Search This Blog

Friday, February 01, 2013

Resipi : Nasi goreng Amni

lama dah kan xhupdate resipi Amni.. mak is malasssss..
ni ada yg baru, moh le kita share. cam biasa, cepat, mudah, dan sedapppp.. tekak amni la kan?

budak tu skang ni suka sgt nasi goreng. sama mcm maknya, suka nasi goreng. tapi yg buat sendri, bukan mkn kat kedai.. aku klau mkn luar, jarang kut order nasi goreng. ngeri kut tgk tukang masak taruk ajinohmoto sampai 1 sudu besar. botak pala kak yah!


letak dlm mangkuk besar, sebab budak tu skang ni, apa org mkn, dia pun nak makan. heppp, xboley.awak kecik lagi. so, aku saiko dia sket. letak makanan dia dlm pinggan yg kami slalu guna. then dia ingat, makanan mak pak dia. so, nganga mulut cepat2 jek.. eheh. sian awak kena tipu..

mudah je nak buat. aku skang ni blend siap2 bawang putih and bawang merah,, buat stok simpan dlm peti ais. senang nak buat lauk amni. nak potong hari2, leceh. lagipun sket je yg nak guna kan? nak mudah, buat gitu jelah.

- panaskan butter - unsalted butter
- tumiskan bawang merah+putih yg diblend
- masukkan sayur - tepulang nak sayur apa. potong kecik2 ye. kang tercekik plak. yg ni aku masukkan carrot and lobak. potong kecik2 besar taik idung jek. klau besar, amni luah balik :(
- klau nak masukkan isi ayam pun boleh..
- masukkan nasi
- optional - masuk kunyit sket. utk amni, now aku masukkan kan secubit garam. dimulut aku, xterasa pun.. masih lagi tawar
- last, masuk telur.
- godek2, siap..

tu ada nampak sosej sket. saja aku taruk, tapi bukan utk amni. utk maknya. maknya pun mkn nasi tu jugak. taruk kicap sket, sambal belacan sket, okes je.. jimat masa dan tenaga :) .. kehkehkeh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...