Search This Blog

Loading...

Friday, April 19, 2013

Nasi lemak dan exam

phewww.. aku dah slamat habis exam. lega rasa!!
last week final exam. 7 dgn 10 april. 7hb tu hr ahad. hari tu opis aku buat trip g hatyai.. maka, xdapatlah ikut.. huhuh.. rugi2.. siap ada yg hasut lagi. ajak g hatyai. lagi syiokkk sebab g ramai2. penuh 1 bas. walau pegi balik hari, tapi pegi ramai2, dgn kawan2, mesti havoc kan? antara hasutan yg agak chill ialah " hang p exam tu blom tentu lulus. baik ikut kami p siam".. cissssssssssssssssssssss... nak marah pun xsampai hati..

7hb exam english. so, xstudy sgt. bajet soklan senang.. siap cakap kat mak aku, "alah, xpayah tunggu habis masa, setel jawab dah bleh kluar". ayat berlagak tak agak2 kan? skali, bila tiba hari kejadian, sampai habis masa aku bertapa! ketaq tangan duk menulis. dah cukup 2jam setengah, baru rasa lenguh tangan. soalan killer btoi. section A ok la, short question. masuk section B and C, haaaa.. karangan long longggggggggggggggggggg habaq hang! nak sampai 500 patah perkataan. tudiaaa.. dah la lama xmenulis kan? duk taip guna keyboard ja. tulisan dah mcm budak darjah 1 kut.. budak darjah 1 tgk tulisan aku pun bule menangis. jenuh la pemberi markah nak baca karangan aku. huahuahua.. idea tu 1 hal jugak. nak karang panjang2, nak carik idea lagi. kena lak aku ni jenis berangan dlu. memang tak cukup masa!! patutnya mau 4 jam baru karangan aku tip top.. kahkahkah..

10hb exam network. study jugak la. siap bgn pkoi 5 pagi. exam pkul 8.30 pagi. kena kuar awal. alor star nun. jauh gak, dlm 45mnt dr kangar. risau kut jam ke apa ke kan? mlm nak study? nan hadoo!! amni mendengki!! nak mama jugak2. sampai nangis2 xmau kat papa. padahal sblum ni asal malam jek, papa jek yg dia nak sebab leh bawak jln2 tgk lampu. tp 2 mlm tu aku nak nak study, tgk aku bukak buku, dia pun sebokkkk samalah! nak mama nak mama!! haishhh.. last2, mama pun xtahan godaan, g landing dgn anak. so, esok pagi2 buta br bgn study. aku ni bangsa study last minit. esok nak exam, mlm ni baru baca buku.. study awal2? i is malas!!

exam network? susah gak la. soalan ntah apa2.. lain yg aku baca, lain yg masuk. hampeh btoiii. sebenarnya xda susah sgt. antara kerja harian jugak, tapi dah xtau istilah. tu yg jadi susah. so, redho jelah. lulus tu ya, tapi cemerlang tu idok leeee.. markah assigment pun dah kluar. boleyyyy la jugak. dpt setengah dr markah penuh.. bl tgk komen, trus menyesal. napa la xbuat awal2.. bl pulun last minit, jadik gituk la kan?? hahahahhahha.. thats y org kata sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, hilang pendapatan.. muahaha.. okeh, sem depan buat assigment awal2!!!


study sambil makan nasik lemak. nasik lemak mkn dgn tomato. ko ader??? kikikiki

1st time sebenarnya buat nasik lemak.. hahha..malu kak yah!! sebelum ni, nak mkn mak buat. xpun beli je.. ni buat pun sebab amni suka. so, buatkan lah utk dia. dr break1st sampai ke dinner mkn nasi lemak. dia mkn banyak!! mama is happy!! masak utk anak, susah payah, then anak mkn habis, 1 kepuasan berganda utk mak yehhh..

1st time buat nasik lemak guna resipi ini sebenarnya.. aku google jek. selalu buat mcm lain. kali ni, lain sket.. camno? mehhh nak kongsi..

bahan2 :
beras. of coz la kan??
santan
air
garam
bawang merah
bawang putih
halia
kulit kayu manis

cara2 :
basuh beras. sukat air dgn santan. jgn bnyk sgt santan. cair2 cukup. santan bnyk sgt xsodap jugak. terlebih lemak kang.
blend bawang merah, bawang putih then masukkan skali dlm beras tu. potong halia and kulit kayu manis, masukkan skali dlm beras. masuk garam sket. then jerang.. tu sajaaa!!
err, bahan tu agak2 lah yek. aku main campak jek.

apa yg lain? tang bawang merah and bawang putih tu la. rasa mmg lain la. tak caya, cer try.. pastu buat sambal bilis and rebus telur utk amni. amni suka sgt. makan nasik lemak dgn putih telur. mkn banyakkkkk.. gud girl sgt!

ok, dah tu jek citer pasal exam. now stress nak tgg markah pulok!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...