Search This Blog

Monday, November 12, 2012

Muhammad Amierul Khalis bin Azlan

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... presenting new buah hati... muhammad amierul khalis a.k.a pocoyo... muehehe.. adiknya nur amierah karmila. anak abang aku.. dah sepasang dah dia. syiok ek?

ni pic raya haji lepas. diorg blk raya sini. time ni dah 4month ++. now dah 5month.  dah bule meniarap kat amaknya. pp seketoi ja. geram aku. klau sengih, haaa, nampak abis gusi tu. lebar sudu pakcik pasoh dia kata.. hehe.. mulut ramah plak tu. siap sembur air liur. kaki tgn smua aktif.. klau pegang, bukannya reti duk senyap. nak melompat. hoi la budak ni..

balik raya haji baru ni, abang aku buat kenduri aqiqah utk dia. ni bahagian yg ke2, yg 1st dah buat kat umah atok pasoh sana. atok sana 1, atok sini 1.. fair.. hehe.. tapi bila buat masa raya nih, xramai sgt org. rugi plak umi kata. yelah, smua org buat knuri korban. tapi, alhamdulillah, lauk habis jugak. sedara datang sampai ke mlm jugak..

ni bukan duk dera yek. ni toknjang datin dlm proses membotakkan rambut amierul.. masa akikah kat pasoh, diorg buat gunting jambul. pastu cukur jugak tapi xhabis. balik sini, botakkan terus. menjawab la toknjang kena cukur rambut cucu baru. hari tu rambut amni, ni rambut amierul pulak. dah tender pulak toknjang. ok la kan, kata org pencen.. heheheh


dah siap dahhhh.. taruk bedak sejuk kat kepala bagi sejuk sket kepala tu. lama jugak nak membotakkan budak ni sebab rambut dia tebal jugak. tidor, bangun, menangis, meraung, minum susu, duk  ulang tu smua 2,3 kali, xhabis2 lagi. dekat 2 jam jugak la. budak ni, klau gelak haa, mmg syiok. skali meraung, smua lari.. heheh.. dah siap botak, basuh2 sket, siap wangi2, eh gelak pulak dia. ringan kepala kut..
tok kata kepala lonjong. kepala tok imam.. hehe

haiiii.. nama saya amierul khalishhhhhhh... omey tak sayeeee??


budak botak bulat.. budak ni suka buat mulut.. sejemput ja mulut tu.. geram makngahhhhh!!



amni hairan tgk amierul. tapi baik jugak dia ni. seb baik tak dicepuknya budak tu. menjawab aku dgn mak pak amierul tu nnt. g tgk jek. pastu bl suruh sayang, ha, sua pp kat amierul bajet amirul yg nak sayang dia.

amni nak adik keee??

hohoiii....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...