin mlm ni, adalah.  buatnya ada yg dtg ketuk pkul 10 mlm, ntah ke org ntah ke tettttttttttttttttt.. takuitttt.. menjawabla lappy on sampai pg..



day 1st.. memula agak membosan.. partner sebelah xbest sgt. aku bajet umo pun dlm 40-an. dah la kursus programming.. masak laaaa.. 2nd day, mc trus partner sblh aku tu. sampai 3 hari plak tu. cun2 kursus jek.. pandai ek.. hahah..

2nd, 3rd and last day, ok je. dpt geng, leh borak2, xdalah jemu sgt walaupun 1 haram apa xpahal pasal programming java tu..


2nd day kursus. pas sudah xdak roomate. bagus jugak. bleh aku buat apa saja.. dah duk sorang, jd bengong plak. ni pagi2.. dah bgn awal, siap2, ambik gambar syok sndri. ada cermin besau dlm bilik. lama dah xbuat perangai remaja.. heheh.. me pakai baju baru.. auwww.. 4 hari kursus, 4 helai baju baru.. eh, tak, 2 jek. lagi 2 dah penah pakai. yg ni dgn yg last day je baru. design hampir sama, kaler jek lain. aku pun nak jadi cam red mummy. suka, bli 2,3 helai. lain kaler jek.. heheh.. syok pakai, sejukkk..
ni 1st time g kursus kat intan. mana tau xleh pakai sluar.. hahahhaha. aku haram xbwk baju kurung sbb mak sedara aku bgtau dah kena menapak. so, bwk sluar dgn blouse jek. bl tanya kat penyelaras, dia kata bule dah skang ni. dlu mmg xleh. tp mmg xdak org pakai sluar. smua pakai baju kurung. klau ada pun sorang 2 je kut termasuk aku. malu makcik! hhahahah
masa 1day la yg terrible sgt. dah la sorang2. kluar blk, turun jek pikir. mana dewan mkn. mana lab? mampus haku. pastu tgk mcm sunyik je hostel. pusing cr dwn mkn, skali selisih dgn segerombolan manusia. smua pakai blazer hitam. laki pompuan. tudung pun sama kaler. mampus! aku dah gelabah. pastu smua pandang2 aku. apahallll... buat bodoh, g dwn mkn. dah tinggal aku sorang. gelabah mengatasi lapar. mkn sejemput, blah. nak carik lab 1 hal. seb baik ada pakcik yg baik hati tlg tunjuk jln. tp aku terlebih terrer g kut jauh. peluh ketiak nak sampai lab. dah jumpa geng, baru berani nak tanya. rupanya yg pakai dress code tu diorg kursus 5-6 bulan kat situ. ptd kut.. pewww..  so, xdak la gambar 1st day...


ikut turutan.. 3rd and last day.. mcm bodoh. baju peach bunga2 krim, pakai dgn tudung hitam sbb sluar hitam. bwk tudung, tp rasa pendek, so, segan nak pakai..  last, baju hitam yg hampir sama dgn baju 2nd day.. pasni nak  bli lagi.. heheheh


ginilah lab di hari ke 3 dah 4. awal pagi. patutnya start pkul 8, tapi pkul 8.30 pun blm ada org. yelah, yg duk hostel aku ngan lagi 2 org lelaki tu. yg lain smua ulang alik sbb area kl jek. redah jam pagi2, lewat sampai la. lecturer pun sama lewat.. hahahha


last day.. packing n tgg abg aku pick up. dah beranak pinak plak beg aku.. hahhaha..  blk dia best. mlm2 sejuk jek. xpyh pasang aircond dah. ater, bukit kann...
1st day kursus, mlm tu kluar dgn abg aku. g gombak sana. mkn nasi lemak sedap. mlm besok tu kluar dgn huda. plan nak g shopping, tp dia lewat sket sampai. so g mkn2, lepak2, gebang2 jek. mlm esok tu, aku ambik cab g one utama. shoppinggggg.. ketaq pala dah aku nak shopping... hahhaha.. xdak beli menda pun. cari baju utk anak2 jek. utk amni n anak4 buah. dah nak raya kan, so bli la kat diorg sorang selai. blk tu abg aku ambik. mlm last, sblm naik bas, g jln tar. xbest shopping sbb xstart lg bazar raya. bangla2 situ eksen kemain. mintak kurang pun xleh. ptuiii.. aku bli tudung 10 hengget 3-4 helai. pastu baju kurung selai 2. tu pun selai 70 jek. hehehe.. jadik la.. dah jatuh miskin shopping baju anak2.. heheh


thn depan, insyallah, nak apply lagi.. :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...