Monday, February 25, 2013

Solok cabai @ cabai sumbat

pagi2 isnin ni kita mulakan dgn gambar makanan yeh... tau apakah ini? rasanya xramai yg tau.. sebab bukan makanan kita pun..

ni nama asalnya solok cabai. juga boleh panggil cabai sumbat. kenapa namanya begitu, jgn ditanya aku, tanya org yg menciptanya. siapa? entah.. dah pupus barangkali.. makanan ni yg aku tau glamer kat thailand and kat kelantan. yg duduk hujung2 malaysia, sempadan thailand, so taulah akan kewujudannya. lagipun, mak aku tau buat jugak menda alah ni. incik suami sudah jatuh cinta dgn solok cabai ni. bulan puasa lepas, hari2 beli sampai aku naik menyampah. now, dia request suh aku buat pulak.. hoih... susah tau dak? ai is malas. nak mkn, jom kita balik umah abah. suh  umi buat... muehehehe

dah lama xmkn. baru2 ni umi buat banyak. sebab nak bg menantu jantannya dia mkn. menantu yg tu, apa yg xmakan, smua telan. tolak penyendal pintu jek bak kata kawan aku.

nak buat cemana? ohoiiiii...

bahan2 : ** ni klau xsalah ye. klau salah, xjadi ke apa, ampunnnn..

cili hijau yg besar2 punya. bukan cili benggala ye. belah 2, buang biji
ikan kembong. ikan lain xsure pulak
lada hitam
bawang merah
garam/gula
santan
kelapa muda parut

cara2nya :
rebus isi ikan. then, ambik isi ikan sahaja. tulang2 xmo. pastu tumbuk isi ikan tersebut bersama dgn bawang merah dan lada. pastu masukkan kelapa muda parut skali and tumbuk bersama2. tumbuk dlm lesung batu ye, jgn diblend. xbest. tumbuk tu pun manja2 jek, bukan tumbuk sampai hancur lebur. kira nak bg bersatu padu smua isi tu. klau gaul je pun xjadi, kena tumbuk jugak. kuantiti? agak2 lah brapa bnyk yg nak. then masuk garam gula sket. pastu kepal2 isi tu sumbat masuk dlm cili yg dibelah dan dibuang biji. dah habis cili, kepal2 isi saja pun sokay.
last, susun2 dlm periuk, masukkan santan. pastu rebus.. kering santan, tutup api. baunya, huiiii, harum semerbak.

umi buat banyak. pastu siap bekal bwk balik. incik suami syiokkkk tgk bekas turpawe berisi solok cabai pujaan. teruih request tanak nasik banyak sket. overrrr..

dikawenkan solok cabai dgn sup sayur campur and ayam goreng rempah kegemaran suami utk menu dinner kami mlm itu. eh, semua kegemaran suami, kegemaran isteri bagaimanakah??

isteri ikut jek apa laki makan.. kdg2 suami pulak ikut tekak isteri.. baru sehati sejiwa ye dok? ptuiiii

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...