Monday, March 04, 2013

Pray for Lahad Datu

 

rasanya semua rakyat Malaysia kini berdepan kebimbangan mengenai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah. walau bukan disemenanjung, tapi as long as Malaysia, semua akan terkena tempiasnya.

aku sendri xpaham sangat konflik awal Sultan Sulu (Filipina) and Lahad Datu ni. diorg nak claim sabah hak diorg eh?  hadoihh la.. xpayah la nak jadi mcm Israel sana, bincang elok2 xblh ke? kenapa mesti nak perang, tembak2, musnahkan harta benda, korbankan nyawa... sebelum ni hubungan kan mmg dah elok. bkn org lain, jiran je pun.

korang blh google. aku pun tanya pakcik google je, mcm2 korang jumpa. tapi, hati2 utk percaya. maybe banyak yg xbetul dari yg benar kan?
yg paling sedih bila dikaitkn dengan politik malaysia. nak percaya atau tak pun jadi was2. berkaitan dengan nyawa, xkan sandiwara pulak kan? ingat ni drama Bukit Kepong ke? tu tembak  mati betul tu. bukan pastu hidup balik, kena tembak peluru kapur. ish...
baca yg ni... http://beritasemasa.com/krisis-lahad-datu-sabah-2013
baca sekali, pikir logik, mcm nak pecaya. baca 2 kali, ish xboleh jadi ni... jgn buat spekulasi ganas. ini melibatkan nyawa manusia dan negara kita, Malaysia...

News hari ni, askar di semenanjung dah dikerah ke Sabah. kematian anggota keselamatan kita makin bertambah. Allah hu Akbar. mati syahid lah mereka! harapan semua, perkara ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa ada sebarang pertumpahan darah. kesian sahabat2 kita di sabah. kita bukan negara yg berperang, kita negara yg aman. peperangan bakal mengundang pelbagai bencana. Nauzubillah.. moga2 tidak berlaku..

harapan aku dan mungkin harapan semua rakyat Malaysia, Sabah and Lahad Datu dapat diselamatkan dengan cara yg baik dan aman. usahlah kita kira parti politik atau fahaman agama. ini tanah air kita, rakyat kita, rumah kita, sama2 kita selamatkan. Moga Allah melindungi pejuang2 kita yg berjuang membela keamanan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...