Search This Blog

Loading...

Wednesday, October 24, 2012

Op op oppa amni style!!

dah puas tgk gangnam style.. meh tengok amni style pulok..
ni style tdor punya cerita.. budak ni tdor, masya allah.. mengucap mak pak aku tgk. 1st time diorg tgk amni tdor, pak aku yg terlebih susah hati.. hahah.. aku rilex jek, dah biasa...


yaaa.. budak ni tdornya meniarap. sejak bule meniarap masa 6 ke 7 bulan camtu, trus ubah posisi tdor sampi skang ni. biasalah budak tdor meniarap kan. tapi meniarap amni ni agak mengerikan ye.. sepanjang masa tdor meniarap. ko pusing btul, adalah dlm 5mnt, pastu dia meniarap balik. tokwan dah susah hati kut pp cucu kemek!! hahahha


all the time okes! dlm buai pun meniarap.. bule pitam aku tgk dia duk berpusing2 dlm buai tu. setakat meniarap tu xdak hal la. lagi bagus kan utk budak2 mcm diorg ni. tapiiiiiii... yg mengerikan tu masa dia nak pusing cari the best position utk dia landing. hadoihhh la.. aku xpenah sempat amik video sblm dia btul2 lena. tgk dia pun aku dah xlarat gelak.. pas minum susu, campak botol susu sesuka hati, zassss meniarap terus. dlm 10 mnt yg pertama tu, habis 1 tilam dia tawaf. dlm keadaan berguling2. guling sana, guling sini, terlentang sana, terlentang sini, meniarap sana, meniarap sini, sampai jumpa the best position. sket lebih kurang dah mcm tenggiling dah aku tgk. kat mana yg dia rasa suka nak benti and selesa, stop la. xkisah la atas kaki aku ka, sebelah bontot aku ka, bwh ketiak aku ke, atas kepala aku pun pernah.. aku kena duk diam. klau aku ikut rentak dia, mmg dia langgar kawasan. sampai ke tilam mak bapak dia naik. so, aku statik je kat stu, biar je dia langgar2 aku, pastu dah jumpa the port, senyap la.. kira mencabar la nak tgg dia lena btul..

budak ni pulak mudah klau nak bg tdor mlm. klau siang, berpeluh ketiak nak bg tdor. ko dah berzikir punya lama, dah nak  mcm kumpulan marhaban dah, tangguk buai sampai nak tercabut, selamba ja dia terjun. klau mlm, sap sap soi jek. bajet dlm pkul 9 camtu, bwk masuk bilik, dim kan lampu bilik, kasik dia main2 kejap dlm 10mnt, pastu padam terus lampu. 10mnt kemudian, dah dengar berdengkur.. yaaaa.. very anak bapak sbb ada bunyik2 klau tdor..


ni peel sekarang.. tdor antara tilam. ubah, pastu dtg balik. ubah lagi, datang lagi.. last, malas dah mak ko, duk la situ nak oi.. gaya meniarap tetap dikekalkan. klau dtg lagi peel dia, naik tdor atas perut aku. kepala atas perut aku, badan kat bawah. mcm tu lah.. sesak napas mak ko nak tahan beban. dah turunkan, dia naik balik. apa punya turr pun xtau laaaaaa...

ni tdor la ni.. salah 1 keadaan la.. mata pejam, badan berguling2. ikut sesedap rasa nak tonggek ke kangkang ke.. janji puasssssssssssssssssss..


kadang2 bentang toto dpn tv. penuh la 1 toto dia tawaf. sampai ke lantai pun pernah. bl meniarap pp kena lantai, sejuk, okes, landing sini. benti la.. mlm bila ntah, sket lagi nak sampai bwh meja mkn. aku pun xperasan sampai jauh tu dia guling sbb aku pun tdor sama. terjaga tgk anak xda kat sebelah, ingatkan dah kena culik.. rupanya dah berguling2 menari lagu hindustan..


guling2, rasa landing mcm ni best, stop la.. nasib la kat mana pun, janji sodappppp


anak dara ku nan seorang.. klau tilam single, nak share mmg ko mkn kaki la mlm2.. takat kena penyepak ngan penampar tgh2 mlm tu dah biasa dah kut..


kaki naik atas kepala pun mak ko xdak hal la amni.. apalah sangat takat kaki amni tu.. tapi masalahnya, kaki bapak ko pun bule tahan ganasnya. mak yg duk tengah2 ni tersepit terhimpit terkepit dah. anak beranak sama ja buasnya tdor. no wonder la amni tdor buas kan? mak aku kata kami 6 beradik xdak sorang pun tdor cenggini.. agak2 ikut sapa yek papa?

so, jgn heran klau tgk bantal keliling dia. dlu mula2 aku beli katil bujang then letak sebelah katil kami. bl dia dah start berguling, aku geges apaknya robohkan katil. takut kang amni jatuh katil. nauzubillah! skang ni tilam jelah. rapatkan tilam dia ke dinding. tepi2 ngan hujung kaki tu sendal ngan bantal keliling. dah mcm kubu pun ye jugak sebab hujung kaki aku pun ada bantal. kadang2 dia langkah sempadan budak ni. dikerabatnya aku sebab nak tdor tgh2 antara mak bapak dia.. kaco je kan? +__________+
pastu dia guling2.. kami pun xsedar dunia punya tdor, tau2 dengar duk meraung tgh2 mlm. rupanya dah jatuh tilam. bahahahah.. now, klau dia nak tdor antara aku ngan bapaknya, mmg tak la. selain dr faktor kacau mak pak nak hug2, takut jatuh tilam lagi..

tenang je jiwa masa ni tgk anak tdor. skang ni berapa nak tenang dah.. heheh
dlu sopan jek tdor.. klau gini, gini jelah sampai pagi.. pusing pun sket2 je.. dlu,anak tdor mak senang hati tinggal g buat keja umah. now, klau tinggal mcm dlu, alamatnya tawaf 1 umah cari anak anak..

nak kata xbedung, bedung. dlu klau xbedung,lambat sket tdor nya. sampai 6 bln camtu stil bedung.. tekangkang je tu ha sbb kain dah sempit. tapi mula2 jelah, dah tdor lena, kang kaki tgn smua terkeluar la. kira bedung nak bg tdor dlu, dah lena, bule buka bedung..

skang ni klau g umah org or tdo hotel, masalah utamanya ialah cemana amni nak tdor... hahahha.. nak bg tdor ngan apaknya? huii.. kang xpasal2 terpenyek anak.

dlu masa aku g kursus kat Intan, seminggu aku tinggalkan amni kat tok ngan tokwan dia (makpak aku). kelakar gila bl time nak tdorkan amni. mak aku sampai xleh tdor sbb amni duk berguling. mak aku plak ikut rentak dia. bila dia himpit, mak aku bg dia ruang. lagi syok la dia nak berguling. last2 mak aku terhimpit kat tepi.. lawak gila bila mak aku cerita.. kerenah cucu tdor.. hahahhaha..



** pasni kena buat koleksi amni tdor gamaknya. bl dah  besar, tunjuk kat dia, mesti malu.. heheh




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...