Search This Blog

Wednesday, February 27, 2013

Bapak mentua masak utk menantu

tau apakah spesis binatang ini? tak tau?? tak penah tgk?? org kedah perlis mesti tau kan? ini binatang namanya siput mentarang. sila baca. ni encik wiki kata...

aku xlalu nak mkn benda alah ni. jgn kata nak mkn, nak pegang pun aku geli. memang tak la.. aku mmg xlayan stok2 siput2 ni smua. yg aku mkn cuma siput retak seribu and siput lala. tu pun xdak la minat sgt. kadang2 jek layan. incik suami boley plak suka si mentarang nih!! adoiyaiiii.. aku geli okeh! dah rupa anak cicak dah aku tgk.. bahahhaha.. sory yek kepada yg suka. iolls xleh paksa. aku klau benda pelik2 ni mmg aku xlayan lah. rasanya dlu2 masa muda belia penah mkn kut. tapi xmemberi kesan kepada perut stokin aku. xminat, so kat situ jelah.

baru2 ni, abah ada beli. banyak jugak la. masa tu aku kat umah abah. siap suh bawak balik bagi shah, dia kan suka. amboihhh.. ingat kat menantu jantan dia tu. mak aku plak boleh perli aku baik punya.. siap cakap " sapa nak buat, dia bknnya mau buat klau siput2 mcm ni". bagus umi, sgt memahami anakmu ini. so, dah beli banyak, abah terpaksarela basuh and siap masakkan utk bagi aku bawak balik bg laki aku mkn. oh, sooo sweet.. xsusah pun nak masak binatang nih, tapi part nak basuh tu aku kegelian sket. selut banyak.. hahahaha..

abah kadang2 masak sedap jugak.. eheh.. ni betul. jarang2 masak, tiba2 masak, eh sedap. abah rebus jek mentarang ni. klau bakar lagi sedap. apa2 jelah sebab aku xminat pun nak mkn. hiris bawang merah 2 ulas, serai 2 batang, air, garam. dahhh. rebus. bawak balik, laki aku  kata sedapppppppppppp.. "nnt nak beli, mama buat mcm ni eh?" oh noooooooooo..



dikawenkan siput mentarang dgn ikan kembong@temenung rebus goreng and sayur kubis cina masak lada isi ikan. ha, blh nama lauk cenggitu. meh nak crita masak2 cara kak yah..

ikan kembung@ temenung, xpun ikan selayang@ sardin, korang rebus dlu. masuk dlm periuk, masuk air sket je, paras2 ikan, then masuk asam keping and garam. then rebus. kejap jek, kering air, tutup api. klau biar lama, kang hangusss.. pastu nak mkn, goreng dlu. ce cuba try.. serius sedap. goreng garing, rangup krupkrup okehh.. manisss je rasa. gabungan asam keping and garam. mkn dgn nasi panas2.. sodappppppppp. dgn pulut pun boley..

utk sayur kubis cina tu, ikut cara mak aku.
sayur kubis cina
lada hitam
bawang merah
air
garam
isi ikan rebus

cara2:
tumbuk isi ikan dgn lada hitam and bawang merah. nak pedas, masuk lada bnyk.
pastu smua bahan, masuk dlm periuk and rebus. sihat kan menu kak yah?

amni sooooooka and makan banyak mcm mak bapak. kehkehkehkeh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...