Search This Blog

Friday, April 26, 2013

BB1M : Baucer Buku 1 Malaysia

alhamdulillah, student part time pun dapat baucar buku 1 malaysia. 250 hengget weh nilai dia.. sapa nak bagi buku pree kan?
ini pun aku ambik lambat. seb baik masih valid sampai hujung may, klau tidak rugi kan? masa exam hr tu baru ambik, sebelum ni asyik lupa nak tanya bl pegi class.


jadi marilah kita menggunakan baucar buku tersebut.. terima kasih malaysia!! :-)

peram pun agak lama. xtau nak beli apa. hihi.. hari tu, aku dr opis kangar nak ke ulu pauh. skali kreta kena blok. parking depan bank mmg menguji kesabaran. hon pun xguna. ntah kemana2 tuan kreta. so, sementara nak tunggu, masuk kedai buku kat sebelah bank. nampak banner " kami menerima baucar buku 1 Malaysia". yay!! maka, mari kita redeem baucar...

aku mmg suka beli buku. dan jugak mestilah suka baca buku kan? tapi now, hobi tu dah agak kelaut. xsempat dah nak belek buku lama2. magazine mingguan wanita pun mau seminggu baru habis baca. tu pun nasib baik habis baca, kadang2 sempat baca iklan ja, pastu lupa nak baca dah. bizis sangat katanya..

moh tengok apa yg aku grab hari tu.. selama setengah jam tunggu kreta yg memblok kreta aku tuh..






1st, utk anak dara nan seorang. dia dah start kenal benda, so, lets read together yahhh. kedai tu bnyk gak buku2 utk toodler mcm amni. geram pulak aku tgk. mcm nak beli smua.. hahahah.. memula nak beli flash card tu. tapi pikir2, nnt dpt kat amni harus cepat rosak. so beli buku nih. kulit tebal, dlm pun tebal2. insyallah bertahan lama. harap2 laaaaa..


ni utk adik2 aku. dua org nak ambik exam besar thn ni. azrie@abang nak ambik spm. adik@afiqah nak ambik upsr. dah mcm2 buku dah aku beli utk diorg, xpandai2 jugak xtau lah. adik dpt 4 buah buku latihan, abang dapat 6 buah buku latihan. bl balik bg kat diorg, bule pulak cakap nak buku latihan. haishhh.. xpelah, buatlah latihan ni dlu. nnt kakak beli lain buku latihan. aku dlu suka buat latihan banyak2, tu yg aku slalu beli buku latihan utk diorg. klau rajin buat soalan latihan banyak2, insyallah boleh jawab exam. sebab soalan tu pusing2, kesitu jugak peginya..


ini utk diri sendri... formula solat sempurna, 501 soal jawab tentang darah wanita and novel gurauan berkasih. takat hari nih novel tu dah habis baca. yg lain belum. hahahaha.. eh, novel tu pun bercinta nak habiskan tau. dekat sebulan jugak kut. tebal bule tahan. xdak la sronok sgt, tapi dah beli, mahal plak tu walaupun free, cubalah utk habiskan. awal2 tu syok, dah hujung2 membosan. jiwang pulak. skip2 je baca nak bg habis.
formula solat tu ada baca sket dah. ada yg dah tau, ada yg xtau. mana yg kurang kita perbaiki yeh.. kita pun xtau amalan kita sehari2 tu sempurna ke tak. so, marilah kita sama2 belajar tambah ilmu didada.
utk soal jawab darah wanita tu, baru baca tentang darah haid. bagus buku nih tu yg aku tertarik lalu membeli. nnt apa2 yg menarik, yg aku baca, aku share di sini. kadang2 kita ni ambil mudah sesetengah perkara. benda yg berkaitan dengan hukum, dengan agama, kena ambil berat. walau fardhu kifayah, tapi kena belajar juga yeh. fardhu kifayah bukan org lain belajar kita tak payah. zaman sekarang, klau boleh smua kena belajar..


ini jugak utk aku. eheh.. siap beli majalah masakan. tapi 1 pun belum sempat try. resipi banyak yg menarik. nnt kita selak2 balik pastu kita cuba.. bila tu, ermmmm.. biarlah masa menentukan.. hahahaha..

itu hasil tangkapan pertama. siap dpt diskaun lagi dr kedai tu. mekacih uncle. now baucar masih berbaki.
salah guna? kata baucar buku, so aku dah beli buku. ok la kan? ada yg lagi salah guna tau. siap ada kedai baju trima baucar buku. acaner tuhh? 

tengah pikir nak beli apa lagi.. nak beli buku utk study? ermmmmm.. aku keja kat library weh. leh pinjam jek dr sini.. hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...