Monday, February 18, 2013

Perancangan keluarga

baru2 ni suami tercinta berkata sesuatu yg membuatkan aku GULP!!! seketika..
hadoi laaaa..


incik suami mau anak lagi!! dangggggggggggggggggggg


ohoi sedarkah kamu yg anak dara nan seorang pun xsempat nak kejar, ada hati nak tambah lagi? ok, proposal ditolak. boleh? mihmihmih..

ni smua poyooo sebab tgk kwn2 dia yg bakal menambah ahli keluarga, so dia pun menggedik sama.
papa, sila ada pendirian hidup. jgn asyik nak ikut orang je. tgk kepada kemampuan diri yee.. jaga amni waktu mama nak sembahyang pun dah kelam kabut. bagi amni makan sampai sejam pun dah bising sebab xlarat nak kejar, mandikan amni pun now baru berani, awak pegang amni pun umo dia dah 4,5 bulan. masa baru beranak langsung xberani. nak tambah sekarang kee?




**picts from google

sronok kan tgk anak ramai gitu? bule bayang dak cemana keriuhannya? pheww..

bukan aku xnak. sapa xnak anak ramai kan? aku sendri dah 6 beradik. laki aku je 2. sket nau.. eheh.. ramai2 ni syok. baru meriah rumah kan? tapi bukan utk masa sekarang. Amni baru setahun 5 bulan. tunggu lah dia besar sket. bagi dia pandai sket. skang ni pun baru bule berjalan. tu pun belum cekap. kang dah dapat adik. xcukup kasih sayang pulak dia nnt. bagi kami ruang dlu. mmg sronok punya anak kecik. gomol2, bau masyam baby, terapi tuuu...

mmg ada yg dok provok aku suh bg amni adik. ahah.. cakap senang lah ye. nak2 pulak period aku ni mcm bengong sket. tiap2 bulan lambat. bln ni seminggu lambat. aku dah cuak habis dah. rasa mcm xbuat apa2 masa waktu subur.. hahahaha.. bl bgtau laki, ayat dia gitu jelah tiap2 bulan " bagus la, rezki Allah nak bg tuuu".. mmg la rezki bang oiii.. sapa xnak. tapi sabar dlu bleh tak?

aku target 4 anak. umo aku skang 31 thn. now anak dah 2. yg sulung dah kembali kepada NYA. dipinjamkan cuma 2 hari. now, ada Amni sorang. tinggal lagi 2 kosong. nak lagi 3 pun boleh, tapi sempatkah?? nak beranak selang setahun? umo 40 nak beranak lagi? banyak aspek perlu dilihat dan dikaji semula tu.. antaranya kewangan.. yeszaa.. mmg org kata anak tu rezki, insyallah, bila dia kluar adalah rezki utk dia. ya, aku akui tu betul. tapi kita pun nak bg yg terbaik utk anak kan? nak bg dia senang kan?

bukan aku xnak anak dlm masa terdekat ni. memandangkan dah 2 kali mengandung, alahan yg aku alami ni bule tahan haibatnya, maka kita tangguhkan dlu impian tu. kau ada muntah sampai terkencing2?  tu antara main factor. dua kali peknen sama ja alahan aku. mujurlah time beranak tu dipermudahkan. mudah sampai xsempat2. siap kluar awal. doc cakap, klau dah yg 1st xcukup bulan, yg seterusnya gitu jugak. ya, amni pun xcukup bulan. aku pulak jenis mudah beranak, so kita jarakkan sket bg peranakkan tu kuat sket ye.
dlu xpalah, xda anak lagi. mabuk2, muntah2, pening2, xdak hal sgt. laki pun layan jelah walaupun dlm hati meluat kan? but now, klau alahannya sama, camno? anak kecik lagi. rumah nak kena tgk, keja nak kena pegi, masak kena jugak, incik suami lagi? bule ke? thats y aku slalu cakap tgg amni besar sket. sekurang2nya dia dah paham yg dia bakal ada adik. maybe dah bule bantu mama ni ha.. skang ni pun asyik duk cepuk anak org je. risau aku kang dicepuknya adik dia pulak. ikutkan mmg dah rugi masa. rugi jugak kawin lambat kan? tapi Tuhan lebih tau apa yg terbaik utk kita. dah 2 kali beranak, cuti bersalin pun tinggal xbnyk. kena pandai edjas ye.

pada aku biarlah kita tgk pada kualiti bukan kuantiti. klau anak ramai, tapi terbiar, xnak jugak kan? biar lah seorg dua, tapi bagus didikannyan. giteww. ada jugak yg aku tgk, anak berderet2, susun paku org tua kata, sampai xsempat nak bg perhatian. last, yg atas2 tu terbiar. yelah, asyik tumpu pada yg kecik je. xmolah gitu. kesian anak tu. dia pun perlukan kasih sayang dan perhatian makbapak dia jugak. mak bapak aku xberpendidikan tinggi, tapi mak aku pandai je edjas kami adik beradik. smua selang 4 tahun. kecuali yg last. terlebih sket, selang 5 tahun. tapi mak aku xkeja and kawen muda, ok la kan? klau aku nak selang 4 tahun, tua la nnt branak. xmo2.. xlarat teran..

best kan gini? rumah pun dah sama panjang dgn barisan anak. silap2 org ingat rumah sewa. anak ramai gini klau buat kenduri xpayah panggil org lain dah. makan hari 2pun dah mcm kenduri. kisah diorg ni blh search, tgk kehidupan diorg seharian. sgt meriah!
terpaling penting ialah ongkosnya!!

skali kluar gini, tdor berdiri kak yah! nak sgt anak ramai kan? eheh.. syiok kan bule anak kembar. tapi takat 2 cukup la. klau ramai gini.. ermphh.. kita bagi kat maktok sorang satu ehh?

tapi lain org lain caranya. ada yg xkisah, jarak anak dekat2. yg ok, xdak hal. senang peknen, senang branak, senang jaga. kewangan pun xdak hal, so go on. faktor utama aku bukan kewangan, duit boleh cari. cuma badan aku ni yg cap ayam sket. so, kita sabar dulu lah ye papa. setahun 2 lagi barangkali.

but, kita hanya merancang. tuhan yg menetukan semuanya. kak yag pungpangpungpang kat sini, alih2 bulan depan dah period xdatang. acanehh? walau dah pakai langkah pencegahan yg terhebat pun, tu smua kuasa Dia. nak pulak, ni jenis bangsa subur. bak kata kawan aku, pantang sentuh jek jadik. tapi aku betulkan ayat dia. ni bangsa tembak je kena.. gitewwww.. klau bulan depan period xdatang, kita redho sajalahhhhh...
T_________+

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...