Search This Blog

Loading...

Thursday, October 18, 2012

Neraka abah

** pic from google


sapa tgk crita ni semlm? kat tv9.. lakonan shafie naswip, amyza adnan, azhan rani and ect.
phewww.. sedih..
kisah 4 beranak. bapak kaki judi, arak, dadah, malas keja. balas barang kemas bini pegi gadai, xpeduli anak2, pukul anak bini. pakej lengkap dah. then mak meninggal sbb sakit. tinggal 2 beradik nih, abang n acik. bapak dah keja berjudi siang mlm, xpeduli anak. abang xg skolah, g keja carik duit nak sara acik(adik dia).
sampai 1 masa, acik sakit. apa ke nama ntah sakitnya, xberapa dengar sebab suara amni lagi kuat dari tv. acik jatuh, hentakan kat kat kepala antara yg buat dia sakit. last skali acik mati sebab bapak dia tolak. acik nak selamatkan cikgu dia dr dirogol bapak, end up meninggal. bapaknya pun meninggal sbb kena tikam dgn taiko dadah sbb curi dadah dia. hujung2 tu mmg sedih. abang beriya lari nak bwk acik g spital, tapi acik meninggal atas dukung dia. tgk dlm poket acik ada henpon dia belikan utk abang. sanggup pecah tabung n curi duit bapak utk beli henpon kat abang dia. last2 tu mmg menyentuh perasaan la..

point yg aku nak sentuh kat sini pasal mak2 or isteri. dah slalu sgt kita dgr kes mcm ni. real life pun mmg ada kan? dapat laki taik judi, arak, dadah, pukul anak bini, malas keja smua. bini keja siang mlm carik duit nak besarkan anak2, tapi laki duk curik duit bini buat beli dadah n main judi. yg aku xpaham, kenapa si isteri tu nak hadap lagi laki mcm tu. duk kena bantai sampai lebam sana sini, masih nak bertahan. anak2 pun kadang2 hilang sabar tgk perangai bapak mcm setan. ayat klise ' sejahat2 dia, dia tetap bapak ko'.. yeap, tu btul. si isteri yg baik ni tetap xmo cerai sebab nnt anak xdak bapak and dia jadi janda nnt kena kutuk ngan org kg. hadoihhhh la. bangun la weii! buat apa ko berlaki klau dah gitu perangainya? biarlah xdak bapak dr anak ko seksa duk kena pukul, kena maki hamun. yg ko pun sanggup pulak duk mkn sepak terajang laki hari2. dengan harapan,  1 day laki akan berubah jadi baik. hari2 berdoa supaya laki berubah. tu dah bagus dah, berdoa dan terus berdoa. tapi sampai bila? once bila dah bertuhankan arak judi nih semua, susah la kut. nak tgg berubah sampai sanggup hari2 kena pukul. pada aku, pendapat la, minta simpang nauzubillah klau kena kat kita kan? biarlah xdak laki, biarlah kita besarkan anak2 kita dr nak lalui tu smua. kesian kat anak hari2 duk tgk mak bapak dia bergaduh. klau mak tu bule besarkan anak dgn penuh kasih sayang, insyallah, anak tu pun membesar dgn elok. slalunya org akan kata, kesian dia xdak bapak, xdpt kasih sayang ayah. pada aku, biar xdak ayah, dr ada ayah gitu. lagi tekanan budak tu duk tgk perangai bapak. tu blm masuk part kena ejek ngan kwn2 lagi. lagi kesian kut. terencat tumbesaran anak tu nnt.. percayalah, kasih mak tu bule mengatasi segalanya. bila anak dah besar, tau lah dia bapaknya cemana, maknya cemana.

tapi, lain org lain caranya. klau tanya aku, baiklah ko berambus tinggal kan laki yg perangai sket lebih kurang mcm setan tuh!!

1 comment:

  1. takde plak zie tgk citer ni. cam best je. nak cari on9 la. kot kot hado. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...