Friday, February 15, 2013

20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1) Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.

- agree!! teringat kat my friend, anak dia xsihat, masuk wad 2 mgg kut. dgr dia kol aku bgtau anak dia xsihat, menangis2 cerita. aku yg dengar pun sebak, ini kan pula dia. tapi, being a mother, apa pun kita sanggup lalui demi anak kan?

2) Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot.

- yaaaa.. time mengandunglah time paling syiokkk.. dpt layanan 1st class uolls. incik suami pun turut je walaupun kadang2 berbulu dgn kerenah bini.. eh, anak awak la ni... bahahah

3) Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi.

- masa Amni umo dlm 4-7 bulan, subuh2 dah bgn. lagi awal dr jam loceng maknya

4) Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.

- ya, bl dah ada anak,baru tau and faham erti pengorbanan ibu bapa

5) Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit.

- aaaa.. anak nangis pun mak nangis. anak demam, mak xtdor lena

6) Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)

- errrr.. i reserved my comment... bahaha

7) Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.

- betul!!!! aku mmg xsanggup nak baca/tengok klau ada kisah2 budak kecik yg sakit, kena dera. bule menitik air mata

8) Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.

- yessszaaa.. Amni pun suka cermin

9) Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo. 

- ahah. klau Amni xberak sehari pun aku dah gelisah. padahal budak tu rilex je

10) Kita akan lebih menghargai diri kita.

- :)

11) Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.

- heaven leh peluk cium anak walaupun br bgn tdor. bau baby adalah beshh

12) Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.

- yaaaa. klau menangis sakit tu mak mmg susah hati la. tapi klau menangis mengada tu, silap besar la nak oiii..

13) Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.

- ini mmg aku buat! hahaha.. hari2 nak tgk gg anak. padahal dah tau dah. ada tunggul putih sket,hari2 tgk mcm esok dah leh kluar habis gg tu.over!!

14) Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.

- masalah? anugerah tuuu. bukan smua org mampu kan?

15) Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.

- betul!! kadang2 siap tolong.. eheh

16) Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat.

- hmm.. mandi klau bule sabun tu dah syukurrr dah... nak lulur2 bagai, sila mimpi. kadang2 xsempat basah punggg

17) Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak.

- jiran kak yah ialah keluarga mentua.. :)

18) Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

- yep!! dah xperlu baju cantik, make up bagai utk kluar rumah!

19) Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

- org asing?? oh nooooo.. anak aku tuuuu

20) Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan.
- xsempat tunggu bapaknya balik keja nak crita apa anak buat. same to my husband. mihmihmih

♥ ♥ Jadi, hargailah saat-saat anda bersama anak anda.. ♥ ♥




my sweetheart.....


**kredit to : FB Persatuan Ibu Mengandung & Menyusu

2 comments:

  1. nak jadi ibu ni besar tanggungjawab. saya risau jugak. hehe.tapi 20 perkara yg awak senaraikan, saya pun akan rasa kot. hehe.kadang2 tak sbr gak nak jadi ibu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. smua ibu akan rasa pengalaman ni.nak2 masa anak sulung,excited tu lebih.. eheh.. insyallah, ada rezki utk namee nnt..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...