Search This Blog

Loading...

Monday, November 12, 2012

Resipi Stok Ayam

hari ni mak nak share resipi stok ayam utk baby. chicken stock ni klau bule, sentiasa ada bagus jugak. senang nak prepare mkn utk baby. penambah perisa pun ye jugak. tapi ni bukan penambah perisa like msg ke apa yek. ni homemade punyaaa..


nak buat cemana? sonang jooo..

bahan2 :
--ni bahan2 cara aku lah yek.. 
ayam. bahagian tulang temulang pun sokay. aku slalu ambik kaki, tengkuk and sayap.
rempah 4 beradik. tau? xpun, rempah sup tu like sup bunjut adabi.. hehe
bawang holland
daun sup
ubi kentang

kupas2, basuh2, potong2, then campak masuk periuk. masuk air, rebus. dah tu je. make sure guna periuk besar. bahan2 tu agak2 lah ye. masuk air sampai penuh periuk. aku rebus 3 jam. ada yg rebus sampai 7 jam. kira sampai luruh tulang dgn isi tu, ok la. pas dah sejuk, tapis, ambil airnya saja..

pastu masuk dlm bekas mcm kat atas tu. senang nak simpan. klau bekas besar, nak masak karang, 1 cerita nak tunggu sejuk pulak nak cedok. klau pakai bekas ais ni, kluarkan 1 kiub utk skali masak. lagipun nak masak utk baby, skali masak, pakai 1 kiub tu pun dah cukup. then campur jek dgn puree apa2, pastu masuk jek ayam. senang keja mak kan? nak masak2 apa, ada chicken stok ni, mmg akan bertambah sedap. tapi cara baby la. no added sugar and salt. tu yg penting. paling penting, amni suka.. :)

aku slalu buat stok di dlm 2 bekas ais tu. simpan dlm freezer, kasik beku ye. bule tahan 3 bulan klau ikutkan. tapi xmo lah lama sgt. so, jgn buat bnyk sgt, and guna bajet dlm 2 minggu camtu. ni stok dah habis. cuti besok kena buat. tapi xsmua yg aku masak utk amni letak chicken stock ni. tgk kepada menu.

so, mummies, yg ada baby nak blajar mkn, bule cuba. mudah jek nak buat. and berbaloi2 utk bayi anda.. ceewahhh...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...