Friday, March 08, 2013

Fenomena Ustaz pulak.

now dah jadi mcm satu fenomena. fenomena ustaz.. eheh..

tapi bagus la kan? fenomena yg bagus. tidak la hanya ada fenomena akedemi fantasia, raja lawak, mentor sesaje. smua tu hiburan yg melalaikan.. eceh. padahal kak yah pun layan jugak. yep, tapi berpada2. klau tgk skang ni, rancangan yg melalaikan sangat bnyk kat tv. dah nama pun tv kan? rancangan nyanyi sesaja. pastu rancangan lawak. gelak memanjang. dulu aku mmg suka la. tapi bila pikir2 balik, banyak  ketawa tu xbagus utk hati dan otak kita. asyik gelak je, lama2 gelap hati. xsama dgn senyum ye.. tu sedekah dan awet muda.. ketawa tu boleh, senaman jugak, tapi berpada2. ini, asyik la berdekah2, apa pun xbolehhh..

dulu, tahun 2010, fenomena ustaz don. mana2 org asyik bercakap pasal ustaz don. naik rating tv al-hijrah. bagus kan utk stesen baru mcm diorg. mmg dia lain dr yg lain. bg ceramah sgt best. bg penerangan pasal sesuatu pun sgt jelas. mcm mana nak ambik air sembahyang, nak tayamum, even nak mandi wajib pun dia terangkan dgn detail. siap ada demo tu yg xtahan.


 
ensem oh!! aku dah la suka lelaki kurus, jari2 runcing mcm ni.. hehhe.. cara penyampaian dia yg bersahaja tu mmg memikat hati penonton utk terus tgk siaran dia. dlu aku duk hadap dia la mlm2. masa tu duk pantang amni. mlm2 layan ustaz don sambil bertungku.. kelasssss kauuuu

sekarang pun masih ada lagi slot dia kat tv al-hijrah. pkul 9.30 mlm, setiap hari isnin-kamis klau xsilap. klau silap, sory. almaklumlah, mlm2 dah jarang tgk tv..



lepas ustaz don, fenomena UAI pulak...

dia pun best. bagi ceramah lawak nak mamps. tapiii... ko kena dengar btul2. kang org gelak, ko xgelak pun. sebab xpaham apa dia cakap. lorat ganu dia dlm sangat. tgk kat tv, you tube, klau da slot ceramah dia masjid2, mmg penuh la. org muda pun suka. sebab ceramah dia xboring. tajuk pun xberat. sesetengah ceramah agama yg aku tgk, penceramah best, tapi tajuk ceramah berat sgt. org tua pun xpaham, apatah  lagi org  muda  mcm aku nih. eceh... bagi tajuk yg ringan2 sket, yg org mudah paham, org dengar pun xstress. ni, dengar  tajuk je dah xpaham..

buat ceramah kat kampung2, tajuk kemain ' peranan belia dalam membentuk ekonomi negara dari segi islam blablabla.. audiens ko tu smua org kg, hari2 bgn g noreh getah, tebang kelapa sawit je. buat ceramah pasal amalan seharian cukup la. pasal fardu ain, fardu kifayah pun dah cukup bagus. diorg bukan tau pun ekonomi negara..

lagi satu UAI ni klau bagi ceramah, dia jenis sinis. dia punya isi tu klau ko dengar, mmg mkn dalam. tapi bila dia bg ceramah dlm keadaan santai, lawak2, gelak2, so org xterasa sgt. klau terasa pun masih boleh gelak. dari dgr ceramah yg berapi2, pastu kaw2 punya hentam org, xguna.. last2, smua org xnak dgr. tu dah bukan ceramah dah, tu lebih kurang kata kat org. gitewww..

pastu dia ni pandai. guna laman sosial. pesbuk la, twitter la.. peminat pun pandai, siap capture apa dia kata, then send. so, xbnyk sket, kita akan terikut. paling xbleh blah ayat yg ni ..

" apa hukum merenjis pengantin ?"
jawab UAI...
" harusssssssssssssssssssss.... klau pengantinnya ayam!"

memang mintak penampar la kan??? hahahhahaahhahahahhahhah

"apa hukum pakai tudung?"
jawab UAI...
" tak wajib, tapi wajib tutup aurat "......

-- hantuk kepala kat dinding... dushdushdush...


now.. ada fenomena baru...

UKE pulak..

 

best gak dia ni. dia dah lama bg ceramah. cuma now baru masuk tv. dlu slalu dgr kat radio2. mak aku suka sgt dia ni.. rilex and santai.. lawak2 sket, siap nyanyi lagi. over tau.. but sokay, tu salah satu cara dia utk tarik org dengar ceramah dia kan? selain dari lorat perak dia yg boleh tahan pekat tu.. hehe

now, hari2 duk ulang slot dia kat Astro Oasis. ulang2 pun aku tgk jugak. dlu masa UAI pun sama. kena pulak tajuknya kalau dah jodoh. laki aku kadang2 mkn dalam la dengar ceramah UKE ni.. siap suh tukar chanel... hahahhaha... terasa ke bangggggggggggggggg?

baru2 ni dia dtg perlis. beriya mak bapak aku pegi dgr ceramah dia. tajuk anak bertuah. aku pun nak g jugak, tapi pikir nak bawak amni kat tempat org ramai mcm tu..hmmmm.. pikir bnyk kali. bkn apa, kang duk kejar dia je, celah mana aku nak tumpu perhatian nak dengar ceramah? xlama pastu ceramah tu dah ulang kat radio perlis. aku dah dengar dah. mmg lawok habis and makan dalam dia punya isi. ada 1 part tu dia kata, mak bapak klau sembahyang, jgn tutup pintu and smayang sorang2 dlm bilik. anak kat luar xtau mak bapak dia buat apa. walau anak kecik, biar dia tgk kita solat. yesss. aku mmg praktikkan la yg tu. yelah, sapa nak jaga amni kan time aku smayang klau waktu papa dia keja. biar anak tgk mak bapak solat. then, bertabahlah bila ko solat, anak dtg duduk atas riba masa duduk antara dua sujud. xpun anak masuk dlm telekung, main babacak dgn mak time mak sembahyang. anak ko ade???

sesekali kita kena jugak dengar ceramah2 agama ni. islam ni luas. klau kita kata kita dah tau, banyak lagi yg kita xtau. dengar ceramah ni secara xlangsung kita belajar. aku pun mcm2 yg aku belajar, yg dlu xtau, bila dgr, ohh gini.. ini xleh buat, ini kena buat. nak baca buku agama, malas kan? so kita dengar ceramah. majlis ilmu ni para malaikat hadir, dan para syaiton pun hadir. utk menyesatkan kita. so, bila dlm  majlis ilmu, kena tetapkan hati kuatkan iman yee.. nak pegi majlis ilmu xdapek, so kita tgk kat tv. pun dapat pahala and also dapat ilmu.. usia dah makin naik ni kita ubah sket la kan? xkan la asyik  nak tgk wayang je ye? 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...