Tuesday, November 20, 2012

Cerita cuti kami | 2

part 2 ialah pada hari khamis, cuti awal  muharram.. hari ni g seberang jaya, penang. ada jemputan kenduri sebelah mama (mak mentua). majlis pertunangan anak sepupu mama. dah org jemput, kenalah pegi. mama mmg nak pegi la. nak jumpa sedara mara dia. anak teruna dia kena bawakkan kali ni.

pkul 10 dah siap nak gerak, amni bule berak pulekkkkk. dah siap comey2 dah. seb baik belum keluar lagi, klau x, 1 hal plak nak kena benti basuh berak amni. budak tu slalunya pagi2 lagi dah berak. hari tu bule plak berak 2 kali. nak g jalan kut, so, cuci perut dlu. bagusss. proses pencernaan yg baik anakku.. dan otw ke penang, amni behave. sampai gurun, tdor. menjawab la mak ko pangku sampai penang. lenguh tangan. tapi xpa, lenguh pun mama ok jek sebab lagi bagus dia tdor dr duk memanjat dlm kreta kan?


sampai sana dlm pkul 1. isi perut dulu. tuan rumah suruh mkn dlu, kita ikutkan saja. perut aku duk berdondang sayang dah. pg tu cuma mkn roti. lauk pauk, diorg tempah je. sodapppppp. nasi apa ntah, kaler putih, kuning tuh, ayam ada, daging ada, gulai ada, sayur kobis ada. paling best, ada salad telur+kuah kacang. sedap dap. aku siap tambah lagi, meratah. telur rebus, salad, tomato, timun disirami kuah kacang. kuah tu yg best. tuan kenduri ni sepupu mama, bln 9 hr tu dah knuri anak dia. kat penang jugak and kami pegi (terlupa buat entry nih!!). dia ambik caterer yg sama, menu pun sama. terbayang2 salad telur tuh.. nak request kat mama lah nnt.. hihi

 

pas mak bapak mkn, anak pulak makan. masa kami mkn, sedara mama tlg pegangkan amni. nak pulak budak tu dgn org xkenal. kesian makcik tu. confirm lenguh tgn mlm tu.. hehe.. dah kenyang mkn, duk lepak kat luar jek. diorg siap letah khemah, and tetamu mkn kat luar. rumah xbesar mana. mkn kat porch and kat khemah. seb baik jugak amni xmeragam. elok jek duk memanjat, menjerit2 tgk org, tgk burung. aku cari parking baik punya, btul2 depan kipas.. hahaha..


duk xdiam. nak amik gambar pun xbley... merepek apa, xtau la budak amni nih... habis dijeritnya kat org sebelah. sebelah meja kami tu ada makcik2 3,4 org. dia punya meriah bersembang.. uii.. taulah org penang kan? sembang pun mcm gaduh. klau gaduh, xtaulah cemana..

sekitar majlis. tetamu sampai pkul2. ramai jugak. belah perempuan, sedara mama, sebelah lelaki pun sedara mama jugak. kenal pun atas rekemen org tua. kira kawen adik beradik la. so smua tetamu yg ada hari tu, mostly adalah sedara mama. syok la dia bersembang. lama xjumpa pun ada. aku, papa amni, amni and ayah lepak luar jek. mama kat dlm. dah setel upacara, pkul 3 camtu, gerak balik. kami kat luar ni boring ya ampun. mama nak stay lagi, tapi apa kan daya.. hehe.. nak gerak masuk penang. mama nak beli barang. n ak p gama.. tau? ala, shopping complex. dr laki aku kecik2, dia mmg duk shopping situ. so, nak beli apa2, dia kata nak p gama. so, kita turutkan saja. bukan slalu.. tempat lain dia xmo, nak g gama jugekk.. hehe. iolls ikut aja.. janji shopping.. muahaha..
sempat gak beli tshirt selai 2 sementara mama shopping. amni pas ke bapaknya. dah basuh2 sket, tukar diapers, tukar baju, cergas balik budak tu.

balik tu singgah mkn mee sotong kat padang kota lama. ayag duk menyanyi nak g situ sbb dia tgk tv. masuk tv, mestilah sedap and famous katanya. bab makan xdak hal. kita ikut sajaaaaaa.. nnt lain entry aku cita. sedap gak mee tu..

ni masa masuk penang. naik ferry sebab dekat dgn seberang jaya. tapi berjanggut jugak la nak tunggu turn. amni hairan gamaknya tgk laut.. lepak luar kejap jek sebab panas ya ampun.
balik naik bridge. mama kata xmo naik ferry.lambattttt..


pkul 7 dah kluar penang. sebelum singgah sembahyang kat masjid negeri. cantik masjid tu. then balik terus. aku duk blakang skali dgn amni. tgk mat apun dah layu semacam. kasik susu, popok kejap, tau2 dah pejam. lentok baik punya. sampai changloon, aku suh laki aku benti, nak pindah duk tgh balik. gila lenguh bontot duk blakang. amni pun dah jaga, so, tukar seat balik. sampai umah hampir pkul 9. wash2, nak main plak budak tu. pkul 10, dah tekedang anak beranak.
esok kerjaaaa...


itulah cuti kami. ada yg cuti strait seminggu.. huii.. syok2. len kali kak yah pulak cuti panjang eh?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...