Thursday, February 14, 2013

Kenduri

mak bapak aku suka buat kenduri. ya, rumah kami selalu ada makan2. bukan takat utk sedara mara, tapi utk jiran2. selang 2,3 bulan, haaa, adalah jemputan. saudara mara jauh, yg ada belah abah je, so kita meriahkan rumah dgn kenduri.
masak ramai2, makan ramai2 adalah seronok. kat kg kan? kat bandar xjumpa dah kut gini. 1 day, kat kg pun maybe dah xda. smua pakai katering je.

ini kenduri permulaan utk thn 2013. actually ni cerita bln januari. dah setengah februari baru nak cerita.. hihi.
umi saja nak buat makan2. sempena? xperlu ada sebab, saja2 pun bule jadi mak pak aku ni. tau2 kol bgtau esok nak buat makan2. gitewww.. kadang2 aku pun xsempat join sebab ada hal lain. yelah, un-plan kan? kenduri kali ni saja umi buat sebab besday adik aku yg last skali, afiqah. berturut2 plak dgn besday laki aku and besday afizah, adik aku yg no 4. then kena pulak dgn cuti maulidur rasul. so, kita sekali harung jelah. kenduri on friday sbb kedah kan. so, aku ambik cuti. mmg asal pun plan nak cuti, nak kemas umah. tapi berkampung kat umah mak aku pulak..


sebelum mkn2, kita buat baca yassin dlu. syok sebab kat kg mak aku ni ada group dah. sapa2 panggil, diorg pegi. ramai, dlm 50 org klau dihimpunkan. masa akikah amni dlu, kami panggil jugak and hampir smua datang. kali ni ada dlm 30 org camtu. ada kenduri kat kg sebelah, so xramai yg boleh hadir. tapi penuh rumah jugak la..

sronok sebab diorg baca surah yassin, then ada selawat, ada tahlil and doa sekali. kira lengkap. rasanya bnyk kg2 yg buat mcm ni. alhamdulillah.. sronok kan? tu kat tgh, pakat himpun botol air, buat air yassin. ada yg xberapa nak percaya kepada amalan2 smua ni. asalkan ianya tidak syirik dan menyalahi syariat Islam, why not kan? kita usaha, lainnya serah padaNya.

dah setel, makan time .. sronok bila ramai org datang umah mcm ni.. tetamu kita kena muliakan. kenduri ni selain dr dpt mengeratkan silaturahim, dapat jugak kita berkongsi rezeki dgn org lain. moga2 Allah teruskan murahkan rezki kami sekeluarga..

menu hari tu, nasi kuning, ayam masak merah, ikan goreng, sambal bilis, laksa, kuih-muih, bubur kacang hijau, ais kacang, air oren.
nasi and lauk, umi masak. nasi 10kg + ayam 10 ekor, habis licin. lepas asar umi tanak lagi sket, risau kut ada sedara yg dtg mlm kang xdpt mkn. laksa aku beli kuah siap kat kedai kat kuala perlis 2 tong pun habis licin. 15 bungkus laksa smua. afizah beli kuih pau dgn apom pun habis. umi buat agar2 merah sket sbg tambahan. abah order ais kacang 250 mangkuk. then aku buat kek coklat utk adik. nak beli tambah, tapi lupa.. smua habis! alhamdulillah...
tghr, geng baca yassin umi, pas jumaat abah panggil org masjid sket. ptg, kawan2 adik2 aku pulak. meriah la. skali dgn geng kompang kg tu pun dtg. siap berarak sambil main kompang. dah mcm kenduri kawen. diorg ptg2 duk training, abah panggil je join skali.

budak2 kg aku smua ni. smua bwh 12 tahun. cikgu kompang import dr kangar nun. bagus jugak la kan? at least ada gak aktiviti utk budak2 ni. pasni nak minta sponsor baju plak. bleh main utk kenduri kawen..


mama and amni berdondon sama.. pakai baju raya yg amni xsempat pakai.. eheh... abah@tokwan  snap ni. asyik ambik gambar, tapi xdak yg cun pun.. muahahah


anak dara nan seorang. pakai baju kurung dah cun dah, tapi mengangkang jek. rimas barangkali. aku jarang sgt pakaikan dia gaun. berjln pun xterrer sungguh, kang tergolek plak. tgg besar sket lah..


tapi hari tu pakaikan baju kembang jugak. sebab kenduri kan? bg sopan sket.. tapi xdak maknanya budak ni nak duk diam.. baju ni beli lama dah. dah lama xpakai, now dah singkat. kena pakai ngan sluar la pasni. dah atas lutut dah... xmo sekpsi2...



alhamdulillah, kenduri hari tu berjalan lancar. lauk smua habis, tetamu pun ramai. sedara mara ada gak yg datang. amni sronok la bergedik. ada org melayan.. eheh.. pasni, insyallah, ada rezki kita buat kenduri lagi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...