Search This Blog

Loading...

Wednesday, January 23, 2013

Toksin dalam badan

Apakah itu toksin?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.
Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Simptom-simptom toksin berlebihan

  1. Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala ,mulut berbau , bau badan
  2. Insomnia (masalah tidur), Mata gelap , Mata merah
  3. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, Rasa cemas
  4. Alahan, Masalah sinus, Sistem imun yang lemah
  5. Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
  6. Masalah sendi - lenguh lenguh badan
  7. Masalah kulit – jerawat, eczema
  8. Selulit, Kenaikan berat badan, Tanda-tanda penuaan awal
  9. Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.
Tanda tanda lain 
  1. seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap. 
  2. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  3. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi.

credit to blog

ngeri oh klau ko google pasal toksin dalam badan ni.. rasanya smua org ada kut, cuma teruk dgn tak.. baru2 ni opismate aku ajak g buang toksin ni ha. skang ni tgh in dgn kaedah ni. rendam kaki.. yaa, slalu toksin, buang melalui kaki. dlu aku penah beli yg kinohimitsu tuh. lekat kat kaki masa nak tdor. bgn tdor, baru tanggalkan.. tgk rg lain pakai, hitam trus benda alah tu. aku punya xdak teruk sgt. separuh ja hitam. xbanyak toksin barangkali.. hehe..

yg atas tu kaki aku. ni masa baru mula rawatan. rendam kaki dlm air, then dia taruk garam. pastu masukkan benda alah tu. ada caj elektrik. then, benda tu yg akan tarik toksin2 dlm badan kita kluar. aku memula cuak jugak takut sakit. yelah, aku dgn elektrik ni fobia sket. dah la rendam dlm air, kang xpasal2, keras kejung aku. jgn kata toksin yg kluar, roh pun kluar skali. oh nooooo.. imaginasi xagak2 aku nih. budak yg jaga tu kata, elektrik dia xkuat pun. dah ramai org buat,x dak yg kena karan pun.. manala tau kannnnnn...

rendam 30mnt jek. bayaran cuma rm10 utk 30mnt tu. pas setengah jam, moh kita tgk apa jadi..



ni hasil rendaman kami bertiga. yg atas tu kawan aku. byk kut dia punya serdak2. yg bawah sebelah kiri, kawan aku jugak. yg sebelah kanan, aku punya. diorg ada bagi guide utk tgk apa yg keluar tu. aku pun xtau aku letak mana dah pamplet tu. like, klau kluar kaler hijau lumut, tu toksin dari hempedu. klau kaler merah, toksin apa ntah. klau buih2 putih tu angin kut. then gelembong2 angin pun ada. mcm2 kaler ada. aku ada hijau, merah and gelembong angin. means, toksin, angin and apa lagi ntahhhh..haishhh.. kawan aku punya yg atas tu banyak jugak. sampai nak jadi merah air dia. kluar mcm lumut2 hijau tu, pastu kaler merah ada, kuning ada. ngeri kut. mcm xcaya pun ada. mula2 air putih ja, pastu dah jadi gini.

aku punya tu sah2 ada part angin. aku mmg dah jenis berangin. tapi ni bukan stok angin sepoi2 bahasa yek.. ni angin puting beliung nih.. hehe..ngeri kut bila tgk. pasni kna lebih berhati2 dlm menjaga pemakanan and amalan seharian also.. kang xsempat tua, sakit2 badan.. xmau2.. kak yah nak menikmati hari tua dengan aman... peace yoooo

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...