Search This Blog

Loading...

Friday, May 03, 2013

20 bulan dah!

 

my little baby dah 20 bulan! not a little baby anymore.. but she still my baby. still kena gomol2, kena cium2, kena peluk ketat2, kena dokong, kena hugs banyak2.. sampai bila2, amni tetap baby mama.. ohhhh, rindunya bau masyam baby..

amni dah setahun 8 bulan@20 bulan. lagi 4 bulan, amni cukup 2 tahun. yay! dah big girl. xlama nnt amni dah masuk skolah.. wahwah.. tinggi imaginasi mama eh? sabar2.. kita nikmati hari2 membesar amni ni sama2 yeh?

dah mcm2 sgt kerenah dia. dah pandai mcm2 sangat dah. letih nak melayan peel dia. klau mama ok, mama layan. klau mama xok, mahap la wahai anak. kerenah yg best, sronok melayan. tapi kerenah yg kelaut, hoih, menguji kesabaran. umor2 begini mana dia paham what do's and don't kan? as a parent, kena banyak sabarrrrrr. sekarang masa utk dia belajar. belajar dengan memerhati. learning process pun berlaku jugak, but more to memerhati. thats y kena beware apa yg ko buat depan anak. diorg cepat sgt tangkap. apa yg kita cakap mungkin diorg belum paham sepenuhnya, tapi apa yg ko buat, sila awas yehhh.. dia tgk kita buat, pasni dia pun buat.

paling xboleh blah, 1 day aku tgh solat. slalu klau aku nak solat atau mandi bila papa dia not around, aku akan bawak dia masuk bilik and tutup pintu. xleh biar dia main kat luar sorang2. risau kut dia panjat kerusi ke, jatuh ke, kita xsedar. klau dlm bilik ni, klau dia nangis kita dengar. tapi make sure xda barang bahaya yg dia boleh main. slalu tempat tumpuan dia klau masuk bilik ialah drawer plastik aku. situ aku isi barang2 jek. tempat punggahan dia. yg dia bule tarik drawer ke3 dr atas. yg lain dia xleh buka. drawer tu aku letak pad@ tuala wanita aku. setel solat, aku stay kat sejadah nak tgk apa dia buat. dia punggah keluar pad aku, pastu dia koyak plastik. pad aku xtau bnyk  mana dah rosak dikoyak amni. bule dia ambik pad aku tu, diletaknya kat celah kangkang doll dia!!!!  *_____________*

memang xbley blah la amni wei. aku nak tergelak tapi ku tahannnnnnnnnn.. last2 gelak jugak. seb baik dah setel solat. crita kat laki aku dia xpecaya. pecayalah.. itulah anakmu..

meh nak share perkembangan amni maisarra.. sebagai jurnal utk dia jugak 1 day. harap2 bila dia dah besar, belog tak semenggah ni masih ada.


hobi memunggah tetap menjadi yg terhebat. dituang smua mainan yg ada dlm bakul. peel dia, kluarkan mainan, pastu kecah2. penuh depan tv. pastu blah dengan muka xbersalah. jerit pekik cemana pun suruh simpan dia buat dek ja. last2 mak jugak kena simpan. tu pun aku berlakon main sama then ajak masukkan dlm bakul. dia buat la dlm 15 saat, pastu blah. kecik2 dah dera mama :(

 
dah pandai main sensorang. punggah sensorang sebenarnya.. hahahah.. aku now dah blh tgk tv dgn aman. dia ralit je main. kejap2 bercakap, kejap2 menjerit. janji mama ada duk lepak depan tv. klau aku buat keja like on laptop kat meja mkn tu, mmg xdapat la. bule la dlm 30mnt, pastu dia dtg menyebok. asyik mama, mama, mamaaaaaaaaaaaaaaaaa.. ada saja lah. nak nen la, nak air la, gatai la, nak dokong la. alasan nak kacau. klau ko duk baring layan tv, dia bule je main sorang2 xkacau mama. saja nak pay attention kan?
now klau aku duk baring depan tv, dia akan dtg and naik atas perut. klau meniarap, dia naik atas belakang. pastu hentak2. sakit oi! bila aku menjerit sakit, dia gelak mengekeh. syiok eh?? pastu buat2 la hembus2 kat mama konon nak ubat sakit tu. siap bunyi "fuanggg". pastu 1 lagi dia akan  buat klau naik atas perut ialah menari. tapi sambil duduk la. dia goyang2 tgn and badan sambil kata deden. tau apa deden? aku slalu ajar dia menari like goyang2 badan and says ding ding ding. mcm sound effect la konon. bule kat amni, jadi deden. hahahahha


skang ni pantang tok nenek klau nampak henpon. xnampak xpe, klau dah nampak, tgh bercakap pun dicapai. xkisah la henpon mama or papa. klau henpon papa, dia akan cakap tom. sebab nak main talking tom. dicepuknya tom, pastu gelak mengekeh bila tom dah tergolek. klau nampak henpon mama, dia akan kata tang. means nak dengar lagu kat kids song. ada lagu twinkle2 tu, dia akan cakap tang tang. bintang la tu. ambik yg hujung je. ada 8 lagu. bl nak  mula lagu tu dah tau dah lagu apa. siap cakap lagi. kira mcm dah hapal la sebab slalu dgr and tgk. mmg duk diam jelah layan lagu tu. patploh kali ulang pun xpa. kadang2 siap golek2, meniarap bagai. mcm dah additc sgt dah. nak suruh stop susah gak kdg2. kena pandai trick sket la. slalu papa dia mmg kalah. cer dgn mama, mmg xkan la. bapaknya lembut hati sket, biar je anak hempuk henpon sebab geram kat tom. ada bagusnya jugak biar dia layan ni, sebab dia duk diam. ada gak benda yg dia dah start kenal and ingat. tapi slalu sgt pun xelok jugak kan?


dari dlu mmg amni suka buku. atau kertas. pastu mkn kertas. hahaha. now, dah xmkn kertas dah. tapi klau dpt buku, pas belek2, koyak pulak. majalah pa & ma aku tu dah lunyai. nasib la. sronok sgt dia tgk  majalah tu sbb ada bnyk gambar baby. asyik la sebut bibi, bibi, adik adik patploh kali. bule la umpan dia suh duk diam sebab nak suap mkn.
buku yg aku beli dlu tu pun dia suka baca. bila cakap suh ambik book,  laju2 g cari. pastu duk la belek buku tu konon2 baca. ada 1 buku, yg shape and thing tu, bnyk yg dia dah kenal walaupun sebut yg hujung saja like baju-=ju. xpa, slow2 la kan? mama proud of u la amni!! buku babies animal tu 3 binatang je yg kenal. smua binatang cat, bird and ayang. ayang tu ayam yeh. mana dtg ntah. asyik la ayang ayang ayang. dah bgtau ayam, tapi jadi ayang jugak. hantam sajalah.

dia dah start kenal benda. klau tgk tv, ada yg dia tau, dia sebut. like baby, pampers, bird. org pun ada dia kenal okeh. sampaikan dato najib pun dia panggil wan. mcm wan eh? asal ada muka dato najib, laju2 sebut wan wan wan.. wan tu bapak mentua aku. klau ayah aku, dia panggil abah. tapi kadang2 panggil wan. ikut suka hati dia jek.

body's part pun bnyk dah kenal. dah tau rambut, telinga, mulut, lidah, gg, mata, kaki, tangan, ketiak, pusat, tetek, and pepek. klau tanya mana mulut, termuncung2 la mulut tu. klau mata, kedip2 mata. gg and lidah pun sama, dia nganga tunjuk. yg lain, dia tunjuk dgn tangan. kadang2 duk sesaja g selak baju. klau tanya kenapa, dia cakap tetek tetek.. tayang tetek ke? dah besar kang ko jgn buat gitu nak yeee.. malu mama.. hahahaha. pastu nampak aku xpakai baju, dia cakap lu lu.. maksudnya malu. pastu cakap tetek tetek.. lucah btoi..

nih lagi 1 tabiat dia. klau aku masak, jgn harap nak duk kat depan. menggentel kat dapur jugak. kadang2 diangkutnya toys dia bawak ke dapur. dah kecah2, tinggal bersepah kat dapur. dah setel masak, 1 hal pulak  nak kemas toys dia. xpun, dipunggahnya kabinet dapur aku. dikeluarkan sudu, senduk, periuk bagai. sabar jelah. klau lama2 aku xlayan dia, dtg la sujud kat kaki aku tu. pedulik apa dia aku tgh goreng ikan ke, basuh pinggan ke. selagi aku xdokong dia, selagi tu lah duk sujud kat kaki nih. kadang2 mintak air or susu. dah suruh g baring kat depan. dia pegi depan, ambik bantal, bawak ke dapur jugak.

see.. selamba jelah landing kat dapur. konon2 teman mama masak la kan? padahal takut nak duk depan sorang2. that's y aku sentiasa pastikan lantai aku bersih. kadang2 dia meniarap, guling2 smua.


sangat susah nak bg makan sekarang ni! mmg kena bnyk sabar layan kerenah dia. klau mood ok, mkn banyak and senang. klau mood kelaut, mkn sket ja, pastu xkira peel lagi. nak makan sendri tu yg xtahan. nak suap sendri. kadang2 aku biar jelah. tapi tulah, lagi banyak yg tumpah dr yg masuk mulut. kadang2 nk mkn pun bule bergaduh anak beranak. dia nak mkn sendri kan? mak pulak malas nak lap lantai.. hihi.. gaduh kejap. pastu aku kena asingkan bekas. 1 utk dia mkn sendri, 1 utk aku suap dia. pastu bertabahlah nak mop lantai pulak. klau tak, semut and paling tak tahan lantai nampak belengas!
makan pun memilih jugak. xkena gaya, xmakan. eh, nganga mulut dlu, pastu luah. hoihh.. geram aku. dia klau xnak, mula2 dia mkn dlu. xsuka kalu, pastu luah. luah suka2 hati plak tu. tapi dia bgtau la dia dah luah. pastu mkn lagi, luah lagi. grrrr.. luahan perasaan mak ko ni ko xkira ke amni weh?? klau dah 3,4 kali luah, maknanya dah xnak mkn. klau suap laju2 pun luah jugak. suap dlm amount yg bnyk pun luah jugak. xsedap confirm2 luah.
klau buat sup, haaa, dia suka. xkisah la sup apa,  janji ada kuah berlinang2 kat dlm mangkuk tu. bihun sup is the best. xpun nasi goreng. dlm gambar tu tgh mkn spagetti. mkn saja without kuah. bnyk jugak mkn tu. pasni mama malas, mama rebus spagetti je utk awak yeh??
dah umo 20bulan ni pun apa yg dia mkn aku masih pantau. no more sweets, keropok or anything else yg manis2. instant pun tak. fries kfc jek dah terbagi. tapi susah kan nak handle. yelah, bukan kita sorang jaga dia. now biskut2 tu aku bg jugak lah buat jajan dia. tapi still dlm kawalan. tgk ke jenis biskut jugak. klau  yg manis2 or masin, big no jugak la. eskrem dah terbagi. tapi rasa hujung2 lidah jek. mujur jugak la amni ni memilih mkn, susah org nak sumbat dia mcm2..

minum susu pun bnyk skang ni. sebab dah pandai mintak kan? kadang2 bngn pagi mintak nasi jugak. menggagau mama nak buatkan.. but, anything 4 u my dear. tgh2 mlm kadang2 sampai 2 kali minta nen. klau papa lambat truih jerit syusyu.. hahahaha


last month papa bg hadiah. beli doll besar gabak. sejengkal jek nak sama tinggi dgn amni. actually, mama yg gedik nak. so, pakai nama amni. hihi.. pastu berebut anak beranak. sory la amni nak bagi kat mama kan? asal nak tdor je, melilau cari chip dia. oh, namanya chip. sebab kat depan tu ada embroidery tulis chip. chipmunk.. eheh..
tu sebok nak letak chip atas kerusi. pastu bengang chip xbley duduk, jatuh la kan? dipijaknya chip tu. hahahha.. sabar jelah.

kadang2 masa minum susu pun sibik cari chip. masuk bilik, heret chip keluar. mama nak tumpang peluk, kadang2 boleh, kadang2 tak.. xpe, awak dah tdor, mama curik.. heheh

memula tdor peluk la, pastu ntah kemana2 chip pun. kadang2 klau terjaga tengah mlm, cari chip jugak. tgk2 mama duk peluk baik punya. laju2 tarik, nak peluk jugak.. xleh kongsi ehh? xpa, mama peluk papa chip mama jelah..



budak suka jalan2 petang2. klau weekend, aku xdak kemana2, bawak la dia jln. alah depan rumah je pun. kluar kat depan pagar rumah aku, jln2 sket dlm 100km, masuk ikut pagar umah pak mentua aku pulak. kami 1 pagar jek, cuma entrance jek ada 2. blh jek nak lalu ikut blakang rumah, tapi saja nak bg dia jln2. kadang2 blk keja, nak alan jugak.. dia yg request. nak alan wan.. maksudnya, nak jalan p umah wan.. jommmm..

depan rumah. lorong ni ada 3 rumah jek. depan umah pak mentua aku, pastu rumah kami and hujung umah sedara jugak. tanah sendri, so xdak sapa nak lalu. boleh la biar dia jln2 depan tu. depan tu jln besar dah, so kena jaga2 jugak. kadang2 laju jugak kenit nih..


sronok sangat layan kenit nih. kadang2 klau weekend, masa aku terbuang cam tu xbuat apa2 sebab duk layan dia. golek2, gelak2, gomol2 dia. mmg sronok! lupa segala masalah, segala keja yg tertunggak tu. kena pulak dia dah pandai cakap sket2, dah paham apa kita kata. boleh la nak bising2 kan? klau weekend aku kena keja or kemana2, then xleh spend time dgn amni, rasa mcm rugi sangat. rasa mcm terlepas 1 moment dgn dia.

teruja sgt klau ada perubahan or apa2 yg dia buat. laki bini sama. xsabar nak share klau sorang jek yg tau. dlu amni bnyk mengada dgn papa, now dgn mama pun bule tahan jugak. tiap2 mlm papa kena bawak keluar. selagi xkeluar selagi tu duk menjerit. yg xtahan, siap petik nama wan. alasan nak p umah wan la tu. dah g umah wan, senyap la. saiko btui kenit nih. janji blh keluar, depan pagar umah pun cukup dah.

merajuk pun dah pandai. mengamuk lagi pandai. kena marah sket, sembam muka ke bantal or mana2, pastu menangis beriya. klau awak salah, xdaknya mama nak pujuk. aku biar jek. dah lama sket, senyap sendri la. klau pujuk kang xmakan saman plak pasni. kadang2 aku marah dia, terkuat suara sket la kan. cebik2 mulut pastu waaaaaaaaaaaaaaaaa.. pegi la peluk papa sebab kena marah dgn mama. pastu mama panggil pun dah xlayan. sabar jelah. tu tak tgk klau bule marajuk hentak2 kaki. menangis pastu hentak kaki. hoihhh.. mana blajar ntah. yg tu mmg aku xlayan. lantak ko la disitu. dah lama mama buat dek, dia mengalah la, dtg peluk mama.. tau punnnn..

hari tu, tergelak dgn adik lelaki aku, azrie. amni kan cergas bule tahan. aku kata la,
"dah letak nama, maksud dah elok sgt dah. amni maksudnya keamanan, maisarra maksudnya ketenangan. tapi la ni, mama dah tak berapa nak tenang sgt dah amni weh."
adik aku balas apa tau. " yalah, positif + positif, jadi negatif la.."

hahahahahahahahah.. patut la pun T_____ T

mcm2 hal, mcm2 kerenah, mcm2 kisah pasal amni. nak cerita sampai esok pun xhabis. sapa lagi nak berbangga dgn anak sendri klau bukan mak bapak dia kan?









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...