Search This Blog

Loading...

Thursday, January 10, 2013

Resipi Sup Siam

ada kawan tanya cemana nak buat sup siam. aduh duhhh.. terus teringat sup siam yg 1st time buat sendri tanpa bantuan umi tahun lepas. sebelum ni umi buat, then tolong2 jek. kali ni buat sendri... hohoho...
maka marilah kita share resipi bersama2.. mudah jek. dijamin sedap and makan bertambah2.. percayalah.. kerna i also made in thailand.. wahahahaha



mula2 rebus dlu daging. ada tulang2 lagi best. nnt kluar air daging tu, manisss je. agak nak masak, baru kita start masuk bahan2 lain.






kak yah guna yg ni. dah biasa guna adabiiiiiiii... nak guna bunjut pun also can. lebih kurang je rasa












ni rencah yg perlu dimasukkan sekali masa masukkan perencah sup tulang tu. adik beradik smua tu yakni serai, halia, bawang putih, bawang holland, tomato, daun sup and daun bawang. agak2 la banyak mana nak masukkan. klau besar periuk aku tu, serai 3 batang, diketuk. halia besar ibu jari lebih kurang. xpayah potong halus, ketuk saja.. sama jugak dgn bawang putih. kupas, basuh and ketuk. dlm 7-8 ulas. bawang holland and tomato potong 4, then campak. dlm 3 bijik camtu. daun sup and daun bawang, ambik kat bahagian bawah jek. then biarkan diorg direbus bersama2.. last, perasakan. masukkan garam gula ikut sedap tekak. aku xguna ajinohmoto yek..

tulang itu... lemak berkrim disukai ramai.. aummmmm


pelakon tambahan yg juga penting. daun sup+daun bawang, limau nipis and bawang goreng. optional, nak sedap bule juga perahkan limau nipis masuk trus dlm periuk sup tu. tapi mungkin ada org xsuka, so, kita asingkan. bawang goreng klau korang rajin, kupas, potong and goreng garing, lagi sedap dari yg beli dlm peket siap tu.

haaaa.. ini yg membuatkan ia jadik siam.. hahahhaha... atas, serbuk cili kering. tepi, cili kicap yg pedas tahap buasir bunga tapi sedap. bawah, kacang tanah and bawang putih, goreng and tumbuk halus. ada 1 lagi tertinggal. tauge yg dicelur air panas. klau rajin, celur skali kangkung. tapi aku xleh mkn kangkung, angin.

nak buat cili kicap. bawang putih kena lagi banyak dr bawang merah. blend dgn kicap. then tumis sekejap, utk elakkan sakit perut. masuk gula sket, done.


sangat sedap. percayalah!!
aku xpakai kicap sotong tu smua. ponnnnn sedap. garam gula saja.
mesti cubaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...