Monday, March 11, 2013

Wajib baca sebab lawak sangatttttttttt!! percayalah!!

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.
 
Buletin Utama – “Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari.”
 
Harian Metro – “Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan.”
 
Utusan Malaysia – “Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?”
 
Harakah – “Kami tiada beca.”
 
Malaysiakini – “Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah.”
 
Twitter @NajibRazak – “Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!”
 
Blog Melayu paranoid – “Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca.”
 
Ibrahim Ali – “Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!”
 
Pancaindera – “Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster.”
 
Mastika – “Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi.”
 
Samy Vellu – “Beca tak bayar tol dicari.! ”
 
Blog Pakatan Paranoid – “Seorang nenek mati dilanggar polis berhadapan kedai ubi beca”
 
Sultan Jamalul kiram – ‘kita akan bangkit dan lawan demi nenek keturunan sulu dan ubi sabah ini’ [ walang ko putui nie yala nag wangkas ni bah]
 
 xboleh blah punya lawak. mengekeh aku gelak sorang2. ntah idea sapa xtau la.. hadoihhh... habis smua terlibat. beca gangster pun boley.. hahahha si jamalul karam pun sebok nak jadi ubi. eh? hahahahahhahahahhaha
 
maaplah klau ada yg teraseee... malaysia kini katernyeeeeeeeeeeeee... kehkehkehkeh
 
Kredit : copy dari kak maya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...