Search This Blog

Loading...

Wednesday, April 17, 2013

Vietnam Day 4 : Balik laaaaa.. dan kisah tragis..

lupa lak dlm entry day 3, ptg lepas g hard rock cafe, singgah saigon square kejap. pastu br g dinner. saigon square tu shopping complex. ada bnyk shop lot. mcm2 ada. harga bule tahan mahal. bule tawar menawar, tapi dpt la kurang singgit dua. kerek sket kat sini. ko mintak kurang bnyk2, trus xlayan. sebab sini mcm branded sket kut. pastu yg shopping maybe org kaya2 vietnam.. haha. tapi still murah klau nak compare dgn kat malaysia. tapiiii.. tgk barang jugak lah...

aku beli baju utk amni 2 pasang. pastu tshirt selai utk diri sendri. then tshirt utk incik suami 2 helai. polo tau.. haha.. tu jelah kut..

okes, back to topic yakni day 4. last day, xdak apa2 aktiviti dah. tina bawak g break1st, then blk hotel. kemas2 utk check in. tapiiiiiiiiiii.. kami bertiga, aku, kak ieja, ngan kak mas tak ikut break1st.. kami nak g china town.. wahahahhaahhahah.. g sndri okeh!! punya la nak shopping kan... diorg berdua nak beli kain, nak balik jual. kak mas la yg lawak. frust sbb kami dapat harga lagi murah dr dia.. skill maaaaaaaaaaaaaa...


sebelum pegi, posing dlu.. aku pakai baju baru yg beli kat saigon square. kak mas ngan kak ieja pakai tudung baju. pakai trusssss.. hahaha
ni depan hotel. masa tgh pose ni, bule kak mas lambai teksi. penat aku gelak ke dia. husband dia tgh snap, kami elok duk posing, dia bule lambai teksi. kang lambat katanya. yang teksi tu plak, dah ada yg lambai2, dan2 tu brek. tgh2 jln plak tu.. haishhh. abg herry siap sempat snap gambar kami naik teksi. teksi avanza okeh.. yg ni abg herry tak ikut. dia lepas je bini dia dgn kami.. malas katanya.. yelah, ni keja org perempuan kannnnn..


camwhore dlm teksi jap.. mak2 budak belaka dah ni.. hehehe.. dr saigon ke china town, tambang teksi dlm rm15++. xingat brapa, lebih kurang tu la. diorg pakai meter, so xrisau.. jauh,ermmm dlm 15mnt kut..


teksi.. can pay by credit card aaaaa??? ko adaaa?


tgk ar makcik 2 org nih.. beriya pilih kain. mmg  rambang mata. cotton mmg murah. corak pun cun2. kain manik2, labuci, segala ada. manik penuh badan, dr kepala sampai kaki pun ada. hahahah.. kami g kedai yg sama hr tu. apek tu pun dah cam. dia pun pening kepala layan kami. bila mintak kurang, duk cakap i cry, i cry.. means, kurang bnyk, dia nangis.. lantak ko la apek...
aku rembat lagi selain kain utk jubah and sepasang vietnam silk. kain mcm chiffon, tapi dia kata bukan chiffon.. nipis and kena lining. nnt dah siap klau rajin kak yah show off yee..
masa diorg pilih2 kain ni, aku duk sebelah jek. lepak sambil minum air. siap mintak air kat tokey tu. rasa mcm xsedap badan, pening kepala sket. yelah, mlm sebelum tu, pkul 2pagi br tdor. sebok packing beg. pagi ni, pagi2 dah kluar, mkn apa pun tak. mkn biskut jek. mana tak gigil badan. diorg pilih, aku tolong komen jek. siap pegang calculator ngan hp nak convert duit..mcm tokey besaq dah.. gitewwwwwwwwwwwwww..

setel beli, zass ambik teksi balik hotel. pastu pakat2 pening cemana nak edjas luggage yg dah overrr sgt.. pkul 10++ tina dah sampai hotel. kemas laju2, sebab bas nak gerak dah. pkul 12 kena check in dah. airport jauh jugak. tina takut lambat sebab jln jam.


hahhahahaha.. tgk gambar ni mmg xbley blah. sempat abg herry snap kan. dah la airport dia sesak. ramai org! sampai2 trus checkin. panjang gak la beratur tu. sebelum tu timbang beg dlu. sorang dpt 15kg jek. silapnya, dah buat web check in sebelum pegi! mmg silap sgt la. so, mmg xleh tambah luggage. over kg, 26usd per kg.. klau xsilap la. gila!!

tgh beratur tu, pakat2 sumbat lah apa yg bleh sumbat. tumpang beg merata. aku punya beg ada 4. hand carry 7kg je kan? lg 3 beg lebih. 1 beg 12kg, 1 lg beg 7 kg. yg 7 kg ada abg sorang tu suh tumpang dlm beg dia. dia bwk wife so katanya ada lebih. legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. oh, masa check in tu, aku letak beg aku, 12kg. then masukkan beg ida. sebab beg dia yg 1 tu kecik. lebih 2.5kg. tapi amoi kaunter tu pejam mata and kasik jek. klau aku tau, aku masukkan beg aku dua2 kan? baik btul dia.. aku siap ckp ailebiu patploh kali kat dia.. hahahhaa
balance, aku kluarkan, and tumpang kat beg org lain. merayu2 la mintak tlg. ada 2 org tu hand carry diorg sket, so mintak tolong bawakkan kejap. nak lepas kastam jek. seb baik ok. lega dah part aku. then beg kak ieja pulak. beg dia mmg lebih la.beg baju dah cukup2 15kg. balance beg kain2 yg dia beli. tapi  kami dah tau, so packing kecik2. beli beg kecik2, and separate lah. dia ada beli beg deuter, kawan kirim. nak tak nak kena kluarkan and guna. tapi buat handcarry. sumbat2 lah. then bg ida tlg bawak skali sbb dia xdak handcarry pun. so lepas!!
ada yg xlepas. ada lagi 2 org over kg jugak. well, of course la perempuan. diorg nak tumpang2 luggage jugak, tapi camno? beg diorg 4 bijik. smua besar!! kami ni beg banyak, kecik2, so senang nak tumpang. diorg 1 beg jek dah 18kg. camno? group check in?? xdapek sebab beli tiket asing2. klau beli sekali harung, baru bule web check in. so?? nak tinggal or nak bayar??

dah setel beg, berlari2 la naik flight. kat sini detail jugak diorg check. duk berzikir jelah dlm hati hand carry xkena thn. sebab lebih sket la dr 7kg  tu..buat muka kering, and lepas. legaaa..
dah bule naik flight, legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. pastu memasing lapar. yelah xmkn kan? check purse, ada 30 hengget jek!! hahahahha, share la dgn kak ieja mkn nasik lemak pak nassier. rasa sedap gila sebab lapar. dah kenyang, tidor jap. atas flight, ramai dgn org malaysia jek. pakat g shopping eh??

dah selamat landing, kutip beg, ingatkan dah setel. rupanya tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkk.. mmg akan ku kenang sampai bila2 kejadian bersejarah nih!
kan ada yg over luggage tadi? diorg bayar. so, xpelah kan. dah mmg beg ko lebih kan? ingatkan setel. ada la sorang ni, dia tlg bayarkan sebab kena bayar guna usd. guna credit card. sampai aiport, dia mintak kami bayar balik la duit dia. fineeee. aku paham sebab katanya kami pun lebih. ye, aku bule bayar klau cara tu elok. dia bayar 300 usd guna credit card. then dia nak kami bayar dlm usd jugak. minah 2 org yg over kg td tu dah bayar separuh, then dia mintak kat kami separuh. aku tanya berapa? 270 usd.. tu separuh ke??? bangang btoi. sebab katanya kami ni portion terbesar. sialan btui! mmg la besar, sebab mula2 timbang tu kami timbang skali dgn hand carry. tolak handcarry, brapa jek yg tinggal. pastu dia kata kami xbertanggungjawab, tinggalkan yg lain, trus g naik flight sbb beg kami dah setel. ehhh? pastu katanya lagi, kami ni tau beli jek, xpikir pun pasal luggage. setan btoi la! lagi 2 org tu jadik  mangsa sebab beg diorg pun lebih and xleh tumpang sapa2 sebab kami dah tumpang dah. hoi! nak menumpang biarlah kena cara. sebab tu org suh separate beg. kami ni punya kelam kabut punggah beg, diorg rilex pisang jek. pastu dah beg kami setel, blah la. korang punya beg, korang punya pasal la. aku siap merayu2 nak tumpang org, korang buat dek jek. beg korang besar2 bagak, camna nak tumpang org. bodo! mamat yg membayar ni pun 1  hal, nak jugak duit dlm usd. sebab nnt bank caj dia la apa la. dey, ko guna 300usd, bank caj banyak tu jelah. apahal pulak bank nak caj lebih. lain la ko bayar lambat. cakap bnyk mcm dia sorang ada credit card. aku pun ada laaa!! 3 lagik! ptuiii..

mmg sakit hati sgt. dgn letih, dgn sakit kepala, dia duk kejan nak duit dia. perghh.. menguji keimanan. dah la baru kenal kan, perangai lak cam sial. aku ngan kak ieja, bule jek bayar. cuma biar beradab sket. apa kata, bincang, then suh bayar sorang separuh ke. bahagi 4 org. ok jek kan? ni minah lg 2 org tu, blah camtu jek. sebab dah bayar 30 usd. padahal beg diorg yg banyak lebih. mmg take for granted btoi. sakit hati tu eiiiiiiiiiiiiiiiii... tuhan saja yg tau. ikut hati mmg aku xnak bayar, tapi tulah, xnak keruhkan keadaan. sebab tu kawan2 diorg jugak kan? mmg terkena la aku dgn kak ieja. aku punya sakit hati, g kluar duit, tukar kat money changer kat aiport tu, bg terus kat mamat tu siap dgn resit skali. aku dah bgtau brapa klau nk bg dlm rm, eh xnak. nak usd jugak. kad kredit ko bank luar negara ke bai? bukan apply kat malaysia? pastu nak jam2 tu jugak. nak tunggu kat situ. patutnya biar je dia tunggu situ kan? ayat tu klau elok xpe, ni mmg mcm sial!
klau ikutkan beg kak ieja yg lebih 7kg jek. beg aku xdak la sebab mamat yg sorang tu suh masukkan dgn dia. sebab dia org perlis jugak. baikkan? kiranya kami yg tolong bayarkan luggage yg lebih tu, yg minah 2 org tu punya. smua la kiranya.. lagi 30 usd tu brapa hengget sgt jek. pastu bule buat muka kering, mcm xbersalah jek. alasan, sebab kami blah naik flight dlu. klau tak, leh bincang kat airport masa nak check in. haaaaaaaaaa... memang la. masa org kalut separate beg, korang duk kontrol cun bajet pelancong hot yg kaya. ptuiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..

mmg sampai hr ni la xlupa. siap duk ckp kat pesbuk. nasib la nak terasa ka apa ka..pedulik apa aku!

sampai kl, hujan lebat gila. aku ambik flight blk alor star mlm tu jugak. bertapa la dekat 3 jam duk kat lcct tgg flight. seb baik xdelay.. sampai alor setar, laki dah tunggu dgn amni.. hilang letih tgk muka anak... :)

tulah kisah suka duka aku g vietnam... haishhhh.. yg ni emosi sket. selepas 3 hari syiokkk jek kan?
ada 1 entry lagi kut pasal vietnam nih... sabar yahhhh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...