Monday, October 01, 2012

Bajet 2013

kita mulakan hari isnin yg indah dengan berita yg indah juga ye.. hehe..

Bajet 2013: Tambahan bonus sebulan gaji kakitangan awam

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas, Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.
"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.
Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.
Najib berkata pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan. - BERNAMA


huiii.. sronok mak encik tgk bajet 2013 jumaat lepas. melompat2 syiok bila dgr part bonus utk kakitangan kerajaan. tetiba dapat duit ye dok.. ko adaaaa? bahahaha.. alhamdulillah.. ada rezki lebih utk anak2 n family. plan dah nak beli apa, tapi kena sedar diri.. bayar utang dlu yeeeee.. hehehe
bnyk lagi isi2 penting dlm bajet 2013. yg xsempat dgr, leh baca newspaper. search kat google, mcm2 kluar. bnyk yg menguntungkan rakyat. ater, kata janji ditepati kennn.. 
yg nak kutuk2, sila berambus.. kutuk2, tapi duit gomen bagi kalut g berebut beratur nak. ptuiiii..

terima kasih kerajaan.. janji ditepati!! :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...