Thursday, October 11, 2012

berkhitan Amni

Alhamdulillah.. dah selesai 2 tanggungjawab kami mak bapak utk anak dara nan sorang tu.. pas beranak dlu, buat akikah utk dia. setel 1 part.

now dia dah setahun. time to sunatkan dia pulok. ada jek yg buat masa dlm pantang, tp aku mcm xsampai hati. kecik sgt kut. celah mana nak potong ntah.. hehe. klau sesetengah org tua, katanya elok buat bila dia dah bule bertinggung. senang nak buat. tanya mak aku, dia pun suh tunggu besar sket. now, dah setahun.. sedang elok.. plan asal nak buat masa sebeday dia dlu. tapi, itulah.. kita hanya merancang.. hehe...

sabtu lepas, paksa laki aku  tukar cuti. xkan aku sorang nak bwk dia pegi klinik kan? kang meraung2 budak tu, jenuh aku nak handle sorang2. kami g buat kat Poliklinik Dr.Azhar & rakan2 kat simpang 4. klinik tu bnyk cawangan kat kedah perlis nih. kat cawangan simpang 4, hari sabtu ada doc perempuan. so, kesanalah kita. tau pun sebab jiran mak aku bgtau. klinik kat kgr, jenuh tanya, xda yg buat. sunatkan budak laki, ramai.. utk budak perempuan, xbnyk.


baru sampai klinik. pkul 4 camtu. tgg laki aku balik, tgg dia siap.. haishhh.. aku dah lama siap, dia xsiap2..last2, lambat! aku pakaikan amni baju kembang, senang nak selak. pakai sluar kang, nak pakai balik tu 1  hal. pakai baju kembang ngan spender jelah senang..

dah tau aku nak sunatkan amni, mak aku nak buat pulut kuning. biasalah kan org tua2 ni. dlu2 cukur rambut anak, buat pulut kuning, sunat anak, buat pulut kuning. mak pak aku gitulah jugak. buat pulut kuning+gulai ayam kampung sket. aku beli laksa tambah. masak ramai2, panggil org masjid sket, buat doa selamat . best kan? asal xbertentang dgn syariat, ok je.. mak pak aku mmg suka buat mkn2 panggil org kg..

bapaknya amni, 2,3 hari sebelum sunatkan anak dia, punya susah hati. mcm anak nak kena operation penyakit kronik. padahal nak sunat je pun. kang amni sakitla, nnt amni nangis, mesti darah, dia xselesa. mcm2 lah. cemuih aku nak layan. aku sound sedas " ni baru anak pompuan nak sunat, blm anak laki nak sunat. klau nnt dah ada anak laki, cemanalah gamaknya papa kan?"..

tapi dia hari  kejadian, laki aku xterlibat pulokkk.. grrrr.. laki aku nih, asal bwk amni g klinik, semedang aku jek yg bwk amni jumpa doc. dia mls tgg dlm klinik lama2, kluar isap rokok. elok dia kluar, dah sampai turn. xkuasa eh aku nak kluar panggil dia pulak. dah setel jumpa doc, aku kluar, dia bule plak masuk dah habis isap rokok! pastu hairan, eh, xsampai turn lagi.. derrrrr?
bersunat ni pun sama jugak. aku masuk sorang je. tapi elok jugak. sebab bapak amni ni, kecut perut sket. silap2 ditamparnya doc tu sebab pegang2 anak dia.. hahahahahaha..

proses sunat amni kejap sgt. rasanya aku masuk bilik doc tu xsampai 5 minit. amni memula xduk diam. elok doc selak, trus diam. aku pegang tgn, nurse pagang kaki. doc belek2, zass trus. memula diam, pastu uwaaaaaaaaaaaaaaaa sekuat hati. tapi sat ja. dah pakai pampers, dijeritnya doc tu pulak. adoiii... doc kata, kecik, tapi dah kena buat sebab amni dah setahun. dia pakai gunting jek. aku nak tgk pun xsempat sebab cepat sgt. kluar bilik doc, amni menjerit2 mcm xdak apa2.. sabaq jelah. laki aku pastu baru masuk balik. aku buat dek jek, xcrita apa2. pastu dia heran bl aku g bayar n ambik u bat kat kaunter. eh, dah buat ke? cepatnya? xpanggil papa pun? ptuiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. malas layan..

bila cerita proses sunatkan amni kat dia, " laa, sat ja buat tu.. ingatkan susah sangat... klau tanya org tua2, org dlu2, mmg diorg suh buat la. nak bezakan melayu dgn tak.. tu antara jawapan diorg la. ada jugak yg kata, supaya anak xketegaq sangat. hehe.. then, dari segi kebersihan. sama mcm sunatkan budak laki jugak. lagipun ia sunat yg dituntut. ada yg kata wajib. lagipun, xrugi apa2 pun klau buat. ada artikel yg aku jumpa kata salah 1 kelebihan bersunat, blh memberi lebih kepuasan kepada suami.. pa, mama sunat tau dlu kecik2... bahahhaha

anak dara mama.. heheh.. amni dah besar.. dah sunat.. pasni kena dengar kata, kena behave ye... xmo gedik2.. gitewwwww..


antara artikel yg aku google.. 

HUKUM BERKHITAN ATAU BERSUNAT BAGI ANAK PEREMPUAN

Soalan; Adakah bersunat diwajibkan ke atas anak perempuan

Jawapan;


Berkhitan atau bersunat merupakan perkara yang disyari’atkan di dalam Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.;

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ -أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ- الْخِتَانُ، وَالاسْتِحْدَادُ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَنَتْفُ الإِبِطِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ
“Lima perkara yang merupakan fitrah; berkhitan (bersunat), mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menipiskan misai”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Namun para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;

Pertama; Menurut Imam Syafi’ie; hukum berkhitan (bersunat) adalah wajib ke atas lelaki dan juga perempuan.

Kedua; Mengikut Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Hasan al-Basri; berkhitan hukumnya sunat sahaja sama ada ke atas lelaki atau perempuan. Berdasarkan penjelasan Imam Nawawi; pandangan ini merupakan pandangan jumhur (majority) ulamak.

Ketiga; Imam Ahmad pula berpandangan; ia wajib ke atas lelaki sahaja. Adapun ke atas perempuan, ia digalakkan sahaja.

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Al-Fiqhul-Wadhih, Syeikh Dr. Muhammad Bakr Ismail, jil. 1, hlm. 128.
2. Nailul-Autar, asy-Syaukani, juz. 1, Kitab at-Toharah.
3. al-Khitan, Syeikh Jadul-Haq ‘Ali Jadul-Haq, hlm. 9-11.
ambil di sini 

yang ni detail sket..

ada bnyk lagi, g google baca. aku share apa yg aku rasa patut..


2 comments:

  1. nak tanya masa sunat anak tu ada keluar darah tak? saya ada juga anak perempuan tapi baru umur 6 bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kluar sket je. doc akan letak kapas yg disapu ubat. no worries dear

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...