Search This Blog

Loading...

Monday, February 18, 2013

PJJ : pengajian jarak jauh or pengajian jarang jengok

pengajian jarak jauh or pengajian jarang jengok

eh? boleh gitew? hantam sajalah kak yah.. dah bekerja, dah kawen, dah ada anak, nak sambung belajar bukan 1 perkara yg mudah yek. aku tabik spring abis kat mana2 individu yg ada anak 3,4 org, keja, and sambung buat PHD. PHD yek, bukan diploma of ijazah. eh, klau buat PHD mana da part time, full time lah ye. ngeng.. buat master la. keja and part time buat master. kawan2 aku pun ada.

mana nak urus rumahtangga, anak, suami, masak, then keja, pastu nak buat tesis bagai. oh mannn.. bule tdor berdiri kut.
tu cakap org yg xdak kehendak utk berjaya. klau yg ingin berjaya, nak capai cita2, what ever pun bule lalui. kak yah je maleh sket.. baru buat part time ijazah, keja pun takat staf pelaksa je pung, dah keluh kesah. apadaaa.. anak baru sorang, laki pun sorang, dah kalut.. haiyooh

aku extend dekat 2 tahun ok. aku extend masa pregnantkan amni dlm 3 bln camtu. alah teruk jugak, kemalasan melanda dan badan pun xsihat sgt. pak mentua aku xkasik dah aku drive g kelas sbb jauh dgn keadaan aku yg asyik muntah and pening. gagahkan diri ambik final exam dan hasilnya failed 1 paper sebab xhantar assigment. phewww.. lagi 2 paper pun laki aku tlg buatkan assigment. rasa mcm pasni kena ulang balik paper tu. sem tu smua paper yg aku ambik adalah susah!!
now amni dah setahun 5 bulan. baru aku apply balik utk sambung. seb baik permohonan utk sambung balik masih diterima. klau tak, lebur duit aku bayar yuran dah dekat 2 tahun. klau ikutkan thn ni dah boleh habis. kalau ikut flow yg diberi la. tapi nampak gaya mcm lambat lagi nak habis. sem ni pun aku ambik 2 paper saja walhal yg dioffer adalah 3. xsanggup kak yah. takut xterbawa. daripada gagal baeklah kita xpayah ambik. 2 pun sudah cukup. itupun terhegeh2.. umur mkn lama makin naik, xtaulah cemana pasni nak menghapal utk exam. pasrah sajalahhh..

assigment xsiap lagi ni. baru 1 yg dah start buat, tu pun hanya draf. kelas baru ni dah bawak tunjuk kat lecturer, masih ada yg perlu dibaiki. yg lagi 1, blum mula apa2. bajet mcm senang, so last2 minit nnt nak pulun. boleh gitu? aku mmg gitu dah, last 2 minit baru nak buat. pastu bl dah hantar menyesal sebab rasa mcm ada part yg kena edit. awal2 xmo buat, dah hujung2, bila buat pun main hentam ja. so, padan muka sendri..
masa blajar dlu, xmcm ni pun. blh je buat elok2. dapat tugasan, trus start buat research. hantar assigment pun dgn hati yg senang. maybe sebab dlu full time student, xbnyk nak kena pikir kan? part time student ni, kena bertabah sket. sebab tu tajuk pjj aku jadi gitu - pengajian jarang jenguk.. ohoi kak yah..

mujur jugak la sambung dekat OUM ni mudah. smua hal adalah online. now hantar tugasan pun online. kelass kau. daftar kursus, drop kursus, permohonan itu ini, smua online. lambat kalu, denda. mula2 mcm xpuas hati, tapi bila pikir balik, ada bagusnya. student diorg paling ramai dlm malaysia. pastu smua student adalah part time means student tersebut ialah org yg bekerja dan sambung belajar dihujung minggu. jenuh la diorg klau nak handle sorang2. makanya smua adalah online dan duit! eheh.. lambat denda. senang keja.

ok, sekarang mari berdoa semoga kak yah terus diberi kekuatan. assigment kena submit sebelum 10 mac. jadual final pun dah keluar. matik la... exam bulan 4. nak pegi jln bulan 3, sempat lagi balik tu baru study..bhahahahah...


ah.. yesss!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...