Search This Blog

Tuesday, April 16, 2013

Semua dah kena ikat...

apa yg dah kena ikat?

haaaaaaaaaaaaaaaaa...

ni rumah punya hal.. dengan amni punya hal la... aku xtau la cemana korang2 kat luar sana, yg ada toodler like amni, then rumah penuh dengan perhiasan.. cemana korang handle?

susah oi.. seb baik la umah aku xbnyk sgt perhiasan. barang banyak jugak. tapi kena make sure well manage. klau tak, berperang la dgn amni. budak nak membesar tau jelah kan? smua nak explore. mana dia tau, boleh ke tak, bahaya ke, mahal ke, mama sayang ke apa ke.. yg aku tau, benda tu pay attention and nak tgk apakah dia... so, grab sajaaaaaaaaaaaaaaaaa..

menjerit2 aku kat umah klau duduk berdua dgn amni. budak tu sket lagi nak sama paras kelajuan cahaya dah. kejap jek, dah dicapainya.

kabinet tv ada 2 drawer. smua barang2 bapaknya dlm tuh. eh, barang aku pun ada kut. sudah ku bilang berkali2, please remove or do anything with your thing, tidak diendahkan. anak asyik la buka laci tu. tersepit tgn xtau berapa kali dah. larang pun, sebab dia tau dlm tu mcm2 adaaaaaaaaaaa.. yg aku risau, barang yg kecik2 tu la. kut masuk mulut la kan? amni apa tau? syok nak punggah je. ko duk masak kat dapur, dia senyap je kat depan. tau2, smua barang dah dikeluarkan. dah jadi 1 hal nak simpan balik. then, aku sumbat smua dlm plastik sampah, campak masuk bilik kerja apaknya. pandai2 lah kau nak carik segala spanar ko nanti. now, bila drawer tu dah kosong, xdak pulak si kenit tu nak g punggah. dia pun tau sebab dah kosong kosong kosongggggggggggggggggggg.. cerdik tak??



kat ruang tamu, kabinet tv jek yg ada. almari nih kat ruang mkn. sebelah meja mkn. dah diikat kemas. now dlm percubaan utk buka ikatan tu. never la darling!! kang habis la jahanam segala pinggan mangkuk mama. dah la tu pun org hadiahkan masa kawen dlu.. hahahah.. xterguna kut, so kita display jelah. yg ni pun antara yg menarik perhatian dia jugak. risau jugak aku sbb dia duk ketuk2 cermin tu. drawer tu dlu mcm2 ada. yg tu barang mama lak. mostly adalah kertas, buku2, file, dokumen2 and stationary. dah dia suka punggah, aku masukkan dlm beg2 and ikat. so, dia buka, xleh nak punggah keluar sebab besar2. slamattttttttttttt...
atas almari ada segala frame gambar. untill now dia belum mencapai ketinggian sebenar utk capai apa ada atas almari tu. so, masih selamat..

itu jelah kat depan. ruang tamu and ruang mkn. xdak perabot apa pun. meja mkn pun, now nak letak apa2, smua kena letak tengah. dia dah pandai capai. dah tinggi sket, smua barang kat tepi2 meja dah boleh capai. letak kejap, tau2 dah berderai kat bawah. nak marah anak pun, apa yg dia tau. so mak pak kena beware..

next, kita ke dapor...


ko ada peti ais gini? xdak kan? umah aku adaaaa...
beli lock cenggitu utk peti ais pulak. xkan peti ais pun nak ikat kan?? kang nak buka cemana?
yg ber'lock tu peti ais lama. senang buka. aku duk buat keja, pusing tgk, kepala dah dlm peti ais. siap cakap " jukkkk, jukkkk".. memang la sejuk nak oi. dah ko  masuk dlm peti ais tu. haishhhh.. so, kita lock kan.. skali ko lupa lock, siap laaaa.. peti ais sebelah, baru lagi, so agak ketat and dia susah nak buka. nampak jek mama or papa buka peti ais, lajuuu je dtg. sebok jek nak tgk apa ada dlm peti ais. tutup plak xrapat.. siap laaaaaaaaaaaaaaa..


kat dapor ada 1 kabinet. ni dr umah lama. plan xmo guna dah kabinet ni, tapi guna jugak. bnyk benda plak nak letak. kat kabinet bawah tu, aku letak segala bekas turpawe, bekas air, blender segala. syiok la dia punggah. pernah skali aku lupa ikat balik, then g sidai kain. masuk blk tgk almari tu dah kosong. smua benda kat luar.. menitik air mata nak masukkan balik smua. amni sengih je dr jauh.. +__+..
ada 1 drawer kat atas sket tu. pun dah sampai nak gapai.. so, bertabah lah nak simpan balik apa yg dia keluarkan..

now tgh runsing. kabinet dapur aku cenggini. saja buat pintu cenggini dengan harapan amni xleh buka sebab pemegang xdak. nak buka kena buka dr atas. amni xsampai and xleh buka. masa dia duk merangkak dlu, mmg la slamat. sekarang, tidak lagiiiiii..
dia dah pandai buka jugak!!! tau2 jek duk bersila dlm kabinet dapor tu ha. mangkuk aku dah pecah dah sebijik. sabar jelah... bukan sayang sgt ke mangkuk, takut dia kena kaca ke apa ke la kan??
tengah pikir2 nih, nak buat cemana dgn pintu2 kabinet ni..



ko ada pintu bilik air cenggini?? xde kan? umah aku adaaaaaaaaaaaaaaa.. bilik air mmg pantang sungguh. lupa lock, tgk2 dah duk sental lantai bilik air. suka sungguh dia masuk bilik air. aku seriau apa korang tau? jatuh tu 1 hal la klau lantai licin. mangkuk jamban tu yg aku takut sgt. terperosok masuk situ,... huiii. nauzubillah. ni pintu bilik air kat master bedroom. kat dapur ada 1 bilik air. pun dah jadi cenggini. pintu jenis slide ni xdak lock dr luar. susah jugak kan?
ada anak taraf2 engineer ni, mak pak kena bijak yeh.

tu tak tgk dlm bilik lagi. masuk bilik jek, habis segala almari nak buka. siap nak masuk dlm almari lagi. klau ko kluar bilik, make sure pintu tutup rapat. kang habis segala baju dlm lemari ditarik kluar. barang2 yg xguna, or jarang guna, smua aku masuk kotak. simpan elok2 and susah utk dia punggah. biarlah susah sket, ambik masa nak guna dr susah payah simpan tu klau amni punggah.. letih oiii.. paling penting, kena make sure smuanya kemas!! klau dah mmg xkemas, pastu anak punggah pulak, bertambah2 tak kemas. aku xboleh klau selerak2 ni.. rimassss.

tu belum terlepas masuk bilik keja apaknya. silap2, cari anak pun xjumpa. nak keluar, cari jln keluar pun bule sesat. segala mak nek barang ada. yg dah rosak, aku nak buang, dia jumpa, dia simpan balik. dengan jawapan, boleh repair, sayang klau buang. end up dah berbulan2, barang tu tersadai jugak kat bilik tu. xdirepairnya pun.. pastu semakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk bilik. tunggu la bila tahun aku rajin, aku kemas la bilik tu. malas aku nak  masuk, semak sgt. tahi cicak  je mau sekilo kut.





nilah dia engineer kecik mama!!! xpe lah nak.. mama tau, ini fasa awak mengenal apa yg ada disekeliling awak.. fasa awak belajar dengan cara melihat. mama sabar jelah layan awak. tapi klau melampau2, mama pun bule hilang sabar.. hehe..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...