Tuesday, March 26, 2013

Vietnam : Day 1

okes, selepas seminggu. mari kita mulakan entry vietnam.. yeeehaaaaaaaaaaaaaaa...
mood sudah diseru sedikit. bertabahlah utk buat entry sampai hari ke 4. bila nak habis, entah lahhhh..

aku ikut akak ipar aku a.k.a kak ieja ke vietnam on 13 march to 16 march. company trip dia actually. tapi join 2 company. KLMP and syarikat perkapalan kat seremban lagi 1. company adik beradik kut klau xsilap. tapi dari KLMP dia sorang je. from another company, ada 10 org. so, kak ieja kata dia xdak geng. abang aku lak xnak ikut. susah nak cuti katanya. lagipun, lelaki kennnnn. mana mau sangat jln2 nih katanya. so, dia ajak aku. ermmm, timbang2 xikut lah sebab mek xberapa nak ada sen dah. dah bayar yuran OUM pun dah 1k. pastu dia sms kata kena  ikut jugak. hmmmmmmmmmmm... how? payment? tettttttttttttttttttttt.. mihmihmih.. ailebiu la my sista in law!
so, terbanglah kami ke sana..

aku ke KL 12hb mlm. naik bas pkul 11 mlm, tapi pkul 12 baru gerak. wat the heck sungguh! dah la mengantuk. bas plak lambat. sebelum tu hantar amni balik kg dlu. aku dah cebik2 sedih nak tinggal dia, dia langsung xhairan pun. siap babai aku lagi mcm xdak apa2. waaaaaaaaaaaaa... kejamnya amni..

on 13hb, pkul 10++ kami dah ada kat LCCT. flight pkul 12. abang aku hantarkan, then dia masuk keja. break1st, tukar duit, check in. tu pun terkejar2 jugak sebab ramai org. beg aku yg handcarry kena tahan. sebab ada botol air and gunting. gunting? cemana bule xperasan ada gunting dlm beg makeup.. xpe2, ambik lah...

naik flight duk jejauh. bertabahlah sementara nak sampai...


pkul 2++ dah landing. alhamdulillah, lancar je..
smua entry vietnam, gambar cenggini jelah. kita groupkan sekali. klau tak, mau muntah darah nak tgk gambar. banyak nau. kamera aku + kamera canggih diorg2 lagi. aku curi dr FB diorg. dengan izin yee..
2 gambar atas, masa nak cop pasport kat aiport vietnam. cepat sebab kaunter banyak. masa kat msia, buka 2 je :( .
gambar bawah, suasana kat luar aiport. sesak jugak la. manusia meramai oih..


inilah bas yg kami naik sepanjang 4 hari kat sana. guna tour agent. yg baju brown tu lah tour agent kami. Tina namanya. bagus dia ni. tapi ko kena dengar btul2 apa dia cakap. biasalah, english vietnam kan? salah dengar jadi lain maksudnya.. hehe..

destinasi pertama, adalah makan! yay!! masing2 dah kelaparan kut.

1st day, makan di sini. alhamdulillah, boleh diterima perut. sodap lah dah lapar kan? hahaha.. pakej trip ni dah masuk skali dgn makan and penginapan. so, xyah susah hati nak spare duit utk mkn. sampai jek restoran, makanan dah terhidang. pekerja2 kat sini pun ada yg boleh cakap melayu. sonanggg..

sebelum pegi, aku dah meng'google' dah pasal vietnam nih. so ada yg tau sket2 la. bl sampai restoran ni, pandai pulak pekerja dia offer kopi vietnam. ada jugak aku baca pasal kopi ni. so, mau cuba. and yessss.. sodappp. pekat, mavelesss. harga secawan 30k dong. ko aderrr? hahaha... lebih kurang rm4.50 camtu. tapi napa bila beli bawak balik msia, dah bancuh xsesedap minum di vietnam? mihmihmih..

kenyang perut, mari kita ke hotel... mau check in


inilah dia tempat tdor utk 3 malam kat sana. kat bandar saigon. strategik sgt dah. jln kaki dlm 200m, dah sampai pasar mlm yg best tu.. dgn saigon square pun xjauh klau nak jln kaki. depan sket ada baskin robbin, blakang sket ada tutti fruiti. restoran melayu pun xjauh mana dah.
aku share bilik dgn kak ieja and ida. ida dr opis johor. umo kami sebaya.. 1st day kenal, blm ramah tamah. ptg sket dah leh masuk geng. dgn yg lain pun sama. so far, smua kawan2 baru adalah ok. gelak2, merapu meraban sama2.

tina bagi 2 jam jek utk masuk bilik, rest, mandi and siap2. dlm pkul 5++ dah turun balik.. dia bawak kami tgk bandar saigon..

1st kami ke pos office. memula ingatkan bangunan apa ntah sebab rekaan dia nampak mcm muzium.. heheh.. ada yg kata stesen keratapi. apakahhh?
xdpt nak dipastikan pkul brapa pos office tu tutup sebab dah petang pun manusia masih ramai. siap ada kedai2 lagi dlm tu. besauuu..

kat depan post office ada church. ada la tina ceritakan sket pasal church tu. bl dibuat, binaan smua tu tapi kak yah sudah lupaa... hahahhahaha

pastu begambar beramai2 depan church. bertentang dgn church ada taman. nice jugak la. tapi manusia meramai, agak susah nak ambik gambar. dlm entry vietnam yg ini and yg akan datang, xsmua gambar dr kamera aku. ada dr kamera org lain jugak yeh..
tu gambar aku dgn signboard tu kat depan umah president kut klau xsilap. ni kes lupa jugak sebab dah lebih seminggu dah.. hihii.. tina kata, maksud papan tanda tu, tak dibenarkan parking disitu. begitulah kut bunyiknya..

masa ni time org balik keja gamaknya. ni aku snap sendri. xberapa cun sgt la eh.. sesak ya ampun pekan dia. motor mcm semut! kami pulak duk terjerit2 tgk motor bersimpan siur. diorg punya traffic, hancussss. klau kat msia, rasanya hari2 excident. tapi diorg rilex je. hon je manjang, nak mintak lalu. so, silalah lalu. xdak nak marah2. kereta, motor, bas sama jek. main redah je. atas kaki lima pun naik klau motor tu. according to Tina, klau xsalah la, penduduk vietnam ada dlm 11juta. motor ada dlm lebih kurang 6 juta! just imagine la cemana sesaknya kan? jln pulak kecik. rezab jln xbesar mcm kita. taraf hidup diorg xseperti malaysia, so, motor la yg banyak. pening kepala tgk. nak melintas jalan tu mmg kecut perut la. tapi, yg bagusnya diorg xmarah and bg kita laluan. Tina kata, just walk slowly. hah yelah.. kang mati katak aku tgh jalan tu.. hehehehe.. mengkagum la kami tgk diorg bawak kerata motor kat sana. klau kat msia, harus ada yg bertumbuk tgh jalan kan?


then dinner time. ke banana leaf restaurant pulak. ada chef dr malaysia kat situ. tebar roti canai.. org johor kut klau xsilap. nak order roti banjir, tapi xdak katanya.. heheheh
kat sini, diorg slalu hidangkan teh hijau. so, aku leh minum.. hehehe... teh lain kalu, mau kembong perut haku.. tu aku dgn kak mas. ketua rombongan. dia bwk husband, abg hery. ok, boleh masuk kepala jugak. merapu...

kata banana leaf, so pinggan ala2 daun. kita ikut jam eh. yg 1st ada roti, yg putih bulat2 tu mcm keropok, yg tepi tu mcm popiah. sedap gak. gambar sebelah, dlm pinggan putih tu korang tau apa? tanya staf diorg, katanya gg sotong!! ko penah makan gg sotong? dah la besar2. ingatkan kacang kuda masak pedas.. hahahha.diorg kata sedap. aku mkn seketoi je. cannot go lah.. pakat mkn dgn nasi. pastu baru tau mkn dgn roti. roti tu cicah dgn gg sotong tu.. hahahhaahha
bawah, ada ikan sweet sour, ada kerabu kubis, ada sup labu air. sedap jugak la. yg dlm mangkuk tu katanya sambal belacan. tapi xsedappppp. xrasa pedas pun. rasa belacan jek. sambal belacan vietnam la. sapa pun xmkn, cuit2 je nak rasa. overall, sedap jugak la. xlari sgt dgn makanan kita..

dah kenyang, tina kata aktiviti bebas. so, merayap la kita kat pasar mlm. rambang bijik mata wehhhhhhhhhhhhhhhhh.. ada duit smua murah. baju kurung dah siap jahit manik tu, murah gila kut. tudang halfmoon, chiffon 2,3 layer manik penuh, muurah oi. telekung cantik2. hadoihhhh..
tapi kami xbeli pun. jalan2 tgk dlu. ada lagi 2 mlm, nnt kita shopping. mlm tu jln2 dlu.


kami ber 4, ber 5 dgn husband kak mas, jln2 mlm tu sekitar pekan saigon. adalah dekat 2 jam kami jalan. pkul 11 mlm pun masih ramai org. tapi kedai dah bnyk tutup. mula2 nak cari kedai nak minum2 jek. tapi xjumpa yg best. mostly x open air. adalah, tapi xtau halal haram plak. so, berani. then, jalan jelah. tapi xkemana pun, pusing2 last2 jumpa pasar mlm balik. so, xjauh pun dgn hotel. tu starbuck konon2 nak lepak situ. tgk ke org, xjadik lah. so ambik gambar saja. buat muka kering je. klau kat kl  ada bran buat gini? hahahahhah.. esoknya bl siang lalu dpn starbuck tu, xleh nak imagine cemana kami jln sampai situ. sebab depan tu traffic light. klau siang mmg xla jawabnya. nak melintas jln dengan motor yg berduyun2? huiiii.. scaryyy..

pkul 12 camtu baru blk hotel. jln kemain jauh, tapi xletih sgt. sebab cuaca sana sejuk je, xpanas. dah usha2 spa, nnt nak try urut..

 next entry, kita sambung day 2 yehhh... stay tune eh?



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...