Search This Blog

Loading...

Friday, March 29, 2013

Vietnam Day 2 : Pusat Kraf


day 2 dimulakan dengan sarapan di restoran yang sama. ada nasi lemakkk... besh2.. sodap jugak la. ada telur rebus, kacang goreng, sambal bilis and kari ayam. sambal sedap jugak, tapi kurang pedas. bilis sket je.. huhu.. kari ayam tu best. lain la dr kari kat msia. kuning2 sket. kuah pun pekat. ramai yg suka.. tgk ar gambar duk tenung nasik tu. ni dari kamera Ida..
merepek meraban masing kat Fb tgk gambar ni. sebab aku dgn k.mas yg tudung pepel kat hujung tu pakai tudung baru. hihi.. rembatan di pasar mlm.. xtahan godaan, beli jugak. tudung tu jenis syria. 2 layer, ada manik. kain shiffon. best gak and yang paling penting, muuuuuuuuuuuuurah! aku beli 3.. mihmihmih

kenyang perut suka hati.. maka marilah kita menereuskan perjalanan...

1st kita ke pusat kraftangan. gitulah kut namanya. jauh jugak la. kluar dari pekan saigon. apa ke nama tempat, kak yah lupa sudahhhh..

 
pusat kraftangan ni under goverment vietnam, menurut incik yg bagi penerangan tu lah.  and mostly pekerja kat sini adalah mangsa perang dlu. and pekerjanya kebanyakkan adalah OKU. kesan daripada peperangan dlu. erm... can't imagine..
masa sampai tu xleh imagine lagi apa yg diorg buat and why bawak kami ke sini..
bila dah masuk dalam, haaaaa terkesima tgk diorg buat keja. serius! bukan takat aku, tapi smua pelancong. lepas kami sampai tu ada lagi 2,3 bijik bas yg datang and smuanya org luar. ada dr malaysia jugak, and ada mat saleh jugak.

kat sini diorg buat ukiran guna kulit telur. handmade okeh!! diorg tunjukkan proses dari mula sampai siap. mcm mana dari sekeping kayu, cuci, then proses kulit telur tu, buat ukiran, pastu cuci balik, kilatkan.. phewwww..mencabar kut. memang kena teliti habis. kulit telur tuuuuuuu... ada jugak yg diperbuat dari kulit siput and ada yg lukis biasa guna kaler air la kut. cantik giler!! kreatif and halus sungguh buatan tu.

 
pekerja rata2nya org kampung. oku dan jugak org normal. baguskan? cacat pun still bekerja cari duit. klau kat malaysia, xcacat pun malas kerja. kerjanya mengemis saja padahal sihat tubuh badan.. haishhh..
xterbayang mcm mana teliti and kreatifnya diorg nak siapkan satu2 frame tu. mcm2 jenis, mcm2 bentuk and mcm design. smuanya lawa sangat.

cantikkan? tu smua serpihan2 kulit telur. klau yg hitam or ada warna tu, means kulit telur tersebut perlu diwarnakan terlebih dulu. then baru buat proses utk ukiran. kulit telur tu dihancurkan sampai jadi serbuk. tapi xdak la halus sgt.

yg ni daripada kulit siput. yg putih2 tu la. papannya tu dah divarnis jadi kilat. tgk real sangat cantik. sebab kulit siput tu pun shining2 gitu. utk ukiran yg sebesar ni, pakcik tu kata, dia blh siapkan 3 keping dlm masa 4 bulan kut? klau xsilap aku la. mmg bertabah la nak ukir tu smua. salute habisss..

dah setel kat bahagian ni, kami masuk ke galeri. phewwwwwwwwwwwwwwwww.. mmg lawa sangat. mcm2 jenis ada. frame 4 segi, panjang pendek, pasu besar, pasu kecik, pinggan, talam, cawan, mangkuk, bekas aksesori, almari, mcm2 la. smuanya handmade! ukiran kulit telur, kulit siput and handpainting. mcm2 design. tapi yg banyaknya gambar perempuan vietnam, pastu pemandangan tepi sungai, laut, sawah, bukit, burung2, pokok2.. bunga2 ja kurang..
terpikir nak grab jugak buat kenangan. tapi xdak yg kena dengan jiwa pulak. ada gambar bunga, dah ada gambar binatang pulak. cantik tu mmg cantik sgt dah. tapi klau blh nak elak yg ada gambar binatang. nak letak dlm rumah kan?

harga? phewwww.. kelip2 mata jugak la.. klau mcm yg pakcik tu tgh buat, mmg 500 keatas utk sekeping. kalau kulit telur murah sket. tapi stil 100. saiz kecik murah la sket.. average klau frame, paling kecik pun dah cecah 50 hengget. dah banyak sangat, sampai xtau nak buat pilihan. aku klau bnyk sgt dah xtau nak beli. pastu frame yg berkenan di hati, saiz pulak jadi masalah. nak carik yg kaler terang sket sbb cat umah aku kaler kelabu kan? bnyknya kaler marron, hitam.. sudahnya 1 pun aku tak beli.. rugi2... sebab cantik sgt and murah klau nak dibandingkan dengan kat kedai. pastu ukiran2 dia mmg cantik. xpelah.. lain kali lah kut. kak ieja grab gak sepasang. yg ukiran kulit telur. lawa.....

pernah masuk Kosmo pasal tempat ni.. baca di sini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...