Search This Blog

Loading...

Tuesday, November 20, 2012

20.11.2012

ada apa dgn hari iniiiiii..
20hb 11 2009. hari ni 20hb 11 2012. hari yg bermakna buat kami nih.. eheh.. hari ni dah cukup 3 tahun sebagai suami isteri.. alhamdulillah...

 
nahhhh.. gambar 3 tahun lepas. sesi batal air sembahyang. tapi aku pun tidak pasti time nih aku ada air sembahyang tak.. muahaha.. baru balik makeup,trus g mesjid. bapak aku dah kol patploh kali sebab pengantin lelaki dah sampai, anak dara dia xsampai2 lagi.. huhu

thn ni sgt best sebab sambut annivesary ke 3, bertiga. thn depan annivesary ke 4, berempat kahh? tetttttt... huihui.. bertiga, mama, papa and amni. actually dah empat la. tapi anak sulung aku disana, di jannahMu. ada la plan, tapi sekadar plan. cadangnya nak bercuti, tapi xdpt la. ada yg lebih penting. but sokay. ingat tu lebih penting dr meraikan secara berlebihan kan? nak rai, dlm bilik pun boleyyyyy.. +_________+

3 tahun bersama lelaki bernama shahrizal.. hmm... menguji kesabaran jugak la.. hahahah.. biasalah, bukan semua org sempurna kan? klau pasangan kita xsempurna di mata kita, xsemestinya kita juga sempurna dimata pasangan kita. xkan nak paksa dia ikut cara kita? no no... that why, kita berkahwin dengan pasangan kita. bl masing2 ada kekurangan dan kelebihan, maka pasangan kita saling melengkapi. pada aku bukanlah masalah besar klau kita boleh give n take. perkahwinan bukan atas dasar cinta semata2. tapi kasih sayang, tolak ansur, faham memahami, baru hidup harmoni. tak giteww?

sebenar2nya aku bersyukur sgt aku kawen dgn laki aku. bukan dgn lelaki lain. wahh, statement membunuh nampak. dr mula bercinta, dia slalu tanya, kenapa aku pilih dia. aku xpenah jawab pun. pas kawen kut aku bgtau. sebab dia melengkapi aku. he complete me.. kekurangan aku, dia ada. kekurangan dia, banyakkkk aku ada.. kehkehkeh.. xla.. kita jgn terlalu melihat kekurangan pasangan kita. mungkin ada hikmahnya dia begitu. dan ada sebab juga dia ditakdirkan menjadi pasangan kita. walaupun kadang2 dia ngelat sket dgn aku sebab nak g jumpa bff dia tu, tapi sekurang2nya bersyukur sgt sebab dia bukan jenis nak g lepak2 kedai mamak, nak kluar g xtentu arah, nak tinggi2 suara kat aku, nak pukul2 aku. kekurangan yg sket2 tu kita tutup dgn kelebihan yg lain lah ye. klau tetiap bulan dia kasik ko 2k utk belanja, tapi xpenah lekat kat umah, tanya sket kena penampar, haa, pilih nak yg mana? pada aku, biar duit xda, tapi perangai baik. ye dok?

aku dan suami aku? aku suka berleter, seb baik dia xsuka berleter jugak. dia dengar and sengih. pastu blah. aku jadi hilang mood nak berleter dah. ater, berleter sensorang, sapa nak dengar. cemana klau dia pun suka berleter? xke haru rumah kami tu? aku suka kemas umah, dia suka sepah umah. deal tak? aku suka terpaksa masak, dia suka makan. yelah, kang sapa nak habiskan? aku basuh baju, dia pakai, pastu tukar, pastu ambik baru. pakai kejap, tukar, pakai kejap tukar. pffff.. aku masak, dia cuci pinggan. aku makan xhabis, dia habiskan. dia xcall aku, aku call dia. dia suka makan tu, aku suka makan ni. dia suka manis, aku xsuka. dia suka air ais, aku suka air suam. aku suka tgk drama melayu, dia suka tgk citer omputih. dia cinta, aku sayang. ecehh.. haa, gitew la lebih kurang. klau smuanya samaaaaaaaaaaaa jek, boring la kan. ko mkn tu, aku mkn tu. ko buat tu, aku buat sama. ish, bosan der. bule bertekak sapa nak ikut sapa, kadang2 sronok jugak. nak buat keputusan apa2, bertekak mcm nak berebut tanah pusaka. gitulah kami sehari. jerit2, kutuk2, pastu sayang2 balik. :) .xleh gaduh or majuk lama2. rugiiii. sebab laki aku xromantik. majuk pun last2, aku baik sendri. harap dia pujuk. nan hadooo. masa bercinta dlu ye. dah ada anak ni, jangan harapppp. ptuiii.

doa aku, moga rumahtangga kami kekal utk selamanya. dilimpahi rahmat, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan cahaya mata yg comel dan soleh, dihindari dari dugaan berat, bahagia hingga ke akhir hayat, ke anak cucu. aku harap sgt kami dpt menikmati masa tua bersama. kalau boleh, kawen biar sekali jek seumur hidup kan? dan semoga dia, shahrizal marzuki terus menjadi pasangan aku hingga ke syurga. amin.




** Muhammad Aqil dan Amni Maisarra : tanda cinta mama & papa.. auwww



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...