Friday, February 01, 2013

Pak Nil now Datuk Aznil

Aznil Nawawi Dianugerahkan Gelaran ‘Datuk’


Screen-Shot-2012-08-03-at-1.07.37-PM
Tahniah diucapkan pada selebriti popular tempatan, Aznil Nawawi, 50, atau lebih mesra dipanggil Pak Nil. Menerusi laporan dari Bernama, Aznil Nawawi bakal dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) sempena Hari Wilayah Persekutuan bersama 40 orang lagi penerima anugerah yang sama pada hari ini (Jumaat). Penganugerahan ini secara rasminya akan memberikan gelaran ‘Datuk’ kepada Aznil Nawawi.
Istiadat penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat akan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta dan akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Aznil Nawawi merupakan ‘Duta Sihat 1Malaysia’ dan sudah menceburi industri hiburan lebih dari 20 tahun.
Jadi selepas ini, tiadalah lagi panggilan Pak Nil, bertukar jadi Tok Nil lah pula, kan? Oops, gurau.

sumber : http://www.ohbulan.com/

** pada aku, patutnya dah lama dia dapat gelaran datuk ni. drpd artis2 lain yg xda apa2, tiba2 eh dapat datuk. cemana leh dapat xtau la.. pak nil ni banyak gak sumbangan dia, and award pun bnyk menang. peminat toksah cakap la. budak2 suka, org dewasa pun suka. aku tomtombak tu pun aku layan. eh, abah aku pun suka ok. stail dia tu yg buat smua org suka kan? dia ada personaliti tersendiri. 
dlu masa blajar, aku cakap pak nil ni abang aku, kawan2 aku smua percaya. mmg xbley blah. dah nama bapak sama, percaya la diorg kan? maybe sebab aku pun jenis yg suka gelak2, buat lawak bodo, so org percaya la. dah mmg aku minat dia, so aku tau la serba sket pasai pak nil. lama jugak la kawan2 aku duk percaya. last, xsanggup nak bohong, aku bgtau hakikat. punnnn diorg xpercaya. still duk ingat pak nil tu abang aku.. kekekekekek.. klau btoi, haishhhh.. iolls pun glemer uolls..
to abang nil, eh datuk nil, tahniah! u deserve it...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...