Search This Blog

Loading...

Monday, January 14, 2013

Angin





bukan angin yg ini yek.. angin sepoi2 bahasa pun bukan, kipas angin pun bukan..



ni kisah angin 1 badan.. eh bukan, perut masuk angin or kembong perut.. bukan baby je leh kembong perut, mak baby pun bule..


aku ni memang bangsa angin. silap makan sket, haaaa. tanggung la padahnya. sebelum ni ok, tapi smua tu berubah lepas aku eksiden tahun 2000 klau xsilap. patah tgn kiri, senget until now. pecah rahsia.. hehe.. budak2 lagi masa tu, org suh pantang, pantang jumpa jek. tgn tgh bersimen aku bedal pulut durian. pegi berubat kat bomoh patah, tapi xputus ubat. ntah aku pun xpaham putus ubat tu smua. nak pegi carik bomoh tu pun aku xtau dah kat mana. silap2 dah meninggal dah. kat tangan aku ni, ada kesan lebam. klau org 1st time tgk, sure akan tanya kenapa lebam. aku pun xtau apa pasal jadik gitu. masa belum kawen kut ada lah aku jumpa pakcik urut ni, kebetulan dia dtg urut bapak sedara aku. dia belek2, katanya angin aku tersekat kat situ. maybe masa aku mengurut lepas aku patah dlu, then xputus ubat, so angin tu terhenti kat situ. then, sejak itu aku xbule salah makan. klau tak, memang angin 1 badan. klau dah kena angin tu, mmg azab la.

dah 2 kali beranak and berpantang, mmg aku pantang btul2 la sebab dah tau badan cemana. so far, lepas pantang, mmg badan ringan jek rasa. yelah, pantang kannnn.. eheh. now, anak dah setahun, bedal mcm2, tanggung la akibat bila badan masuk angin. paling2 aku xboleh skali, bak kata org perlis, tak belaga angin ( kira mcm musuh la ) ialah teh! ya, air teh.. mmg xdak langsung la dlm senarai aku. aku penah minum setengah gelas teh tarik, setengah gelas only, cirit sampai 5 hari sampai kena admit wad. xtau lah apa kaitan, maybe sebab mkn benda lain, tapi yg aku ingat teh tarik tu lah. baru setengah gelas kan, klau segelas, mau kuruih aku ceriberi.
paling susah nak elak, bila pegi umah org. dihidangnya air teh. klau umah sedara org org yg mmg kita kenal and close, bule la ckp tak minum teh. klau umah yg xbiasa, acaner? xminum, takuttuan umah kecik hati dah susah payah buat air. nak mintak air lain, mcm demand sgt. kang disimbahnya air teh tu, puas hati. nak xnak. jamah jugak la seteguk 2. xlama pun nak tgg efek, sejam cukup. dengarla aku sendawa angin siap kentut2. busuk2, 2,3 jam baru hilang. klau tepuk perut, bule dgr bunyi mcm tepuk tong kosong. gitew penangan air teh ye. tgk org minum teh tarik, adoiii, teringinnnn. tapi kenangnkan azab yg bakal dilalui, telan airlior jelah. tapi, teh hijau aku bule minum. xdak angin apa. cuma, xsedap sgt la kannn...

then, aku kena ingat and amalkan la. no for benda berangin like kangkung, kacang panjang and sayur2 lain yg xberapa nak ingat sgt. ada org yg mkn xjadi apa, tapi kes aku lain. org lain rilex jek mkn kangkung, tapi aku xbule. so, xpayah mkn. banyak lagi kut sayur lain.

baru2 ni aku mkn burger apa ntah, dia letak sos blackpepper. aku mmg xminat sgt, so buang la sket. tapi yg dah lekat pada daging tu telan  jugak la. ptg tu, perut dah start buat hal. angin semacam. sendawa angin pun mcm xlepas. kentut pun xjugak. mlm tu lagi azab. sakit perut. mcm nak sembelit, tapi cirit. esoknya ingatkan dah ok. aku bantai mkn sizzling mee pulak. taruk kuah blackpepper jugekkk. blk mlm tu, double azab angin aku kena tanggung. sendawa dah mcm kerbau, kentut mcm peluru berpandu, siap makan, muntah, senak perut, cirit sampai 3 kali. pedih jubor!!


  ginilah kut angin dlm perut aku. dah ruper tornado. serius xselesa. perut pun kembong and keras. gigih la aku sapu fellina and minya yuu yee banyak2 bagi kluar angin. duduk pun xselesa sebab perut kembong. kena baring. tdor mlm pun pakai towel sebab senang nak g toilet..

3 hari kut cirit and xsedap perut. xtau la apa related dgn blackpepper tu. sebelum ni mkn masakan yg ada lada hitam ok je. maybe yg dah diproses kut, so perut xleh terima. lepas ni mmg tobat dah nak makan. bila sesekali kena tu, huii, nak bernapas pun mcm susah jek. sengkak rasa perut mcm peknen pun ada. laki plak duk marah bila aku kentut time nak tdor. nak buek camnooooooooo.. nak tahan kentut? huiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. xsanggup. redho lah bang yeee.. bukan ada bau punggg

cadangnya pasni nak g beli pil tuju angin yg hpa punya dlu aku mkn tu, mcm ok jek. jaga makan pun kadang2 jadi jugak klau lambat mkn. bila kembong, berak pun syusyah.. tensi haku.. mcm2 petua gak yg org bgtau. takat nak makan halia tu xdak hal pun. tapi xjalan pun. mkn la pokok halia pun, angin aku gitu jugak. teh halia? tu tempah azab kut. petua2 tu smua xjalan pun dgn aku. nak xnak kena hadap and tunggu angin tu habis sendri. mcm belon, 1 day kempis jugak kluar angin. gitulah perut aku ni ha. paling hebat pun aku minum air panas utk redakan segah perut tu. membantu la jugak sket.
 

aku ada jumpa artikel pasal kembong nih.. cer korang baca. baguih gak ni.. aku pun take note bila baca nih. 1st, kena tukar cara pemakanan.. kita cuba yek, kut berhasil. xpayah la bergantung kat ubat je kan?
http://www.sihatselalu.com.my/2010/02/masalah-perut-kembungberangin.html


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...