Search This Blog

Tuesday, January 29, 2013

Panduan Mendidik Anak

ibu ibu bapak bapak, meh baca ni.. panduan utk kita as a parents dlm mendidik anak2. aku dapat dari pesbuk.. untuk renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas.. - ops! aku slalu terjentik telinga amni and babap tgn dia. pasni babap kaki jelah.
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control. - agaga.. rasanya smua org ada tindakan refleks mcm ni kut. klau anak buat apa2, tgn tu otomatik nak pap je kan?
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. - okes.. mari membeli rotan! keke

...Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan). - Amni Maisarra means ketenangan, keamanan...
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk). - rasanya amni pun dah menyampah sebab maknya asyik la peluk dia..
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) - agree and do it always!
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).- since amni kecik lagi, klau dia do something yg aku rasa hebat ( sesuai dgn umur dia ), aku ajar dia tepuk tangan and say, Amni pandai!
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. - betul! jgn terlalu memberi harapan yg tinggi kepada anak2
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali). - harap2 ini xakan berlalu dlm hidup aku. aku cuma kuli :)
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. - sama sekali tidak! anak adalah amanah Allah
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap). - okes. tunggu Amni bula cakap nnt. sekarang ni pun kemain riuh
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. - must!
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya. - tenang la sangat mak ko ni nak oii
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain). - betul! xperlu mahal2, cukup sekadar mengingati kan?
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali. - saya budak baru belajar :)
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. - ya, bapaknya, pegang xmo lepas... takut sangat anaknya jatuh..
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. - sedikit masa lagi kan?
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian. - erm, sekarang ni dia yg rosakkan barang mainan dia. aku pula yg stress sebab beli, main kejap, rosak. budak2 kan?
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam. - of cos! aku cium sampai dia terjaga and nangis. sebab geram! masa dia tdor, rasa mcm comeyyynya anak aku!
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. - belajar dan terus belajar
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. - insyallah
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. - can't imagine! 20 thn akan datang and i'm getting older and they calling me granny! gagaga

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”



** I'm still learn to be a good mother  :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...